Alkisah Arginine The Champion



Sejak terlibat dalam dunia suplemen ni, setiap hari mesti ada benda baru yang belajar walaupun rasa macam dah habis kenal produk atau vitamin tu. The learning never ending which is i like it very much. Hari ni hendak cerita pasal asid amino tidak perlu ARGININE, kenapa tetiba? Kerana ada kajian yang menunjukkan arginine mampu meningkatkan kepekaan insulin dalam badan. Sebelum tu apa yang kita faham mengenai asid amino? Kita buat ulang kaji sikit yer.

Asid amino ada 2 kumpulan, asid amino perlu (essential acid amino - EAA)dan asid amino tidak perlu (nonessential acid amino - NEAA) tetapi jangan mudah terpedaya dengan terms yang diguna. Tidak perlu bukan bermaksud badan kita tak perlukan asid amino tu. Asid amino perlu bermaksud badan kita tidak dapat hasilkan asid amino tersebut tetapi kita perlukan asid amino tu jadi kita kena dapatkan melalui pemakanan manakala asid amino tidak perlu bermaksud badan kita hasilkan asid amino jenis ini. Asid amino penting untuk badan kerana ia diperlukan untuk pembentukan sel baru dan penghasilan sel baru dengan kata lain asid amino merupakan asas kepada kehidupan. Arginine ini termasuk dalam kumpulan asid amino tidak perlu walaupun kuantitinya sedikit tetapi kegunaannya sangat luas. 


Arginine ini memang The Champion sebab fungsi dia sangat la banyak. Sebelum ini arginine memang telah diketahui sangat bagus untuk salur darah kerana ia melancarkan aliran darah dan membantu keadaan kesihatan yang berkaitan dengan saluran darah menyempit seperti sakit dada, saluran darah tersumbat, masalah berkaitan jantung, mati pucuk dan sakit kepala kerana saluran darah membengkak. Arginine juga memberikan signal pada badan untuk menghasilkan protin dan juga ia berguna untuk memulihkan luka, meningkatkan penghasilan sperma dan mengelakkan kerosakkan tisu. Banyak kan kegunaan arginine, walaupun dihasilkan oleh badan dalam kuantiti yang sedikit. Namun apabila usia meningkat penghasilan arginine juga akan merosot macam penghasilan collagen. Disebabkan itu untuk memastikan arginine sentiasa cukup bolehlah dapatkan daripada sumber luar. Sekarang arginine banyak dihasilkan didalam makmal dan boleh diambil secara oral seperti suplemen biasa namun perlu berhati-hati dan disyorkan supaya mendapatkan nasihat doktor.

Dengan kajian pasal arginine mengenai sensivity insulin bertambah lagilah maklumat tentang kegunaan arginine dalam badan kita. Menakjubkan ciptaan Allah, tak pernah gagal membuatkan kita terpegun dan terpesona. Apa kaitan ariginine dengan insulin?


Insulin kita tahu dihasilkan oleh pankreas untuk menukarkan glukosa menjadi tenaga tetapi apabila badan kita tidak menghasilkan cukup insulin ataupun berlaku rintangan insulin ia dipanggil diebetes. Terutama Diebetes Melitus Type 2, badan menghasilkan insulin untuk berinteraksi dengan glukosa dalam salur darah tetapi tidak berjaya ibarat ada dindng untuk 2 komponen ini berinteraksi (insulin dan glukosa). Dinding tu tak sedar pun insulin ada, ibarat ketuk pintu rumah banyak kali tapi tiada orang buka pintu dan orang dalam rumah tidak sedar ada orang ketuk pintu. Jadi glukosa yang terhasil daripada karbohidrat yang kita makan tadi akan menimbun dalam salur darah dan tidak dapat ditukarkan menjadi tenaga kerana ketiadaan insulin sedangkan insulin duk tunggu pintu dibuka ni. Disini la arginine memainkan peranan supaya orang dalam rumah sedar yang insulin dah sampai lama dah duk tunggu orang buka pintu dan dipelawa masuk. Itu la ibaratnya nak bagi senang faham kaitan arginine dengan insulin. 

Kajian yang dibuat oleh para pengkaji di Italy dan England mengenai kepekaan insulin ini dapat ditingkatkan dengan meningkatkan neurotransmitter nitric oxide (NO) yang berasal daripada ARGININE. Secara ringkas kajian tu pasal apa yer, hendak cerita lebih-lebih nanti takut ada salah info pula. Untuk kajian ni mereka ambil pesakit diebetes melitus type 2 yang mengawal sakit mereka ni menggunakan pemakanan sahaja. Mereka ini dibahagi kepada 2 kumpulan, pada bulan pertama kedua kumpulan ini meneruskan diet mereka macam biasa kemudian pada bulan kedua kumpulan 1dirawat dengan cara diet mereka diteruskan macam selalu dan diberikan placebo 3 kali sehari selama 2 bulan (disini apa placebo yang diberi maaf tak tahu, tahu makna placebo jer). Kumpulan 2 dirawat menggunakan kaedah yang sama (diet dan placebo) selama sebulan sahaja, pada bulan kedua (bulan ketiga semasa kajian berjalan) mereka diberikan arginine (dalam bentuk arginine aspartate) dan ofkos mereka tidak tahu. Keputusannya, peningkatan sebanyak 34% insulin sensitivity dikesan pada kumpulan ke-2 namun arginine sahaja tidak sepenuhnya membuatkan sensitivity insulin pesakit kembali normal banyak lagi faktor luaran tetapi kajian ini membuktikan peningkatan nictic oxide (NO) yang disintesiskan daripada arginine membantu. 

Nak baca lebih lanjut pasal study tu, klik link bawah ni.
Kajian : Long-term oral L-arginine administration improves peripheral and hepatic insulin sensitivity in type 2 diabetic patients.
Menarik bukan! Selepas baca pasal kajian ini terus teringat ESP Shaklee yang mempunyai spektrum lengkap asid amino (yang perlu dan yang tidak perlu). Jadi tidak perlu susah payah hendak ambil suplemen lain kerana ESP dah ada. Lagipun dapatkan arginine daripada pemakanan lebih selamat daripada ambil arginine secara terus melalui suplemen sebab kalau tiada apa masalah kesihatan yang memerlukan kenapa hendak ambil. Semasa duk baca pasal arginine ni yang ambil arginine secara oral ni mereka yang ada masalah kesihatan dan dibawah kawalan doktor jadi kalau tiada masalah kesihatan tak perlu lah kut better ambil dari pemakanan jer. Lagipun hendak check source arginine tu dulu sama ada semulajadi ke tak? selamat ke tak? sintetik ker? aduh buat pening kepala jer. So shaklee's lover teruskan ambil ESP yer, lagipun G.I (glisemik indeks) ESP memang rendah pun sesuai untuk mereka yang ada diebetes.

Sambung baca pasal ESP dekat sini : ESP SHaklee Vs Air Soya


Rujukan :
1. Arginine Boots Insulin Sensitivity And Cardivascular Function.
2. Arginine Background
3. L-arginine Benefits Heart Health And Performance - Dr. Axe




0 comment... add one now