Keajaiban Allah Yang Indah Dan Bagaimana Vita Lea Penting Untuk Ibu Mengandung



Bila mengetahui kita sudah hamil berbagai persoalan akan menerpa dalam fikiran kan? Apabila saya tahu saya hamil, perkara yang utama saya mahu tahu adalah bagaimana baby dalam kandungan saya ni, ok ke tak, sihat ke tak, kalau boleh nak scan setiap masa nak tengok baby membesar hehehe. Setiap kali usap perut saya akan rasa bersyukur dan rasa kagum betapa indahnya ciptaan Allah dan hebatnya Kekuasaan-Nya kerana seorang lagi umatNya sedang membesar didalam badanku.Allahuakbar. Mari kita lihat serba ringkas bagaimana keajaiban ini berlaku. Kalau zaman saya dulu masa form 3 dah belajar ni dalam kelas biologi.



Persenyawaan 

Setelah ovum disenyawakan oleh sperma yang berjaya menembusinya ia dikenali sebagai zigot dan serta merma menutup membran luarnya untuk menyekat sperma lain daripada menembusinya. Kemudian pembahagian sel pun mula terjadi sambil membuat perjalanan turun daripada tiub falopio (ya.persenyawaan berlaku di tiub falopio bukan uterus hehe) ke uterus dimana zigot akan berkembang menjadi fetus.

1 Bulan

Zigot sekarang adalah embrio yang terdiri daripada dua lapisan sel yang akan berkembang menjadi organ-organ dan bahagian-bahagian badan.

2 Bulan

Saiz bayi lebih kurang sebesar sebiji kacang merah (>= 1.6sm) dan sudah mula bergerak. Jari-jari tangan terlah terbentuk tetapi sedikit berselaput. Kelopak mata mula menutupkan mata.

3 Bulan

Ketika ini panjang bayi sekitar 7sm-8sm dan beratnya lebih kurang setengah biji pisang dan dia sudah mempunyai cap jarinya. Ada ibu yang boleh merasai bayi bergerak-gerak ketika ini. Jika bayi didalam kandungan adalah perempuan, dia sekarang mempunyai lebih kuramg 2 juta telur dalam ovarinya. Dia hanya mempunyai satu juta pada masa dia dilahirkan. Semakin dia membesar, jumlah telur semakin berkurangan dan menjelang umur 17 tahun, jumlah ini akan turun kepada 200,000.

4 Bulan

Bayi sudah panjang kira-kira 13sm dan berat badannya 140g, rangkanya mula mengeras dan tulang rawan yang lembut menjadi tulang. Dengan alat doppler, degupan jantung bayi sudah dapat didengari. Degupan jantung bayi memang laju berbanding dengan jantung kita tetapi bila si ibu mendengarnya secara automatik senyuman akan terukir di bibir.

5 Bulan

Kening dan kelopak matanya telah siap dibentuk. Panjang bayi melebihi 27sm dan beratnya dalam lingkungan 360g. Bulu keninh telah tumbuh begitu juga dengan kuku jari tangan dan kaki. Ketika ini bayi sudah boleh mendengar bunyi-bunyi disekelilingnya. Oleh itu rajim-rajin la bercakap atau membaca atau mengaji kepadanya. 

6 Bulan

Kulitnya yang berkedut sudah mula lembut dan licin kerana sudah mula mengumpul lemak, beratnya ketika ini dalam lingkungan 660g. Saraf optiknya sudah mula berfungsi dan bayi mula menunjukkan respon terhadap sentuhan.

7 Bulan

Ukurang bayi melebihi 40sm dan dia sudah boleh membuka dan menutup matanya. Dia sudah boleh melihat apa yang berlaku didalam rahim, membezakan cerah dan gelap dan mula mencari punca cahaya. Paru-paru dan salur penghadamannya hampir matang sepenuhnya. 

8 Bulan

Berat bayi sekitar 2.2 kg dan panjangnya lebih kurang 45sm, bayi mula kelihatan comel dan montel kerana lemak-lemak semakin banyak dikumpul. Pada minggu ke-35 pendemgaram bayi sudah terbentuk dengan sempurna oleh itu ibu boleh merasakan bayi memberi respon terhadap bunyi yang dia dengar. 99% bayi yang lahir pra-matang pada minggu ke-35 boleh hidup dan majoritinya tidak menghadapi masalah serius walaupun sistem saraf pusat bayi belum matang sepenuhnya.

9 Bulan

Masanya sudah tiba! Bayi lelaki secara puratanya lahir dengan berukuran 52sm dan berat badan 3.4kg manakala bayi perempuan 50sm dengan berat badan 3.2kg. Namun begitu 2.5kg hingga 3.8kg adalah lingkungan yang sihat bagi bayi baru lahir.

