Kepentingan Asid Folik Ketika Kehamilan

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
&
salam sejahtera

Apabila hamil macam-macam yang perlu diambil kira, dari segi pemakanan sehingga lah ketingkah laku. Mengenai adab ketika mengandung ada saya tuliskan di sini

Kali ini saya ingin berkongsi tentang kepentingan asid folik pula, saya sendiri mengambil asid folik sebelum dan ketika mengandung. Asid folik amatla penting ketika awal kehamilan kerana ia dapat mencegah kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida.

Sumber: http://www.babycenter.com.my

Apakah asid folik?
Asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu. Sesetengah makanan seperti roti dan bijirin sarapan diperkuat dengan asid folik.
Mengapakah saya perlukan asid folik?
Asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida.
Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal. 
Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu. 
Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan, anda sudah boleh berhanti mengambil asid folik. Namun jika anda terus mengambil asid folik sepanjang kehamilan, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda ataupun bayi anda. 
Berapakah jumlah asid folik yang saya perlukan?
Anda dinasihatkan mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari sebaik sahaja anda merancang untuk hamil. Kemudian, teruskan mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama kehamilan. Baik juga jika anda makan makanan yang kaya dengan folat. 
Wanita yang telah mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub neural (NTD) mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat seorang lagi anak dengan kecacatan yang sama. Dalam kes ini, doktor akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. 
Jika anda mengambil ubat-ubatan tertentu, seperti yang dipreskripsi untuk mengawal epilepsi, doktor anda mungkin mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. Ini kerana ubat-ubatan itu menghalang keupayaan badan anda menyerap asid folik. 
Apakah sumber makanan yang terbaik?
Makanan yang kaya dengan folat adalah sangat baik bagi anda dan bayi anda. Makanan ini juga kaya dengan pelbagai khasiat yang diperlukan oleh anda berdua. Berikut adalah makanan yang kaya dengan folat: 
Makanan berikut mengandungi 100–200 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
  • bayam, 1 cawan;
  • kacang bendi, setengah cawan;
  • asparagus, setengah cawan;
  • lentil, setengah cawan;
  • hati, 1 keping;
  • 11 batang taugeh brussels;
  • kacang mata hitam, 4 sudu makan;
  • emping bran, 7 sudu makan;
  • germa gandum, 25g / 1 aun;
  • betik sederhana besar.

Makanan berikut mengandungi 50–100 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
  • brokoli kukus, 2 pucuk;
  • buah oren saiz besar;
  • nasi putih, setengah cawan;
  • oat, setengah cawan;
  • kacang merah, setengah cawan;
  • jagung saiz besar, 1;
  • biji bunga matahari, 1 aun.

Sumber lain yang mudah didapati termasuklah telur rebus bersaiz besar, ikan salmon dalam tin dan ubi kentang tidak dibuang kulit. Ingatlah bahawa asid folik dalam makanan akan musnah jika terlebih masak, jadi masaklah dalam kuali bertutup dengan sedikit air sahaja. Cuba makan sayur-sayuran yang dicelur sebentar atau dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro ataupun mentah. 
 



Namun begitu saya memilih mengambil B Complex Shaklee kerana ia diperkaya dengan asid folik. Ketika mengandung saya mengambil set kehamilan shaklee dan alhamdulillah semuanya selamat dengan izin-Nya. Saya mengambilnya dari awal kehamilan dan telah merujuk kepada Doktor saya mengenai. Dia menyatakan saya tidak perlu mengambil obimin kerana insya allah nutrien yang saya perlukan sudah mencukupi. Malahan B Complex Shaklee mengandungi asid folik jadi saya tidak perlu mengambil tambahan asid folik.   
Set Kehamilan,asid folik

Manfaat Vitamin B Complex
Apakah manfaat dari vitamin B1, B6 dan B12 ?

Vitamin B1
Sumber : beras merah, kuning telur, ikan, kacang dan gandum
Manfaatnya :
§ melancarkan metabolisme
§ melancarkan peredaran darah
§ mengoptimalkan aktiviti kognitif dan fungsi otak
§ mencegah terjadinya kerosakan urat saraf
§ memulihkan gangguan saraf 

Vitamin B6
Sumber : daging, hati, ginjal, ikan, kacang dan beras tumbuk
Manfaatnya :
§ memlancarkan metabolisme
§ meningkatkan kekebalan tubuh
§ menjaga keseimbangan garam-garam mineral
§ membantu sintetis RNA dan DNA

Vitamin B12
Sumber : hati, ikan, susu dan olahannya, daging, telur dan rumput laut
Manfaatnya :
§ mencegah kerosakan urat saraf
§ membantu pembentukan sel darah merah
§ melancarkan metabolisme sistem tubuh
§ mengubah karbohidrat, protein dan lemak kepada tenaga
  
Kekurangan vitamin B Complex boleh melemahkan sistem saraf dan mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung. Kekurangannya juga boleh menyebabkan pembentukan sel abnormal dan boleh mengakibatkan anemia.
 Selain itu, kekurangan vitamin B Complex juga dikaitkan dengan masalah seperti depresi dan kehilangan memori. Terdapat beberapa keadaan di mana kekurangan vitamin B Complex akan menimbulkan masalah kesihatan seperti keletihan, sesak nafas, insomnia, kurang konsentrasi dan mudah tersinggung.
  
KELEBIHAN VITAMIN B KOMPLEKS

1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
 2. Mengelakkan penyakit beri-beri.
 3. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
 4. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
 5. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
 6. Mencegah stress.
 7. Menguatkan antibodi tubuh.
 8. Amat penting untuk aktiviti sel genetik.
 9. Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
 10. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.
 11. Mencegah anemia
  
KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK KANAK-KANAK
 1. Merangsang pertumbuhan.
 2. Meningkatkan kemampuan berfikir.
 3. Memberikan tambahan tenaga.
  
KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK ORANG DEWASA
 1. Menambah tenaga.
 2. Mengurangkan stress.
 3. Melambatkan proses uban di rambut.
 4. Membantu meningkatkan konsentrasi.
  
KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK IBU MENGANDUNG

1. Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.
 2. Mencegah anaemia bermaksud cegah kurangnya sel darah merah(hemoglobin low).

Berminat Dengan Produk Shaklee , Boleh Hubungi Saya Di:


0 comment... add one now