Name Kad Dah Sampai!!!


Semalam hari yang sangat hectic, penat wey sampai tidur tak sedar diri pengsan. Nasib baik MIL ada kalau tak ntah apa jadi ngan anak-anak aku. Pagi macam biasalah sediakan sarapan tuk anak-anak, siap buat laundry dah keluar untuk hantar borang pendaftaran pra sekolah dengan darjah 1 kembar. Alang-alang dah keluar pergila kedai cari apa barang dapur yang dah habis, bebudak ni macam biasa kalau pergi convinent shope that paw ibu dia tak sah nasib baik duit cukup.

Disebabkan balik dah tengahari tak sempat nak masak belilah nasi ayam, berlambat-lambat balik sebab dah confirm dengan en.suami takde parcel sampai hari ni. On the way balik rumah singgah sekolah hantar borang boleh pula lupa surat beranak kembar. Aduhhhh dah 2 kali kerja nasib baik rumah dekat jer. Pra Sekolah dengan Darjah 1 sekarang ni daftar online dulu Darjah 1 jer sekarang ni Pra sekolah pun sama.

Bagi yang belum daftar Pra Sekolah boleh lagi sampai 30 April 2017 ni, sila daftar cepat-cepat. 


Lepas daftar semua dapatlah isi borang pra sekolah kemudian print dan hantar pada sekolah yang dipohon beserta dokumen sokongan yang telah disahkan. Dokumen sokongan tu salinan mykid, salinan surat beranak, salinan IC mak ayah, salinan surat nikah dengan slip gaji. Jangan lupa isi darjah 1 sekali, senang sekali jalan nanti hantar borang pra sekolah antara sekali pemohonan darjah 1.



Sama juga macam pra sekolah kena daftar baru boleh isi borang. Lepas isi kena print kemudian hantar pada sekolah yang dipohon beserta dokumen yang telah disahkan dalam masa 14 hari. Beza pra sekolah dengan darjah 1, darjah 1 dalam masa 14 hari manakala pra sekolah sehingga 30 April 2017. Masa hantar borang darjah 1 sila bawa surat beranak anak yang original nanti jadi macam ai kena balik ambil. Penat gile dengan hari yang sangat panas turun naik tangga, redha dan bersabar jerlah kerana itu semua anugerah Allah.

Lepas hantar borang darjah 1 kembar tetiba ada parcel atas meja, lupa sungguh nasib baik ada orang dekat rumah kalau tidak dah kena arrannge. Buat name kad FREE guna pixajoy, terima kasih PIXAJOY.COM. Name kad sangat cantik menepati citarasa, kad tu kita design sendiri ataupun guna template yang pihak pixajoy sediakan. Happy sangat sebab setelah lama hendak buat name kad asyik bertangguh jer kali dapat jugak. Walaupun simple jer tapi sudah cukup buat hati ai berbunga-bunga. 

Banyak lagi produk best-best denkat Pixajoy, sapa yang suka buat album, keychain ataupun mini book album. Harga ada discount punyer.

Ini Link Pixajoy


Dalam suka-suka dapat name card boleh pula kunci bilik salah letak, habis satu rumah ai selongkar dan kemas. Last-last jumpa betul-betul depan pintu bilik tersorok balik tikar getah. Bengang betul dekat 2 jam mencari kat situ duduknya, hikmahnya rumah kemas bersih hahaha.

Okaylah, have a nice day ahead.



0 comment... add one now