Kenapa susu saya cair? Soalan itu mesti pernah menjengah fikiran para ibu kan... Banyak faktor penyebab susu cair. Sebelum itu mari kita tengok dulu komposisi susu ibu.
Susu ibu terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Foremik dan Hindmilk. Foremilk adalah susu yang mengandungi lebih banyak kandungan air dari lemak bertujuan bagi menghilangkan haus si manja. Foremilk adalah susu yang mengandungi kandungan lemak lebih dari air bertujuan mengenyangkan si manja. Hindmilk mempunyai segala khasiat yang diperlukan oleh si manja.
Susu yang diperolehi semasa awal perahan adalah foremilk dan diakhiri dengan hindmilk. Apabila susu perahan dibiarkan dua bahagian ini akan terpisah. Foremilk di bawah dan hindmilk diatas.Seperti gambar dibawah.
Sekarang kita dah faham konsep foremilk dan hindmilk..mari kita bercerita mengapa susu cair pulak.
Susu cair ada beberapa faktor antaranya :
Cuaca - apabila cuaca panas susu ibu akan lebih cair, ini bertujuan membantu menghilangkan haus si manja. Apabila cuaca sejuk, susu ibu akan lebih pekat untuk membekalkan lemak kepada si manja untuk memanaskan badannya. Kagum kan cara badan kita bekeja, itu tanda kebesaran Allah.
Rutin mengepam susu - apabila ibu tertinggal satu sesi pam, susu akan cair oleh kerana proses osmosis badan. Lagi banyak meninggalkan sesi pam lagi cair susu dan yang paling menyedihkan susu akan merundum.
Tidak mengosongkan payudara - kesan yang sama seperti mengurangkan sesi mengepam susu. Susu akan bertambah cair dan merundum. Saya kongsikan artikel dari kellymom.com mengenai kejadian susu ibu dan mengapa tidak mengosongkan payudara menjadi punca susu cair.
Ingat konsep "Empty breast = Faster Milk Production, Full Breast = Slower Milk Production"
Pemakanan ibu - Cuba ibu-ibu ingat bila makan makanan yang sihat yang berkhasiat susu akan pekat kan? Kalau makan makanan yang kurang sihat susu akan cair. Pemakanan mempenagaruhi penghasilan susu. Bagi saya yang selalu makan diluar, saya memilih untuk ambil supplemen. Alhamdulilalh selepas mengambilnya susu menjadi pekat. Kalau pam boleh nampak hindmilk sama banyak dengan foremilk, kadang-kadang hindmilk lagi banyak dari foremilk. Memang betul susu ibu cair atau pekat, susu ibu tetap mempunyai komponen yang penting bagi si manja cuma lagi sikit atau banyak.
Pengambilan supplemen membuatkan susu mencukupi kerana tubuh badan ibu lebih sihat. Susu akan jadi lebih pekat dan si manja akan lebih kenyang. Apa yang penting sekali adalah si ibu perlu sihat dan cukup nutrien kerana nutrien itu yang akan mempengaruhi penghasilan susu.
Jadi para ibu, jangan culas dalam rutin mengepam susu dan surirumah sila direct feeding si manja anda lebih kerap dan lebih lama. Bagi yang sudah mengambil supplemen jangan lupa makan dan disiplin. Jika tiada disiplin ambillah apapun milbooster, susu tetap susah nak meriah. Bersama lah kita berusaha bagi memberi si manja yang terbaik. Insya Allah segala usaha yang baik akan diberkati Allah.