Hendak cantik kena bersabar supaya kulit cantik tu lebih semulajadi dan yang penting selamat. Bak kata orang biar lambat asalkan selamat dan tolongla bersabar. Kita ada banyak petua orang tua-tua yang boleh diamalkan cuma kena rajin dan bersabar, kalau kurang rajin hendak ikut petua boleh ambil supplemen yang ada kebaikan untuk kulit. Untuk supplemen atau vitamin ni benda yang kita kena faham adalah 1 vitamin ada pelbagai khasiat untuk badan jadi walaupun kita ambil atas tujuan kecantikkan bahagian badan yang lain juga akan dapat manfaat juga. Kulit,rambut dan kuku merupakan bahagian badan paling terakhir mendapat manfaat bila kita makan supplemen. Antara vitamin yang sangat famous kalau hendak cantik ni tentulah Vitamin C, Vitamin E dan Collagen. Ini antara yang paling famous sekali.
Vitamin C boleh mencerahkan kulit dan menjadikan kulit lebih lembut dan vitamin c penting untuk pembentukan collagen. Collagen dihasilkan oleh badan kita tetapi bermula 25 tahun keatas badan sudah mula kurang menghasilkan collagen. Vitamin E pula bagus untuk menghilangkan parut, pelindung sinaran UV tetapi tahu tak Vitamin E ini juga membantu didalam kemesraan sumai isteri. Tahu tak protein membantu untuk mendapatkan kulit yang cantik? Camner pula tu yer? Protein mengandungi asid amino yang badan gunakan untuk menghasilkan sel-sel baru. Jadi jika sel-sel baru yang lebih baik dan kuat mengantikan sel-sel kulit yang rosak mestilah kulit akan jadi bertambah cantik kan. Nampak tak kebaikkan vitamin disini, protein memberikan kita tenaga tetapi pada masa yang sama membantu kita mendapatkan kulit yang lebih sihat. Disebabkan itulah kalau lihat kengkawan SID banyak yang kulit mereka cantik-cantik, licin dan tiada jerawat. Jeles ai tau.
Antara vitamin yang selalu orang cari untuk cantik kulit macam dalam poster di atas tetapi sebenarnya tak terhad pada 3 ni jer. Antara produk lain yang memang untuk kecantikkan kulit ada ESP, Vivix,Collagen Powder dan GLA Complex. Semuanya boleh ala carte tidak semestinya ikut set yang ditawarkan. Flexible kan tu la bestnya Shaklee ni. Cantik dapat Jimat pun dapat Badan sihat pun dapat disamping produknya dibuat daripada bahan semula jadi.
Bagi yang ada ongkos lebih bolehla ambil set yang atau produk yang agak mahal sedikit TETAPI walaupun mahal tetap berbaloi, manakala yang kurang ongkosnya boleh ambil set-set baget yang ada tetap berkesan jangan risau.
Saya kongsikan beberapa testimonial mereka yang menggunakan produk Shaklee untuk mendapatkan kulit cantik idaman mereka tanpa rasa sakit atau membahayakan. Mereka ini guna Shaklee secara konsisten tau. Satu lagi perkara penting semasa ambil supplemen sila konsisten dan rajin supaya badan terus menerus dapat nutrien untuk membaik pulihb
1. Beliau hanya mengamalkan ESP dan Vitamin E, alhamdulillah kulit beliau cantik dan halus serta parut-parut jerawat mula pudar.
2. Beliau mengambil ESP. Vitamin E dan Vitamin C. Kulit bertambah sihat dan jerawat berkurang dan alhamdulillah alahan beliau kepada makanan laut berkurangan juga.
3. Cik adik ini pula menggunakan Shaklee Collagen Powder. Lihat gambarnya dari masam ke senyum lebar, puas hati sangat dengan hasilnya.
Amacam seronokkan tengok, bagi mereka yang ingin mencuba petua orang-orang tua untuk mendapatkan kulit yang cantik boleh klik Tips Cantik Semulajadi dan ketahui apa kaitan antioksidan dengan kecantikkan klik Antioksidan Dan Kecantikan,
OK la sampai sini dulu, nanti saya fikir-fikir lagi apa yang nak dikongsi untuk mencantikkan kulit korang, Tunggu!