Tidak!!! Rambut Makin Menipis..Sedih...


Alahai rambut makin nipis ni, macam mana nak buat ni...Tak nak la botak...huhuhu

Sedih bunyinya kan, jangan risau setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati itu janji Allah. Ok, mari kita cuba fahami punca-punca rambut gugur. Rambut gugur pasti bersebab bukan suka-suka rambut hendak gugur kan. Kalau kita tanya pada En.Google macam-macam jawapan akan dapat, saya cuba simpulkan sehabis baik.

Antara Punca-Punca Rambut Gugur:

1. Hormon
    Wanita yang baru melahirkan anak selalunya menghadapi masalah rambut gugur kerana tahap hormon estrogen yang rendah. Tetapi masalah ini akan berlalu apabila paras hormon estrogen kembali normal.
    Apabila wanita berada didalam keadaan stress/tertekan, hormon adrogen akan diaktifkan dan apabila paras  hormon ini terlalu banyak rambut akan mula gugur. Bagi kes serius, doktor akan berikan pil anti-adrogenuntuk mengawalnya.

2. Produk Kecantikkan rambut
    Jika sering mewarnakan rambut, melunturkan rambut, melurus atau kerintingkan rambut akar akan rosak dan rambut akan mudah putus. Jika mahu berfesyen berpada-pada la jangan menyesal apabila rambut mula menipis dan akhirnya botak.

3. Keturunan
    Faktor genetik ini juga ada menyumbang sedikit sebanyak kepada masalah rambut yang dihadapi.

4. Kurang Vitamin
    Kurang vitamin dan zat mineral (Diet rendah protein dan kurang vitamin A,B, C, E dan zinc) boleh menjadi penyebab rambut tidak sihat dan gugur. Ini kerana badan tidak dapat membaiki tisu-tisu yang rosak dan menjana tisu-tisu yang baru dengan efektif. Tetapi jangan sampai terlebih vitamin pulak, ambil vitamin mengikut dos yang dicadangkan, kalau berlebihan masalah juga nanti.

5. Penyakit
    Ada kajian menunjukkan pesakit tiriod memang menghadapi masalah keguguran rambut. Kurap atau kelemumur pada kulit kepala juga menyumbang kepada masalah keguguran rambut.

6. Pemakanan
    Jika gemarkan makanan ringan, makanan yang diproses atau dalam tin selalunya mempunyai bahan pengawet yang agak kuat, pewarna dan perasa yang tidak bagus untuk kesihatan. Pemakanan tidak seimbang boleh menjadi penyebab masalah rambut.

7. Rawatan serta ubat-ubatan
    Bagi mereka yang sedang menjalani rawatan di hospital atau mengambil ubat-ubatan, itu mungkin penyebab rambut gugur. Ada kemungkinan itu adalah kesan sampingan daripada rawatan penyakit yang dihadapi.

Sememangnya normal untuk rambut gugur dalam 50 sehingga 100 helai sehari. Tetapi jika setiap kali bangun tidur melihat bantal dipenuhi dengan rambut serta segenggam rambut terlekat di sikat setiap kali menyikat, sesuatu perlu dilakukan. Ada pelbagai cara rawatan yang boleh dicuba rawatan tradisional mahupun moden. 

Kita selalu dengar santan kepala untuk jadikan rambut sihat, hitam dan lebat tetapi pisang pun boleh digunakan untuk merawat rambut yang rosak. Bahan-bahannya 1 atau 2 biji pisang, sedikit minyak almond dan air soda. Lenyekkan pisang tadi sampai hancur kemudian titiskan sedikit minyak almond, gaulkan sebati dan sapukan keatas rambut. Biarkan selama 15 minit kemudian bilas dengan air soda. Semasa membilas, ramas rambut perlahan-lahan serta urut kulit kepala selama 5 mint sebelum dibilas dengan air bersih.

Jikalau rawantan moden, sekarang banyak pusat-pusat rawatan moden seperti Yun Nam Hair Care tetapi ongkosnya pun mahal lah. Kalau tidak mahu berbelanja mahal jagalah rambut dengan cara yang betul. 

Antara tips menjaga rambut (sesuai untuk mereka yang bertudung) :

1. Guna shampoo yang sesuai mungkin ambil masa sedikit sebab kena buat try and error untuk tahu produk yang sesuai tetapi apabila sudah jumpa yang ok sila jangan tukar-tukar produk.

2. Cuci rambut selang sehari supaya dapat membuang minyak yang berlebihan dan kotoran pada rambut dan kulit kepala. Itu semua punca kulit kepala jadi tidak sihat dan rambut gugur.

3. Guna perapi selepas bersyampu supaya rambut lebih lembut dan sihat. Tidak salah jikalau keluar sedikit duit membeli serum, krim leave on atau minyak untuk memberikan rambut nutrien yang lebih.

4. Keringkan rambut secara semulajadi, elakkan guna hairdyrer kerana haba yang dihasilkan boleh merosakkan rambut. Bagi yang bertudung pastikan rambut sudah kering sepenuhnya sebelum memakai tudung.

5. Semasa mengeringkan rambut dengan tuala, gunakan tuala yang lembut dan jangan gosok dengan kuat semasa mengeringkan rambut. Geseran yang kuat boleh merosakkan rambut.

6. Jangan ikat rambut dengan ketat, rambut akan jadi berketak-ketak dan mudah putus.

7. Bagi mereka yang bertudung pilihlah material kain yang tidak panas supaya haba tidak terperangkap dan menyebabkan kulit kepala berpeluh.

8. Setelah pulang dari outing, sila buka tudung dan biarkan kepala rehat dan rambut dibiarkan lepas. Bagi peluh kering dahulu sebelum mandi.

Shaklee mempunyai rangkaian penjagaan rambut mereka sendiri iaitu Revitalizing Shampoo dan Lightweight Conditioner dari Prosante Hair Care. Ia adalah selamat, semulajadi dan bebas daripada paraben, SLF, SLS dan bahan-bahan penyebab kanser yang lain. Serum Nourishing Scalp Treatment pula membantu menyelesai masalah rambut dan mudah diserap oleh kulit kepala.

Dari segi vitamin tambahan pula, saya mencadangkan pengambilan Vitamin B dan Zinc. Masih ada vitamin lain yang membantu didalam masalah rambut ini tetapi B Complex dan Zinc adalah asasnya kerana :

B Complex - mempunyai B12 dan inositol. B12 menghalang rambut gugur malahan B12 adalah salah satu komponen dalam rambut. Inositol pula untuk pertumbuhan rambut.

Zinc - mengawal hormon badan dan menyelenggara kelenjar yang merembeskan minyak pada kulit kepala. 

Jika berminat dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut :

Insya Allah akan saya berikan konsultansi yang terbaik dan layanan yang memuaskan. Bertindak sebelum terlambat, nanti rambut makin menipis dan akhirnya botak siapa yang malu nanti. Renung-renungkan.









0 comment... add one now