Mencari Kain Felt Untuk Kraftangan? Asma Felt Box Jawapan Anda

Review By ayuhsihat.blogspot.com

Masa sekolah dulu Ummi pernah tanya, "Tak nak belajar jahit baju kurung ker?"
Jawapanku adalah, " Ala Ummi tak minat tapi kalau Ummi nak ajar mengait ker menyulam ker, ayu nak."

Itulah aku lagi minat buat kerja renyah kraftangan daripada belajar jahit baju yang pakai setiap hari. Tak minat nak belajar jahit baju walaupun Ummi memang terer jahit baju, kecik dulu baju raya semuanya ummi jahit. Tapi kalau disuruh buat cross stich, menyulam ataupun mengait dengan rela serah diri kemudian buat benda-benda kraftangan ni. Minat dan suka kalau pergi kedai kraftangan alahai bagai nak giler dibuatnya, semua benda rasa hendak beli. Zaman dulu agak sukar juga hendak cari barang-barang untuk buat kraftangan, kena pandai cari kedai dan tidak semua kedai ada barang yang kita hendak kemudia harga pun boleh tahan sebabnya tak ramai orang buat. Tetapi zaman sekarang semuanya mudah dan senang. 

Online shop kraftangan di Malaysia makin banyak, google jer keluar la list. Salah satu online shop yang menawarkan pelbagai bahan kraftangan untuk korang adalah Asma Felt Box. Macam-macam jenis kain felt ada, belum lagi cerita pasal button, beads, ribbon boleh rambang mata dibuatnya. Ada pelbagai corak dan design yang pasti tidak mengecewakan korang. 
Review Entry By Ayuhsihat.blogspot.com
Pilihan kain felt banyak dan menarik, kalau tengok bahagian button rambang mata dibuatnya sebab comel dan cute belaka. Ada satu design button kayu bentuk siput, comel babe. Geram dibuatnya nasib baik takde anak perempuan kalau tidak setiap hari tukar hairclips pastu macam-macam jenis hairbands mak buat.

Review Entry By Ayuhsihat.blogspot.com
Beli lebih rm100 (di website sahaja) akan dapat free poslaju
Barangan akan dipos setiap hari kecuali Sabtu, Ahad dan cuti umum
Pembayaran sebelum jam 12tghari, akan dipos hari yg sama.

Satu lagi yang menariknya di Asma Felt Box ni, kalau korang baru nak berjinak dengan bidang kraftangan ni tak tahu mana hendak mula dekat sini ada jual Starter Kit. So apa tunggu lagi, dulu boleh la jadikan alasan susah la hendak cari barang, tak jumpa kedai la tapi sekarang ni online shop Asma Felt Box kan ada.


Review Entry By ayuhsihat.blogspot.com

Website    : Asma Felt Box
Facebook : Asma Felt Box
Instagram : Asma Felt Box
You Tube : Asma Felt Box

Adik-adik manis sekalian apa lagi serbu la Asma Felt Box hari ini, lepas ni boleh la DIY hadiah special tu cik abang, untuk mak-mak yang ramai anak dara yang suka pakai hairclips comel-comel boleh beli bahan-bahan daripada Asma Felt Box kemudian ajak dorang buat sekali kan boleh eratkan hubungan mother-daughter tu. Untuk cik abang yang buah hatinya suka buat kraftangan boleh beli bahan-bahan kemudian buat suprise, nak lagi rare cik abang yang buatkan something DIY untuk buah hati confirm melting.

Psst : sedikit tips daripada akak - untuk korang yang suka buat kraftangan DIY, bidang ni boleh buat bisnes kecil-kecilan tuk tambah duit poket. Bahan boleh ambil dari Asma Felt Box, klik-klik dalam website or any social media dorang, bayar, barang sampai depan rumah senang kan. Dah boleh buat terus tak yah nak keluar carik barang.



0 comment... add one now