Alahai kurusnya Aku





Selalu asyik cerita pasak nak kurus, nak slim je kan. Hari ini saya nak cerita pasal nak naik badan bukan nak gemuk tapi nak menaikkan berat badan sebab terlalu kurus. Kurus sangat mana cantik dear. Sebelum kita cerita apa menu atau tips bagi menaikkan badan, kita belajar sains kejab yer mengenai jenis-jemis badan. 

Ada 3 jenis badan berbeza yang dipengaruhi oleh faktor genetik iaitu Ectomorph, Mesomorph dan Endomorph. Ectomorph adalah golongan yang sukar menaikkan berat badan walaupun makan banyak. Mesomorph pula golongan yang mempunyai badan berotot secara semulajadi, nampak lebih athletic dan tegap (untungnya mereka yang termasuk dalam golongan nie hehehe). Endomorph pula mudaj mengumpul lemak dan senang naik badan walaupun badan sedikit. Rasa-rasa dah tau korang termasuk dalam golongan mana. 

Ini adalah 4 tips yang saya dapat dari blog Kevin Zahri, US certified trainer dan Nutritionist (cukup glamor dengan program Jom Kurus 1 Malaysia)
  1. Kira keperluan kalori seharian anda atau DCR. DCR anda bergantung kepada umur, jantina, berat, tinggi dan kadar aktiviti seharian. Anda boleh google laman web atau ikut pengiraan eBook saya.
    Katakanlah ia 1,800kcal sehari. Kita guna angka teresebut untuk langkah seterusnya.
  2. Catat pelan pemakanan am anda. Senaraikan makanan dan minuman yang anda biasa makan dalam sehari dan cuba catatkan kalori untuk setiap perkara. Anda boleh gunakan laman web cekodok.com saya ataupun rujuk kepada fakta nutrisi pada packaging produk-produk tersebut.
    Pastikan jumlah kalori seharian anda TIDAK kurang daripada DCR anda atau untuk contoh di sini, 1,800kcal. Ini dinamakan kalori surplus.
  3. Gunakan suplemen penambah berat (weight gainer) untuk menambah jumlah pengambilan kalori anda setiap hari. Ini tidak wajib tapi kalau anda malas atau sukar untuk sediakan makanan, suplemen weight gainer ini dapat membantu.
    Ingat: suplement weight gain itu cumalah makanan. Ia tidak mengandungi apa2 ramuan ajaib untuk menambah berat badan begitu sahaja.
  4. Angkat berat atau weight training. Tak kira lelaki mahupun perempuan, anda wajib melakukan senaman rintangan, beban atau weight training untuk menggalakkan tumbesaran otot. Inilah dimana ramai yang ingin tambah berat badan gagal. Untuk panduan senaman angkat berat, bolehlah rujuk kepada ribuan video di YouTube atau kalau anda mampu, cuba dapatkan panduan 1-2 sessi daripada jurulatih peribadi. Yang penting anda tahu cara yang betul, kalau tidak memang masa yang anda luangkan di gym memang sia-sia.
    Ingat: Kalau anda ke gym sekalipun, pastikan anda pandai execute senaman-senaman tersebut supaya dapat kualiti dan kesan yang diingini.
Okay, faham dah sekarang. Lebih kurang macam nak kurus juga, kena kira berapa keperluan kalori harian kemudian rancang pemakanan anda. Makan makanan yang berkalori tinggi tetapi pastikan seimbang dan sihat jangan main bantai makan nanti dapat sakit la pulak. Kenapa Kevin suruh bersenam juga walaupun untuk naik badan? Bukan nak kurus jer kena senam? Sebabnya, korang nak ker badan naik tapi mengeleber lembik sana sini dan apabila bersenam badan lebih fit lebih cergas. Senaman yang Kevin cadangkan pun bukan kardio yer maksudnya bukan berjogging atau berenang tetapi angkat berat untuk pembinaan otot. Otot lebih berat dari lemak dan korang tak nak badan naik tetapi tengap dan kemas. Bagi yang perempuan pula jangan risau bukannya suruh bina otot macam orang bina badan tu cukup sekadar supaya badan nampak kemas dan firm.

Sekarang makanan yang boleh membantu menaikkan berat badan.

1. Daging merah
Bahagian rib-eye atau tendeloin beef kerana mengandungi banyak kalori, protein dan zat besi tetapi kurang lemak namun kolestrol agak tinggi. Jadi kena pandai seimbangkan protein anda.

2. Peanut Butter
Mengandungi banyak protein dan lemak tetapi lemak tersebut merupakan lemak yang baik untuk badan.

3. Susu
Kaya dengan vitamin D dan A, antara cara mudah menaikkan berat badan adalah dengan minum susu.

4. Alpukat
Tinggi dengan potassium, vitamin E, Vitamin B dan asid folic malahan berkalori tinggi juga.

5. Buah-buahan
Buah pisang, betik, mangga dan nenas adalah pilihan terbaik untuk menaikkan berat badan kerana mempunyai kandungan karbohidrat dan gula yang tinggi bagi menghasilkan tenaga. Jika takut kandungan gula korang tinggi rancangla diet korang jangan main makan jer.

6. Roti Gandum
Mempunyai serat dan mineral yang lebih baik daripada roti putih. 

7. Mentega
Gunakan didalam masakan atau apa jua makanan yang korang suka macam toast, pancake dan seperti biasa rancang dan kawal pengambilannya.

8. Kacang-kacangan
Siapa kata kacang hanya guna untuk kurus jer untuk naikkan berat badan pun boleh. Cuma ubah cara korang makan, contonhya campurkan almond atau hazelnut dalam oat ataupun cereal pagi korang.

9. Keju
Keju mengandungi lemak, silalah makan dengan makanan kegemaran korang atau begitu sahaja.

10. Kentang
Kentang tinggi karbohidrat jadi makan lebih karbohidrat dalam diet korang membantu menaikkan berat badan

 Okay semua makanan diatas perlu dirancang dengan betul supaya berat badan korang naik dengan stabil dan sihat.

Kevin ada menyebut mengenai supplemen kan, Shaklee mempunyai Set Menaikkan Berat Badan (Meal Shake, B Complex dan Vitalea). Alhamdulillah ramai juga yang telah mencuba dan berjaya menaikkan berat badan mereka. 

6 fakta tentang Mealshake:
 
1. Nutrisi Lengkap
Menyediakan 19 jenis vitamin A- Z ,mineral dan ‘Trace Mineral’.Kekurangan ‘trace mineral’ akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak.
*Bagi mereka yang sukar menelan pil dan untuk mereka yang menjaga berat badan
2. Membekalkan Nutrien Kepada Sel-sel
Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut,organ-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya.
*Bagi ibu menyusu juga sesuai kerana protein amat penting didalam penghasilan susu.
3. Untuk Pembesaran
Mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar.
*Sesuai untuk tumbuhbesaran anak-anak dan juga sesuai untuk ibu-ibu yang sedang mengandung.
4. Anti-oksida
Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk anti-penuaan.
*Bagi mereka yang ingin kelihatan lebih muda dan mementingkan kecantikan.
5. Pemulihan Kulit
Mengandungi lengkap vitamin B-Kompleks, iron, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekali gus meningkatkan warna kulit.
*Bagi mereka yang inginkan kulit yang cantik menawan.
6.Detox
Kaya dengan serat yang membantu (peristalsis kolon dan perut / buang air besar) untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut.
*Sesuai untuk kanak-kanak serta orang dewasa yang sering mengalami masalah sembelit.
Setiap bancuhan Shaklee Meal Shake memberikan satu pertiga daripada US RDA dengan 19 vitamin/ galian yang diperlukan bersama dengan protein, galian dan 3gm serat.
 
 Kelebihan-kelebihan Vita Lea, 7 wonders :

1. Penambah tenaga segera

2. Memberi tubuh cergas dan kekuatan mental sekaligus membantu sistem memori

3. Menyokong sistem pembiakan

4. Pelengkap nutrisi

5. Membantu proses pertumbuhan dan penggantian sel

6. Membantu didalam menaikkan metabolisme

7. Melindungi organ





 
Kelebihan vitamin B Complex


1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.

2. Mengelakkan penyakit beri-beri.

3. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.

4. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.

5. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.

6. Mencegah stress.

7. Menguatkan antibodi tubuh.

8. Amat penting untuk aktiviti sel genetik.

9. Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.

10. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.

11. Mencegah anemia


12. Menambah tenaga.

13. Mengurangkan stress.

14. Melambatkan proses uban di rambut.

15. Membantu meningkatkan konsentrasi.
 


Jika ingin tahu dengan lebih lanjut bagaimana set ini membantu menaikkan berat badan korang, bolehla hubungi saya. Saya akan berikan konsultansi terbaik untuk korang.


0 comment... add one now