Kenapa Zaman Sekarang Kena Carik Side Income...


Dulu Ummi selalu cakap, "Dulu bawa RM50 pergi pasar macam-macam boleh beli, lauk untuk seminggu. Sekarang RM50 tak cukup beli lauk seminggu, RM100 pun belum tentu cukup."

Memang dah rasa pun sekarang lagi-lagi sejak berumah tangga ni, belanja dapur kadang kala masya allah. Bukan beli apa pun, beli barang keperluan tup tup masa dekat cashier "semuanya RM300++ or RM400++." Itu barang kering sahaja belum masuk beli barang basah setiap minggu. Kalau bujang boleh lah cut sana sini dengan senang hati sebab belanja untuk seorang. Bagi yang sudah berkahwin macam ai ni ingat senang nak cut cost sana sini, apabila benda yang guna tu pun sememangnya sudah cut cost. Mengerikan tahu tak bila tengok air keluar macam air. Buatkan rasa kena carik side income ni, tak cukup gaji kerja hakiki. Minyak keta naik akibatnya minyak masak pun sama naik harga, naik giler-giler lak tu. Pakai minyak paket jer lah.

Itu belum kira barang rumah yang lain, manalah tak rasa kena carik side income. Kerja hakiki dah sedia penat nak kena carik side income pulak. Untungla siapa yang banyak duit. Lagipun kerajaan pun suruh kita buat side income kan. Walaupun tahap hidup sampai kena carik side income, rakyat Malaysia tetap nampak kaya kerana kereta tukar tetiap tahun, pakai barang branded sahaja (tapi tak tahulah kalau imitated kan). Kadang kala tak nampak macam orang susah payah carik duit, tapi yer lah dah penat carik duit kenalah reward diri kan. Cuma satu benda jer janganlah buat walaupun nak enjoy life, jangan lah berhutang dek nak nampak bergaya. Jangan berbelanja melebihi kemampuan, kang tetiba dapat surat isytihar muflis tak mengaru kepala. Penat carik duit side income gunakan secara bijak.

Antara pendorong untuk buat online bisnes, itu la penyebabnya kos sara hidup makin tinggi. Kalau tak carik duit sampingan mengharapkan gaji semata memang susah lah. Masih boleh hidup tetapi setakat itu jer lah. Hati takkan tak teringin nak holiday dengan anak-anak, takkan tak teringin nak belikan anak-anak baju baru dan permainan baru. Untuk diri sendiri takkan tak teringin nak beli sesuatu. Duit tidak menjanjikan kebahagiaan tetapi kita perlukan duit untuk bahagia.

Antara bisnes yang boleh dibuat tanpa rasa tertekan dengan rakan sebaya si opis (sebab awakla bon, awaklah kuli, semuanya awak.) adalah online bisnes. Bagi yang pemalu dan berat mulut ini medium terbaik anda, bagi yang memang mulut macam bertih jagung boleh cuba-cuba buat offline gunakan kelebihan awak pun.

Walaupun sudah semakin banyak online bisnes tetapi kebanyakkan jual barang yang sama dan jenama yang sama tetapi kuasa membeli orang Malaysia sangat kuat. Kena cari prospek dengan gigih, cari mana lubuk dorang duduk. Lagipun usaha kita kadang kala bukannya buat arini esok dapat keputusan. Kadang kala bertahun baru nampak hasil, andai kata kita start buat online bisnes lambat dan IG/Facebook semuanya sudah tepu dengan online bisnes kan. Masa tu berpeluh tiak cari customer tetapi rezeki tidak salah alamat cuma kena beusaha lah.

Saya seorang mak-mak biasa yang buat online bisnes bukan sebab suami tak bagi cukup makan pakai...
No No jangan salah faham...
Sebabnya sudah biasa ada dut sendiri sebelum jadi Stay At Home Mom...
Kerja bertahun ada duit sendiri...
Nak beli apa pun guna duit sendiri....
Dah kahwin pun tak suka minta duit ngan suami...
Even sekarang pun...

So untuk atasi masalah itu apa lagi online bisnes la...
Kerja dari rumah, anak-anak masih depan mata, kerja rumah masih dibuat...
Dengan ini saya menjemput kengkawan semua LIKE, FOLLOW kedai online saya...

Kata sokong kengkawan kan...
LIKE ngan FOLLOW je pun bukan suruh beli...















Sudi-sudilah menjengah yer..daaaa



1 comment... add one now

atiehilmi.com atiehilmi.com 09 Disember, 2016
betul !! memang zaman serba naik nih kena ade side income.. hee~ kalau tak memang pening kepala woo..