Anak adalah amanah Allah kepada kita. Kita bertanggungjawab mendidik mereka sebaik mungkin tetapi cabaran didalam mendidik mereka tersangat la banyak. Ada ibu bapa yang bertuah mendapat anak-anak mendengar kata dan mudah dilentur (rezeki Allah dan mungkin balasan Allah diatas kebaikan yang mereka lakukan) dan ada ibu bapa yang mendapat anak-anak yang sangat mencabar minda. Itu semua rezeki dan ada hikmahnya, hanya Allah sahaja yang tahu mengapa dan kenapa. Seiring dengan cabaran-cabaran yang dihadapi sekarang banyak kelas-kelas keibubapaan dan buku-buku berkaitan dengannya. Pelbagai doa-doa yang dikongsi oleh mereka yang bijak pandai bagi membanti kita mendidik anak-anak dan memohon pertolongan Allah untuk kearah tersebut. Salah satu doa yang menarik hati saya adalah doa yang diambil dari Surah Ibrahim Ayat 40 iaitu doa untuk anak solat.
Mengapa doa ini menjadi salah satu kegemaran saya? Solat adalah tiang agama dengan menjaga solat hati juga akan terjaga malahan agama juga akan terjaga. Fadlihat solat sangat banyak dan salah satunya adalah mendisiplinkan diri. Solat adalah salah satu rukun islam. Saya ingin meninggalkan anak-anak yang akan mendoakan saya apabila saya tiada kelak, anak-anak yang hidup berlandaskan agama Allah dan anak-anak yang berjaya dunia dan akhirat. Saya akan cuba sedaya upaya untuk mendidik anak-anak saya kearah itu. Insya Allah, semoga Allah memperkenankan impian saya dan permudahkan usaha saya.
Banyak lagi doa-doa untuk anak-anak, insya allah jika umur panjang akan saya kongsikan. Azan Asar sudah berkumandang, jom solat dulu. Sebelum mendidik anak, kita sebagai ibu bapa perlu mendidik diri sendiri dan menunjukkan contoh yang baik.
Berminat dengan produk Shaklee, boleh hubungi saya di: