Erti Keluarga Dari Kaca Mata Ku

Keluarga, satu perkataan 8 huruf yang maknanya sangat mendalam dan ada pelbagai definisi. Sem
ua orang ada keluarga tiada yang lahir didunia tanpa keluarga. Keluarga tidak semestinya perlu ada pertalian darah kerana defini keluarga itu sangat subjektif dan luas. Konsep kekeluargaan adalah satu kumpulan manusia yang saling sayang menyayangi antara satu sama lain, saling mengambil berat antara satu sama lain dan pada yang sama saling menyakiti anrara satu sama lain. Love Hate Relationship kata omputih. Air dicincang takkan putus. Segala perumpamaan tentang keluarga, sayang tapi benci, benci tapi rindu. Mana ada keluarga yang tidak bergaduh, sentiasa aman damai mesti ada walau sedikit kerana itu asam garam kehidupan tetapi disebabkan itu adalah keluarga kita marah macam mana pun mereka juga yang akan kita cari.

Semasa kecil ibu ayah adik beradik antara orang penting dalam hidup kita, walau ada yang menafikan kepentingan mereka disebabkan pelbagai alasan tetapi mereka tetap ada dalam hati kita. Meningkat dewasa kita mula membina keluarga sendiri, kita pula menjadi ibu atau ayah, punyai anak-anak sendiri. Jika dulu kita dibimbing dan dididik sekarang kita pula membimbing dan mendidik. Cantikkan putaran hidup ini setiap orang akan rasai peranan yang sama cuma berbeza situasi dan keadaan. Jika dulu kita dibebel dan dimarah atas pelbagai alasan dan sebab sekarang kita pula alami perkara yang sama. Selalu kan kita dengar "nanti bila awak dah jadi parent baru awak faham perasaan menjadi ibu ayah". Adik beradik pula semasa kecil teman bermain, teman bergaduh, partner in crime apabila sudah dewasa ada yang menjadi renggang kerana tuntutan hidup yang sibuk ataupun menjadi semakin rapat sebab kemantangan. Atas apa alasan pun hubungan itu tetap masih terjalin.

Antara benda yang paling selalu diingatkan antara satu sama lain "Jaga Kesihatan". Setelah lama tak jumpa antara perkara yang digunakan untuk ice breaking "amacam? sihat?". Try balik kampung jumpa sedara mara yang lama tak jumpa, antara 5 orang mesti 3 orang kan tanya "Sihat?". Antara benda yang paling sakit hendak hadap apabila ahli keluarga sakit, kalau sakit kronik lagi tak daya rasanya hati ini hendak tanggung. Jadi apa yang perlu kita buat? Penyakit makin banyak, ada saja penyakit baru yang muncul, belum kira lagi penyakit lama yang masih belum ada penawar dan penyakit lama yang menjadi semakin bahaya. Bak kata alim ulama dunia kita sudah makin tua, dunia akhir zaman. Takut kan, amalan belum cukup lagi. Sebagai ibu, isteri, anak dan adik serta kakak, aku buat apa yang orang perempuan paling hebat iaitu MEMBEBEL. Bebel pasal jaga kesihatan, jaga makan minum, jaga kelakuan. Tapi bebel bukan bebel kosong, bebel ada isi. Sambil bebel sambil masak masakan sihat, sambil bebel sambil belikan supplemen, sambil bebel sambil doakan kesihatan semua orang yang tersayang.

Sekarang anak-anak kosisten ambil Vitamin C Chewable, si suami dalam proses konsisten Vitamin asas (Vita Lea, Vitamin C, B Complex dan ESP) begitu juga dengan si tukang bebel. Kadang kala si tukang bebel pun cakap tak serupa bikin sebab dia pun kadang kala lupa atau culas makan Vitamin. Manusia tetap manusia. Namun perlu cuba untuk konsisten kerana itu antara cara kuatkan imun badan melawan penyakit. Virus dan bakteria sudah ada yang imun dengan antibodi, dunia perubatan pun risau dengan keadaan ini kita apatah lagi. Usaha untuk sihat kerana Allah suka hambaNya yang berusaha. Andai ditakdirkan sakit terima dengan redha walaupun perit dan rasa tidak adil kerana sudah jaga kesihatan sehabis baik. Itu qada dan qadar Ilahi, ujian ketaatan dan keimanan kita. 


Kalau abg long Irfan yang demam, ibu memang penat. Lagi penat daripada  menjaga kembar demam. Lagi-lagi kalau dia selsema memang mencabar emosi. Disebabkan dah tahu perangai dia bila demam, start dia mula nak demam dah upkan dose Vitamin C dia, masak lauk dia pun lebihkan bawang putih pastu bila badan dia dah mula panas mandikan dengan Basic H pastu sapu Herbal Blend. Dulu masa dia tidur pakaikan garlic sock sebab bila selsema mesti mengamuk masa tidur, hidung tersumbat punya pasal. Alhamdulillah sejak buat tips kat atas demam Irfan cepat reda.

Pernah sekali Irfan demam lebih daripada 10 hari risau sangat bila semuanya tak jalan even ubat klinik pun tak jalan. Pergi klinik for 2nd time amek darah takut suspect denggi, aduhhh ibu dah dup dap dup dap. Dalam kepala otak dah mula fikir nak order Performance Drink ngan top up Nutriferon. Pelik juga masa tu kenapa tak kebah-kebah sebab dah on Nutriferon dah, bila tanya otai-otai jawapannya mungkin badan anak tengah high toksin jadi bagi makan Vitamin C dulu sebelum bagi Nutriferon. Vitamin C bertindak membuang toksin, bila toksin dah kurang baru Nutriferon senang menyerap dan bertindak.

Sekarang tiada lagi garlic sock sebab ada beli homemade garlic balm, alhamdulillah membantu.Sekarang jika anak-anak demam sudah tahu hendak buat apa sebelum bagi ubat klinik, bukan tidak percaya ubat klinik cuma tidak mahu nanti badan anak terlalu bergantung pada ubat. Kita kuatkan sistem imun dorang.

Bila anak-anak sudah sihat, ibu ayah kena standby kerana takut terjangkit pula. Kalau terkena lebih kurang sama juga remedy nya seperti anak-anak cuma tiada garlic socks. Kita bagi makan Garlic Complex terus. Banyak dapat tips untuk demam sebenarnya daripada kengkawan SID, mereka ni memang tak kedekut ilmu malahan lagi seronok share apa yang mereka tahu. Herbal blend tu banyak guna seperti melecur, melecet sampai bibir merekah pun boleh, kemudian Basic H juga berguna kalau anak ada masalah kutu. Serba guna kan, harga Herbal Blend tak sampai RM30 pastu Basic H pun RM30++ tapi kegunaan melampaui kegunaaan.

Bercakap memang senang tetapi yang hadapinya, dunia bagaikan sudah kiamat. Allah tidak uji hambaNya dengan ujian yang tidak mampu ditanggungi. Sebelum ditimpa musibah tidak perlu hendak fikir tentangnya, fikirkan kehidupan yang didepan mata. Jaga kesihatan, jaga keimanan, jaga keluarga, jaga diri sebaik mungkin.


0 comment... add one now