Basic H2 Pembantu Peribadi Anda Yang Terbaik




Shaklee bukan setakat vitamin sahaja, mereka juga mengeluarkan rangkaian produk penjagaan muka, penjagaan rambut dan penjagaan rumah. Kalau nak tahu Roger Barnet tuan punya Shaklee jatuh cinta dengan produk penjagaan rumah sebelum membeli syarikat Shaklee. Penjagaan kebersihan rumah Shaklee berasaskan semulajadi, selamat dan bebas bahan kimia sangat sesuai dengan keadaan mereka yang ketika mempunyai anak yang sakit.

Antara produk kebersihan rumah yang saya suka adalah Basic H2 (Oprah pun suka produk ni tau) kerana produk ini serba guna dan berkepekatan tinggi yang secara tak langsung menjimatkan. Boleh dikatakan cecair dengan 1001 satu kegunaan, berkuasa menghilangkan kotoran, gris dan minyak pada sebarang permukaan yang boleh dibasuh tidak kira didalam atau diluar rumah. Tidak perlu dibilas dan tidak bersisa. Satu botol mengandungi 16 oz yang boleh membuat sehingga 48 gelen cecair pembersih setelah di campur dengan air.

Basic H2 adalah selamat digunakan kerana ia :
- Tidak bertoksin
- Tanpa gas beracun
- Tanpa bahan kimia berbahaya
- Lembut pada tangan
- pH yang seimbang
- Tanpa klorin

Memang berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak dengan hanya beberapa sudu teh sahaja. Basic H2 adalah produk mesra alam kerana ia diperbuat daripada ekstrak kelapa dan jagung, tanpa fosfat, biorosat, tanpa bahan pewarna, selamat untuk sistem septik dan pembentungan malahan bungkusannya boleh dikitar semula. Tidak ada satu pun dibazirkan.



Sangat menjimatkan, saya menggunakan 1 botol Basic H2 berbulan-bulan baru habis. Berbaloi kan. Tak percaya? Ok kalau mahu cuci dapur yang penuh ngan minyak atau gris hanya perlukan 1 1/2 suduh teh dibancuh pada 16oz air (ini campuran mengikut botol tapi dapur kita bukannya macam kantin sekolah kan besar) cukup hanya 1/2 teh untuk 5 oz air. Memang hilang minyak-minyak sisa masakan, bersih dapur. Boleh guna untuk lap lantai, lap tingkap, cuci pinggan mangkuk malahan saya gunakan untuk cuci botol susu anak saya. Bau hilang dan lemak-lemak susu hilang dengan mudah. Lama juga tak perlu beli pencuci botol susu, guna beberapa titis jer buih yang terhasil cukup banyak.

Banyak lagi kegunaan lain Basic H2 ni, memang tak rugi mencubanya. Rumah yang bersih menjamin kesihatan keluarga. Jika berminat boleh hubungi saya.

Harga pasaran : RM 46.00 tidak termasuk postage.






0 comment... add one now