Perkembangan bayi dalam rahim, setiap kali tengok mesti air mata bergenang sob sob

Sepanjang tempoh 40 minggu mengandung, vitamin antenatal dan makanan seimbang adalah penting bagi memastikan bayi didalam kandungan mendapat vitamin dan nutrien yang mencukupi. Pada awal kehamilan sekitar 1 - 3 bulan pertama, mual dan loya memang teman sejati, ada orang makan asam bagi menghilangkan rasa loya tetapi saya tak suka kerana asam tak elok untuk orang mengandung dan boleh membuatkan kita jadi pelupa. Jadi saya lebih suka makan gula-gula berangin dalam handbag sentiasa ada gula-gula mentos. 

Dari bulan 1 hingga bulan 3, saya ambil vitalea, b complex, vita c, ostematrix dan ambil susu materna enfagrow. Bila masuk bulan ke 4, saya mula ambil omega guard untuk perkembangan otak bayi. Kali ni saya nak cerita lebih sedikit pasal Vita Lea Shaklee.

Vita Lea Shaklee nie istimewa dan ia merupakan vitamin wajib yang diambil ketika hamil (pada pendapat saya la) sebab lengkap dengan nutrien perlu (vitamin dan mineral) yang badan perlukan. Lebih lagi ketika hamil, badan kita akan mudah penat kerana perubahan hormon dan fizikal. Itu belum kira mual, loya dan hilang selera makan lagi, jadi Vita Lea membantu supaya badan kita tak kurang nutrien. Kalau tak cukup nutrisi nanti kita yang sengsara silap-silap kena masuk hospital. 

1 tablet Vita-Lea ada 30 nutrisi yang diesktrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting. Kemudian setiap tablet Vita Lea dibalut dengan spirulina dan Vita Lea ada teknologi "Expo Tab" yang membuatkan Vita Lea mudah meresap dan terurai. Tak caya boleh rendam Vita Lea dalam air dan ambil masa ia melarut dan terurai, baru nampak betapa senangnya Vitalea melarut. 

Vitalea:
  • Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik.
  • Mengandungi beta karotena yang membantu dalam mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu.
  • Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi.
  • Biotin dan asid pantotenik membantu untuk memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh
  • Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah.
Vita Lea Shaklee sudah ada dipasaran selama hampir 100 tahun dan nama asalnya adalah Vitalize-Mineral kemudian dipendekkan menjadi Vit-min. Jika dulu vita lea dalam bentuk cecair kemudian ditukar menjadi tablet lebih mudah hendak bawa kemana pun dan travel. Lamakan Vita Lea sudah ada dalam pasaran dan percaya atau tidak Vita Lea merupakan multivitamin pertama dicipta di dunia. 
Senarai Vitamin Dan Mineral Yang Terdapat Didalam Vita Lea
Bagaimana lagi Vita Lea membantu ibu mengandung? Antara masalah biasa ibu mengandung hadapi adalah HB rendah, betul kan. Jika amalkan Vita Lea insya allah HB akan cantik dan Nurse pun takkan bising sebab HB rendah. Semasa mengandung dulu itu la setiap kali ambil keputusan ujian darah tengok HB berapa, kalau rendah bersiap sedia lah kena ceramah. Kadang kala bukan kita tak nak makan tetapi selera takder kemudian kalau makan keluar balik. Nurse-nurse dekat KK tu bukan tak tahu, dorang pun mengandung tetapi sudah menjadi tanggungjawab dorang untuk bebelkan kita jadi janganla ambil hati sangat yer. 

Semasa mengandung bayi akan menyerap segala nutrisi daripada ibu oleh kerana itu ibu perlu cukup nutrisi jika tidak ibu yang akan merana. Jika berterusan bayi dalam perut itu juga akan terkesan, tumbesarannya terbantut. Oleh itu ibu-ibu mengandung pastikan yang diri korang cukup nutrisi. Selain Vita Lea, lain-lain vitamin juga membantu ibu mengandung seperti B Complex, Ostematrix, Omega Guard, Vitamin C dan ESP.

B Complex:

  • B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.
  • B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga.
  • Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh. Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.
Vitamin C:
  • Sumber Vitamin C Semulajadi yang Disalurkan Jam demi Jam.
  • Tubuh kita sering kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian. 
  • Vita C dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan vitamin C berterusan. 
  • Vita-C 500mg yang semulajadi ini membantu menyediakan vitamin C yang diperlukan tubuh. 
  • Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.
Ostematrix:

  • OsteMatrix membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. 
  • Ia juga mengandungi magnesium,vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.
Omega Guard:
  • Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. 
  • DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.
  • Shaklee OmegaGuard merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan OmegaGuard menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA. 
ESP :
  • Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
  • Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
  • Pembekal tenaga dan meningkatkan sistem imunisasi. Juga berkesan untuk memulihkan kepenatan, mencegah migrain, kemurungan, stress dan insomia
  • Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones. Kajian menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.
  • Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP),di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.
  • Antara penyebab protein soya adalah diantara yang bagus kerana ia 12 kali lebih dari susu, 4 kali ganda dari telur anda 2 kali ganda dari daging. Disamping rendah kolestrol, rendah lemak dan mudah diserap. 

Berminat Dengan Produk Shaklee,Boleh Hubungi Saya Di:









0 comment... add one now