Menyusu Dengan Suplemen VS Menyusu Tanpa Suplemen

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Wohooo hot topik hehehe
Ramai jer kat luar sana yang berdebat mengenai topik ni..
Antara yang selalu kita dengar :
"saya tak makan supplemen pun tapi susu banyak jer"
"buat apa nak makan supplemen, jaga pemakanan jer dah cukup"
"konsep demand dan supply jer dah cukup xyah nak makan supplemen ni"

Biasakan dengar statement-statement kat atas
Okay, now my 2 cents opinion : Supplements or without supplements its a choice!

Bagi saya makan supplemen bukan semata-mata untuk banyakkan susu. Dulu masa anak sulung memang mencari-cari supplemen untuk tambah susu sebab nak anak menyusu sampai 2 tahun so no matter what i will make it happen eventho have to take supplements.Macam-macam jenama produk ada dipasaran antara Milkmaid,Fenugreek GNC,Pil ASI dan lain-lain. Kemudian saya kenal Shaklee, kemudian diterangkan pasal konsep demand n supply, kemudian diterangkan kesan supplemen dan semua tu buatkan saya sedar dan faham apa itu supplemen. Memang sebelum bersalin dah baca pasal konsep demand n supply tapi bila dan mula menyusukan anak mula la macam-macam masalah timbul jadi hilang segala konsep yang belajar.

Konsep Demand N Supply
Selagi ada demand (baby mahu menyusu) selagi itu ada supply (susu badan).
Rajin kosongkan breast makin banyak susu yang dihasilkan. Bacaan lanjut:
http://ayuhsihat.blogspot.com/2013/03/susu-ibu-cair.html

Tetapi kenapa saya masih memilih untuk ambil supplemen. Apa awalnya untuk tambah susu la kemudian saya diterangkan mengenai supplemen, yang menarik hati saya adalah walaupun beli supplemen untuk tambah susu badan tetapi perkara yang dititik beratkan adalah kesihatan ibu. Sebagai contoh Set Penyusuan paling asas (Vitalea, B Comp, Vita C dan Alfalfa) daripada 4 vitamin tersebut hanya satu sahaja yang bertindak sebagai milkbooster. Mengapa? Jawapannya : Apabila si ibu sihat dan gembira, susu lebih mudah dihasilkan dan susu yang dihasilkan berkualiti. Sebab itu susu yang dihasilkan lebih pekat dan anak cepat kenyang. Masih belum percaya.

Vitalea : berfungsi untuk memenuhi keperluan nutrien harian kita, untuk menutup lompong-lompong yang kita tidak dapat daripada pemakanan kita.

B Complex : berfungsi sebagai agen penenang, anti stress dan membuatkan kita fokus. Menjadi ibu bukan sesuatu yang mudah lagi-lagi semasa pantang kekuatan minda sangat-sangat diperlukan.

Vita C : berfungsi untuk menguatkan imun badan supaya ibu sihat dan tidak mudah jatuh sakit.

Alfalfa : berfungsi sebagai milkbooster dan membantu tubuh menghasilkan susu dengan cepat.

Makan supplemen Shaklee untuk ibu lebih sihat dan gembira bukan semata-mata tambah susu.

Jika tidak mahu ambil supplemen, ibu boleh ambil longan kering,jantung pisang,peria katak,pegaga dan banyak lagi untuk menambah susu badan. Banyakkan pengambilan protein dan kalsium kerana ia juga boleh meningkatkan penghasilan susu badan. Water intake juga kena jaga, sekurang-kurangnya 3Liter sehari.

Jadi ibu-ibu yang menyokong penyusuan susu ibu janganlah kondem ibu yang mengambil supplemen untuk banyakkan susu. Mereka sedang berusaha untuk anak mereka,berusaha untuk banyakkan stok jadi sokong lah mereka. Jika anda tidak mahu mengambil supplemen untuk pilihan anda kerana tidak ada betul atau salah didalam pengambilan supplemen. Perkara yang penting adalah menyokong antara satu sama lain dan perkongsian ilmu sesama kita. Marilah kita sama-sama mempromosikan penyusuan susu ibu.



Menyusu Dengan Suplemen VS Menyusu Tanpa Suplemen

0 comment... add one now