Ya Allah,aku pregnant!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera ♥



Tatkala ujian UPT menunjukkan double line itulah detik paling gembira bagi seseorang yang memamg menanti-nanti kan zuriat. Rasa macam nak lompat ke bulan bintang jer gamaknya. Itulah yang saya rasa semasa 1st pregnancy dan 2nd pregnancy, rasa syukur tak terhingga. Bila dah positive results nya haruslah jaga pemakanan, jaga tingkah laku dan jangan melasak. 2 3 bulan pertama sangat penting, baby masih fragile anything can happen jadi si ibu harus extra carefull. Biar bersakit n penat sekarang daripada menyesal tak sudah. Bagi yang Muslim masa ini dah boleh amalkan surah-surah pilihan semasa mengandung Surah Maryam, Surah Yusuf, Surah Luqman , Surah Yusuf, Surah Al-Fatihah, Surah Yasin, Surah At-Taubah, Surah An-Nahl dan Surah Hujurat . Banyakkan zikir, baca al-quran dan solat hajat mohon dipermudahkan sepanjang mengandung dan melahirkan dan anak yang sihat walafiat.

  • Surah Al-Fatihah : Untuk terang hati dan kuat ingatan.
  • Surah Maryam : Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
  • Surah Luqman : Untuk memperoleh anak cerdik akal dan cerdik jiwa.
  • Surah Yusuf : Untuk memperolehi anak cantik rupa paras dan  cantik akhlak
  • Surah Hujurat : Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati.
  • Surah Yaasin : Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
  • Surah At-Taubah : Untuk membersih jiwa dan terpelihara  daripada maksiat
  • Surah An-Nahl : Untuk melahir anak yang disiplin.

 Semasa mengandung saya akan simpan MP3 dalam handphone dan computer. Bila buat kerja saya akan pasang, bila drive pergi dan balik kerja saya akan pasang dan sebelum tido pun saya akan dengar. Didikan bayi bermula ketika mereka didalam rahim lagi, seawal usia kandungan 4 bulan bayi sudah boleh mendengar dan mengamati persekitarannya. Oleh itu ibu harus menjaga tingkah laku sepanjang waktu kehamilan. 

Pemakan semasa mengandung juga tidak harus diabaikan. Makanan berkhasiat, halal dan kalau boleh elakkan makan yang bersifat syubahah atau diragui kerana apa yang kita makan akan disalurkan kepada bayi dan menjadi darah dagingnya. Fuhhh banyak kan benda kena jaga semasa mengandung, letih kadang-kadang dibuatnya. Tetapi itu semua dugaan dan nikmat Allah, kerana itu juga andai ditakdirkan meninggal ketika bersalin dikira mari syahid. Tingginya darjat seorang ibu diangkat oleh Allah. Antara makanan yang disyorkan semasa hamil adalah:


Ibu Sihat, Anak Cerdas
Selain menjaga tingkah laku dan memperbanyakkan amalan-amalan sunat, ibu hamil juga digalakkan untuk mengamalkan pemakanan yang sihat sepanjang tempoh kehamilan. Antaranya :

  • Telur – Kaya protein.
  • Ikan Salmon – Kaya sumber Omega-3
  • Kekacang – Tinggi serat dan protein.
  • Keledek – Sumber vitamin A, C, folat dan serat.
  • Bertih jagung atau sebarang biji-bijian –Tinggi nutrien dan serat, vitamin E, selenium serta phytonutrient.
  • Kacang walnuts – Kaya sumber Omega-3 (sebagai pengganti bagi yang tidak menggemari ikan atau telur.
  • Yogurt – Sumber kalsium.
  • Sayuran Berdaun Hijau – Kaya dengan sumber vitamin serta nutrien termasuklah vitamin A, C, K dan folat.


Ada kajian menunjukkan jika si ibu rajin membuat matematik ketika mengandung, anak yang bakal dilahirkan akan cerdas fikiran. Jadi rajin-rajin la yer buat matematik hehhe. Tak salah pun mencuba untuk anak juga dan si ibu juga boleh menajamkan minda. Win win situation. Semasa mengandung, saya memang alami alahan yang boleh dikatakan teruk juga la, pagi masih ok saya masih boleh makan sarapan dengan jaya tetapi menjelang tengah hari membawa ke malam mula la selera tu hilang dan angin mula menyerang. Malam memang saya akan menderita sikit sebab sakit badan dan angin. Bagi menampung vitamin yang diperlukan, saya makan vitamin untuk ibu hamil. Saya amalkan set mengandung Shaklee (Vitalea, B Complex, Vitamin C dan Ostematrix) semasa 1st trimester kemudian 2nd dan 3rd trimester saya tambah Omega Guard. Alhamdulillah, memang bertenaga walaupun makan saya agak kurang, Selera bertambah baik apabila baby makin besar dan alhamdulillah kesihatan saya semasa mengandung kali 2 amat berbeza semasa pertama kali mengandung. 2nd pregnancy saya ambil set hamil shaklee manakala 1st pregnancy tidak, masa tu belum kenal lagi dengan shaklee. Beza kedua-dua kehamilan ini, 1st pregnancy saya akan demam setiap bulan, sampai doktor saya pun perasan dan cakap “awak perasan tak setiap bulan awak akan jumpa saya 2 kali, sekali untuk antenatal sekali untuk awak demam”. Huhuhu nak buat macam mana dah sakit kan. 2nd pregnancy alhamdulillah kisah demam tak berlaku walaupun mengandungkan kembar, kena berulang alik ke klinik pakar dan klinik kesihatan. Bersyukur sangat lepas konsisten ambil vitamin shaklee kesihatan kurniaan Allah ni sentiasa terpelihara.


  1. Vitalea : membekalkan 28 vitamin-vitamin penting yang diperlukan oleh badan.
  2. B Complex : mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B (B1,B2,B3,B5,B6,B12,Biotin dan Folic Asid).
  3. Vitamin C : Penghasilan kolagen untuk membina tulang rawa,otot-otot dan tulang-tulang fetus serta menguatkan sistem imun.
  4. Ostematrix : membekalkan kalsium bagi tulang sihat dan kuat.
  5. Omega Guard : EPA dan DHA memberi kesan positif terhadap perkembangan kognitif dan visual bayi serta mengurangkan risiko alahan pada bayi.

Antara perkara yang perlu dititik beratkan semasa mengandung:

1. Didikan di alam rahim
2. Jaga tingkah laku
3. Beribadah
4. Komunikasi
5. Membaca Al-Quran


Berminat dengan produk Shaklee,boleh hubungi saya di:



0 comment... add one now