Hari ini nak cerita pasal set pantang shaklee pulak. Semasa berpantang kembar saya tak ambil set pantang yang jamu-jamu tu, tak percaya? Percaya la dik non memang akak tak amik. Sebab utama semasa anak sulung kuning (jaundis) tak hilang sampai sebulan (faktor darah jenis 0) pastu set bersalin yang jamu-jamu tu tak leh la nak makan sebab panas nanti anak lagi tinggi kuningnya. Membazir jer dah beli mahal huhuhu jadi masa 2nd pregnancy dah tak nak amek dah sebab tahu mesti kuning lambat hilang jugak. Mula-mula risau jugak sebab takut ummi marah biasalah mak-mak kita dulu kan berpantang dengan jamu-jamu sekali anak dia bawak balik vitamin jer. Nasib baik ummi memahami tapi kena gak minum air buah manjakani nak bagi rahim cepat kecut. Akar kayu (air periuk) tak dapat carik kalau tak kena minum gak tu. Ummi walaupun dia tak kisah anak dia tak nak makan jamu sebab panas tapi dia nak gak anak dia makan or minum benda yang boleh cepatkan rahim kecut dan luka cepat sembuh sebab anak dia yang sorang ni bersalin operate. Bertungku, pakai pilis dan mandi air rebusan memang tak tinggal.
Air rebusan |
Seawal bersalin sehari dah mula makan set pantang shaklee (Vitalea, B Complex, Vita C dan Zinc) ni, memang dah letak siap-siap dalam beg. Sampai hubby tanya kenapa bawak pergi hospital. Haruslah bawak nak cepat elok pastu nak susu cepat ada 2 orang nak supply tu. Alhamdulillah memang badan rasa sihat walaupun tempat luka operate sakit dia lebih sikit daripada yang sulung mungkin sebab nak keluarkan 2 orang kut. Walaupun luka tu sakit tapi alhamdulillah susu marvelous tapi masa kat hospital menangis gak la sebab penat nak jaga 2 orang dengan awak tengah sakit kan. Keluar hospital terus balik kampung. esoknya dah mula berurut. Badan memang bengkak air yang sangat teruk,kaki bengkak,muka sembab isk tak boleh lupa lah. Tapi berkat ummi tersayang yang rajin sapukan minyak panas, bertungku dan lepas 3 hari berurut badan dah ringan. Bengkak dan sembab pun dah hilang. Kakak tanya jamu apa makan kali ni, saya jawab takder jamu makan vitamin jer..hehehe.kerut dahi jab gak la. Saya teruskan makan set pantang dan ESP untuk milk booster selepas seminggu saya baru mula makan Alfalfa pula. Saya ambil Set Pantang dan juga Set Triple M hasilnya memang memuaskan hati. Badan segar, susu alhamdulillah sampai tersedak-sedak kembar minum. Kenapa saya mula Alfalfa lambat sebab seperti yang dijangka anak kuning, ada pendapat kata alfalfa panas ada yang kata alfalfa membantu hilangkan jaundis. Tapi saya amik safe side untuk tak makan dulu.
Bila anak pro-long jaundis memang penat sebab berulang alik ambil darah. Setiap hari pergi klinik kesihatan ambil darah kalu hari sabtu pergi hospital pulak sebab makmal klinik kesihatan tutup. All travelling were tiring. Lagi-lagi dengan luka operate yang sangat delicate nak jaga. Tetapi kali ni rasa penat tu tak macam dulu masih managable dan kadang-kadang tak rasa penat pun. Berbaloi beli tak rasa membazir sebab boleh continue makan walaupun dah habis pantang. Sekarang saya masih ambil lagi Set Triple M dan ambil zinc untuk rambut gugur. Biasalah lepas bersalin hormon nak kembali ke asal rambut mulala gugur. Tetapi pengalaman berpantang dengan set pantang Shaklee memang berbaloi, badan segar, susu banyak, muka licin (bonus), berat turun ke asal dengan mudah (bonus) memang best la. Alhamdulillah semuanya dengan izin Allah, kita berusaha Dia yang menentukan.
Berminat dengan produk Shaklee, boleh hubungi saya di: