Meyampah tul dengan Shaklee ni la....







Haih menyampah tul la dengan Shaklee ni, sejak aktif buat Shaklee ni tak pernah tak dapat bonus. Setiap bulan mesti dapat walaupun sikit tu belum kira kalau bulan tu sale meletop dapat bonus pun meletop la. Sejak Shaklee enforce jual harga runcit tambah-tambah lagi duit poket disamping bonus dari Shaklee.

Rasa menyampah tak. Kalau sales lagi meletop dapat naik rank pulak pastu bukan naik kosong jer dapat lagi incentive. Kalau dapat complete fleet untuk car incentive program dapat lagi lebihan duit. Isk isk isk dapat sajer duit.

Oppss jangan rasa menyampah pastu terus buang blog saya dari bookmark korang. Sajer je bikin panas. Tetapi memang betul pun. Kalau rajin buat dan serius buat dapatla macam-macam dari Shaklee. Setiap bulan kalau dapat minimum 150UV dah boleh dapat bonus kalau dapat jual lagi banyak lagi banyak la bonus korang dapat, tu belum kira untung runcit lagi. Bukan setakat 2 angka setiap bulan berangka-angka boleh dapat.

Tetapi yang paling saya seronok buat Shaklee adalah ukhwah yang terbina dikalangan Shaklee Independent Distributor (SID) sendiri. Ukhwah yang terbina cukup kuat dan bermakna malahan insya allah membawa kebaikan kepada diri sendiri dan orang lain. Group Rich Family dibawah kelolaan upline saya Master Liza Rusman sangat best walaupun ada antara kami tidak pernah berjumpa secara fizikal tetapi di alam maya kami sangat rapat. Didalam membuat MLM (yer Shaklee adalah MLM, mcm tak percaya kan) pemilihan support group yang betul adalah penting kerana mereka inilah yang akan menjadi tulang belakang kita. Upline saya sangat supportive tidak pernah jemu memberikan kami perangsang dan semangat, Walaupun beliau sudah bergelar Master tetapi itu bukan alasan untuk beliau goyang kaki, beliau sentiasa menjaga anak-anak didiknya.

Antara penyebab lain saya masih bertahan buat Shaklee, bisnes ini membuatkan saya rapat dengan Allah. Amalan rohani merupakan salah satu teras yang amat dititik beratkan oleh otai-otai Shaklee kerana rezeki itu datangnya daripada Allah Yang Maha Esa jadi padaNya la kita meminta. Walaupun kadang-kadang sales tidak mencapai target tetapi hati tetap redha kerana percaya denganNya. Mengajar saya tentang time management, hard work, target dan banyak lagi. Pastu Master-master yang dah sah-sah dapat income 6 angka confirm for every month tidak pernah menunjuk-nunjuk dengan cara menayang kemewahan yang telah mereka kecapi, sebab tu dulu saya tak percaya Shaklee ni MLM. Selalu MLM cara nak tarik perhatian prospek dengan cara tayang duit, tayang kereta, tayang barang branded dan macam-macam lagi la. Tetapi Shaklee menarik prospek dengan aura mereka tersendiri, kami percaya dengan produk Shaklee dan kami yakin serta jatuh cinta dengan produk Shaklee.

Nak jadi ahli senang jer, korang boleh pilih support group yang korang suka ataupun join under kengkawan korang yang sudah menjadi ahli. Yuran pendaftaran RM 65 untuk seumur hidup, postage RM10 (semenanjung) dan RM20 (sabah/sarawak) bagi menghantar member kit. Nak jadi ahli secara percuma pun boleh, caranya beli vitamin dengan 200UV bersamaan dengan RM600++ dapatla free membership. Selepas daftar boleh terus beli vitamin dengan harga ahli yang sememang lebih murah 20% daripada harga runcit. Bagi yang nak berbisnes pun boleh terus mula kerana ID akan dapat serta merta setelah daftar

Dah ramai SID kat luar sana masih ada lagi ker peluang saya nak dapat customer? Dunia Allah ini luas, rezeki setiap manusia itu berbeza-beza yang penting usaha, doa dan tawakal.

Berminat? boleh hubungi saya dan kita cerita panjang lebar lagi.


0 comment... add one now