Cuti sekolah sudah bermula tetapi kesian anak-anak ibu sebab tak dapat berjalan, ayah terlalu sibuk sampai takde masa terluang. Lain kali kita berjalan yer, nanti kalau ada masa ibu bawa keluar makan-makan. Ibu teringin sangat nak bawa korang pergi Kidzania tetapi anak-anak ibu masih kecil lagi untuk ibu lepaskan korang explore sendiri. Nanti bila korang dah besar skit ibu akan bagi korang pergi sendiri macam kawan ibu cadangkan better korang explore sendiri dan jaga each other supaya anak-anak ibu dapat pengalaman disebabkan itu korang kena besar skit lagi yer.
Kidzania sediakan macam-macam aktiviti yang bagi ibu bagus untuk sediakan anak-anak ibu menghadapi dunia luar dan bagaimana korang perlu respon dengan persekitaran. Impian ibu supaya anak-anak ibu seimbang perkembangan IQ dan EQ. IQ penting tetapi EQ juga penting kerana itu lah asas seseorang itu sebagai seorang manusia, kenapa ibu kata begitu? Zaman sekarang anak-anak yang lahir semuanya bijak jadi tiada masalah dengan IQ tetapi bagaimana dengan EQ mereka. Anak-anak zaman sekarang terlalu tertekan dengan persaingan menjadi siapa yang lebih pandai sehinggakan EQ mereka terabai. EQ penting supaya anak-anak boleh berinteraksi dan berkomunikasi dengan dunia luar dan memberi respon yang sepatutnya dengan persekitaran mereka. Supaya mereka boleh berdikari dan membuat keputusan yang betul.
Kidzania memberikan anak-anak pengalaman merasakan bagaimana pekerjaan didunia sebenar supaya meraka dapat memahami nature sesuatu pekerjaaan yang selama ini mereka hanya tahu kewujudan. Seperti orang dewasa juga mengetahui sesuatu dengan mengalami sendiri pengalaman itu adalah berbeza, teori dan praktikal perlu selari. Sebagai contoh menjadi seorang polis, anak-anak faham tugas seorang polis tetapi adakah mereka faham bahaya dan pentingnya tugas seorang polis. Kidzania menyediakan pengalaman itu, dan sudah tentunya dengan cara yang menyeronokkan. Suasana pembelajaran yang menyeronokkan membuatkan anak-anak lebih faham dan ingat.
Ibu macam tidak percaya yang sebenarnya Kidzania Kuala Lumpur ini merupakan yang ke-11 diseluruh dunia dan ke-3 di Asia Tenggara. Keselamatan anak-anak semasa di Kidzania juga terpelihara kerana pihak Kidzania akan memastikan keselamatan anak-anak terjamin dan mempunyai kumpulan staff yang mempunyai sijil jika berlaku kecemasan dari segi kesihatan dan juga keselamatan. Disebabkan banyak aktiviti di Kidzania yang menarik anak-anak ibu kena tunggu umur tu besar sedikit supaya boleh cuba setiap aktiviti yang ada tanpa perlu risau age restriction. Ibu akan sediakan duitnya insya allah jangan risau.
Memang menarik idea Kidzania ni, ibarat anak-anak berada didalam dunia lain yang tiada orang dewasa. Kidzania ada kerajaan mereka sendiri siap ada lagu kebangsaan dan monument, ada duit sendiri okay untuk duit kertas dipanggil 'kidZos' kemudian untuk syiling dipanggil 'Zents'. Bukan tu ajer ada bahasa Kidzania sendiri contohnya "Kai untuk Hello", "Zaz untuk Wow" dan "Z-U untuk See You".Menarikkan! Ibu pula yang rasa excited. Nanti anak-anak ibu akan experience tu semua juga bukan jauh pun dari rumah, dekat dengan Tesco Mutiara Damansara tempat kita selalu beli barang dapur.
Admission Kidzania Kuala Lumpur pula sudah siap kalendar untuk satu tahun supaya senang untuk kita merancang bila hendak datang. Waktu dan hari Kidzania tutup dan buka semuanya ada. Harga tiket not bad cuma ibu tak tahu harga tiket tu cover semua aktiviti didalam ataupun ada yang perlu dibayar berasingan. Tiket boleh diberi secara online ataupun dikaunter, which is good ada pilihan untuk ibu bapa memilih cara membeli tiket yang bersesuai.
Semoga anak-anak ibu bersabar yer, sementara tu nanti ibu bawa keluar makan-makan walaupun cuti sekolah ini kita tak sempat nak berholiday. Ayah kerja keras untuk kita juga jadi kita kena sokong ayah okay!