Shaklee ESP : I Love You Soooo Much


Pengenalan Apa Itu ESP?


ESP - Soy Protein Isolate Powder

Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu.

Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik. ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting. Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolesterol.

Shaklee ESP:
• Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
• Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
• Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones. Kajian menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.
• Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu program yang digelar Identity Preservation Program (IPP),di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.


Menarik kan? Macam-macam khasiat ada..antara khasiat yang membuatkan saya dan ramai lagi jatuh cinta dengan ESP adalah :

     Ini memang favourite saya, selepas ambil ESP susu memang makin pekat. Selepas tahu mengandung kembar benda yang paling saya risau adalah takut susu tak cukup. Macam-macam info pasal penyusuan badan saya baca dan fahamkan,blog ibu yang ada anak kembar pun saya follow untuk kutip ilmu. Kemudian dalam list MUST HAVE saya masukkan Set Triple M, kumpul duit nak beli set ni. Selepas baca testimonial semakin yakin Set Triple M boleh bantu menyusukan kembar. Alhamdulillah dengan izin Allah, kembar minum pun puas, kadang-kadang minum sebelah jer dah sendawa. Susu memang banyak sebab ESP adalah protein dan protein adalah penting dalam penghasilan susu kerana itu ESP dikenali sebagai milk booster.

       Ini pula bonus yang saya dapat mengambil ESP, berat badan turun dengan mudah semasa berpantang sehingga saya dapat berat badan yang saya inginkan. ESP mengenyangkan dan membantu mengawal selera makan. Menyusukan kembar memang sentiasa lapar tetapi ESP membantu saya mengawal nafsu makan tu. Setiap kali rasa lapar saya hanya minum air, makan buah atau makan biskut berserat tinggi. Sungguh tak sangka berat akan turun dengan jayanya tetapi ada bahagian sedikit mengeleber lah bila berat dah mula turun. ESP mengandungi leucine yang membantu menukarkan lemak kepada otot. Walaupun tiada kajian yang menunjukkan ESP adalah pilihan terbaik untuk menurunkan berat badan tetapi ramai yang telah berjaya. Pilihan yang paling tetap untuk menurunkan berat badan adalah mengambil cinch shake, kandungan leucinenya lebih tinggi daripada ESP dan badan tidak mengendur apabila berat turun. Jadi lepas ni saya nak ambil Cinch Shake pulak nak bagi otot semua tegap dan kekar baru cun hehehe.

     Alhamdulillah, Allah kurniakan saya dengan kulit yang bermasalah. Dengan pengambilan ESP membuatkan kulit saya lebih senang dijaga dan lembut. Kadang-kadang kalau sampai malas tu keluar ke kedai tak pakai bedak pun setakat calit lip balm jer. Ramai juga yang merasakan perubahan pada kulit wajah mereka selepas ambil ESP, ada yang lebih lembut, lebih gebu dan berseri. Protein soya didalam ESP membantu mengawal hormon oleh itu ada yang mengatakan jerawat mereka terkawal lepas ambil ESP. ESP pun boleh buat masker yer, ambil dalam satu sudu ESP campur dengan air suam kemudian tempek pada muka, biarkan kering kemudian basuh. Kalau nak lagi best letak Vita E sekali dalam bacuhan tu tadi. Lembut kulit jadinya.

     
   Ramai yang berusaha untuk mendapatkan anak, dengan pengambilan ESP insya allah dapat membantu. ESP membantu menguatkan rahim dan memperbaharui sel-sel dalam tubuh badan kita. Malahan membantu membentuk ovum yang sihat bagi meningkatkan peluang persenyawaan. Protien adalah makanan asas sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, pelekatan telur dan lain-lain. Ini adalah salah satu cabang usaha, kita berusaha Allah menentukan kerana hal anak adalah urusan yang Maha Esa.

Macam biasa, testimonial!!! 





BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE, BOLEH HUBUNGI SAYA DI :





0 comment... add one now