Nak buat bisnes online? Boleh jer asalkan ada benda ni...


Bisnes online? semua orang boleh buat sekarang ni. Asalkan mahu berusaha boleh la bisnes online. Lagipun sedang trend kan bisnes online sekarang ni.

Antara benda perlu jika berkecimpung dalam area bisnes online :
1. Smartphone
2. Internet
3. Laptop (optional)

1 & 2 tu adalah asas kerana dengan adanya 2 perkara tersebut online bisnes dah boleh beroperasi. Pastikan ada data (internet) yang cukup kalau tidak nanti terputus hubungan dengan alam cyber.

Antara ciri-ciri smartphone yang ai suka tengok dari dulu, camera. Gambar kena cantik dan cepat snap, pastu RAM kena cepat tak suka la HP yang slow rock ni lagi-lagi masa nak cepat memang rasa nak campak ke dinding. Storage kena besar supaya banyak gambar dan benda-benda lain boleh disimpan dan dicapai dengan mudah.

Sebelum berkecimpung dengan Samsung, suka sangat Nokia. Last pakai Nokia model C3, berat phone tu ingat lagi dan agak bulky. Tapi benda yang suka camera dia cepat snap jadi kalau amek  gambar anak masa tengah buat aksi comel tak terlepas la. Lepas tu mula dah pakai Samsung, dulu camera samsung tak berapa best. Tak berapa sharp pastu nak amek gambar take time letih senyum baru nak snap. Sekarang takde dah semuanya laju.

Dengan smartphone Samsung jugak la bisnes online ai mengorak langkah. Walaupun dulu pakai smartphone yang skrin dia kecik tapi tetap berbisnes. Sekarang ni alhamdulillah cik abang belikan yang besar skrinnya. Terang skit mata ni nak berbisnes hehehe.Storage alhamdulillah cukup tapi sekarang ni pun sudah ada cloud storage jadi boleh simpan dekat cloud pastu access jer dimana-mana asalkan ada line dan data. Kalau ikut personally suka simpan dalam phone sebab capaian lebih pantas, tapi tak leh letak banyak sangat dalam phone nanti phone lagging pastu hang. 

Jadi untuk memudahkan kerja buat folder dalam phone letak benda yang penting sahaja yang memerlukan capaian cepat yang lain boleh lah letak dalam cloud, ataupun boleh guna USB OTG.  Ini pun salah satu kemudahan juga sebabnya sekarang USB storage bukan macam dulu kecik jer, now USB ada yang sampai 256GB yer. Jadi mana-mana smartphone yang compatible dengan OTG sila gunakan. Rugi tak gunakan feature tu. Frust smartphone tak leh detect OTG tak tahu kenapa, dulu elok-elok jer dengan bahagianya guna lepas tu tetiba tak leh detect. Selain dari bengang sebab takleh detect OTF, features lain amat berpuas hati dengan smartphone yang sekarang ni.  Tetapi jangan la pula gunakan kena pakai smartphone yang hebat baru boleh berbisnes, itu alasan namanya. Kalau hendak sejuta jalan dicari untuk menjayakannya.

Dalam hati ni duk syok tengok Samsung S7 Edge takpun Samsung Note, terliur gak tengok tapi bila tengok harga telan air liur dibuatnya. Buatkan rasa terpikat sebab dia kalis air, kalau macam ni sibuk dekat dapur tangan basah-basah pun boleh pegang hp balas masej, tak perlu asyik nak lap jer.Takper kita guna apa yang ada sampai abis dulu yer.
Jom kita gempakkan bulan Disember ni, meh buat sales banyak-banyak sebelum masuk tahun baru.
Nak buat bisnes online? Boleh jer asalkan ada benda ni...

0 comment... add one now