Hari ini 1st time tengok movie satu family tapi silapnya tak ambil gambar tetapi kenangan tu tetap tersimpan didalam hati kan. Bawa anak-anak tengok cerita Upin Ipin Jeng Jeng Jeng, tak tengok pun review or komen orang pasal cerita tu even trailer pun tak tengok sebelum beli tiket. Selalunya akan buat research dulu setiap cerita yang hendak tengok kali ni disebabkan anak-anak excited hendak tengok setiap kali nampak iklan Upin Ipin Jeng Jeng Jeng dekat tv. Along irfan pula asyik ingatkan berapa haribulan movie tu keluar dekat cinema antara penyebab tak nak tengok review sebab takut nanti berubah fikiran.
Ada terbaca satu review pasal cerita ni dekat FB agak negative review nya. Terfikir hendak tukar wayang lain tetapi kesian pula nanti anak-anak menuntut hendak tengok, ayah tak banyak cuti kalau tak tengok sekarang takut tiada masa lain. Ambil keputusan tutup mata, tutup telinga beli sahaja tiket. Anak-anak excited bila tahu hendak pergi tengok wayang Upin Ipin Jeng Jeng Jeng yang ibu duk berdoa dalam hati jangan lah mereka ni rasa kecewa jika cerita tu tidak capai expectation.
Disebabkan cinema dekat dengan rumah kemudian tidak perlu macam dahulu kena 30 minit sebelum untuk collect tiket, memang take on sweet time bersiap. Sampai cinema ngam ngam showtime terus lupa hendak tangkap gambar. Upin Ipin Jeng Jeng Jeng bukannya kisah upin ipin itu sendiri tapi kisah anak yatim yang terlalu obses dengan upin ipin. Sepanjang cerita duk doa jangan la anak-anak kecewa sebab upin ipin muncul sekejab-sekejab jer dan janganlah mengamuk. Alhamdulillah Along Irfan nampak enjoy, Faheem pun nampak enjoy walaupun kadang-kala tanya mana Upin Ipin tetapi Farhat nampak macam agak kecewa sebabnya dari awal cerita mula dia sudah tanya mana Upin Ipin.
Nasib baik tak mengamuk, risau juga kalau jadi macam review yang dalam FB tu. Pelakon cerita Upin Ipin Jeng Jeng Jeng ni memang hebat-hebat dan nama-nama besar. Nanti akan ada Upin Ipin The Movie anak-anak dah mula tanya boleh tengok atau tidak. Insya allah dah keluar cerita tu nanti akan ibu cuba usahakan dan aturkan masa. Walaupun nampak ada anak ibu yang kecewa sebab Upin Ipin tak banyak keluar masa cerita tadi ibu bangga sangat dengannya sebab tak mengamuk dan boleh terima penjelasan ibu bagi.
Anyway, it still fun day. Lepas tengok wayang kita pergi shopping barang-barang sekolah pula. Barang-barang sekolah Along Irfan sudah lengkap tetapi yang kembar belum lagi, baju belum beli. Tetapi yang kelakarnya, kembar tak perlu pakai kasut pun nanti tapi entah kenapa ayah jadi murah hati belikan kasut sekolah tuk kembar. Bila tanya ayah kenapa beli? Dah asyik nak kasut sekolah belikan jer lah, kesian pula duk merayu jer. Balik rumah tak sabar-sabar tunjuk dekat Opah kasut baru, siap pakai dalam rumah. Kalau tak disuruh simpan jawabnya memang kasut tu melekat la dekat kaki.
Kadang kala macam tak percaya kembar sudah hendak mula bersekolah. Dengan badan yang kecik, bercakap pun masih pelat, masih lagi minum susu botol haih cepat betul masa berlalu. Irfan pun sudah mahu masuk darjah satu,besar dah anak-anak ibu. Tak sangka dah dekat 5 tahun ibu berhenti kerja jaga anak-anak dekat rumah rasa macam baru jer hantar surat resign.
Ibu doakan anak-anak ibu menjadi anak yang soleh, dengar kata ibu ayah, membesar menjadi khalifah Allah yang hebat, berbakti pada ibu ayah dan taat perintah Allah dan Rasul, lembut hatinya menerima teguran orang dan lembut lidahnya apabila berkata-kata supaya tidak menyakiti hati orang lain. Aamiin.