PHYTOCOL-ST : Kolestrol Blocker Penyelamat Mereka Yang Suka Makan
Ayu ZalieLebih 6 Juta rakyat Malaysia tinggi kolestrol!
(sumber: Malaysia National Health And Morbidity Survey 2011)
Korang nak termasuk dalam golongan itu ker? Itu angka daripada survey 3 tahun lalu sekarang ni tak tau la berapa ramai pulak kan sebab makin banyak makanan sedap dipasaran. Kolestrol tinggi ni semua orang mempunyai peluang dapat, jangan ingat korang kurus kolestrol diparas normal. Ada jer orang yang kurus tetapi paras kolestrol lagi tinggi dari orang yang gempal. Jadi silalah buat pemeriksaan kesihatan selalu.
Kolestrol ada dua jenis ada kolestrol baik (HDL - High Density Lipoprotein) dan kolestrol jahat LDL (Low Density Lipoprotein). LDL mempunyai kadar kolestrol dan lemak yang tinggi menyebabkan saluran darah tersumbat manakala HDL akan menyerap kolestrol yang berlebihan yang dibawa oleh LDL kemudian membawanya ke hati untuk diuraikan semula. Ha ok faham dah kan beza LDL dan HDL.
Kenapa tidak boleh kolestrol tinggi dalam darah?
Kalau rasa-rasa nak sakit jantung, angin ahmar, penyakit hati, tekanan darah tinggi ataupun tak subur, silalah makan makanan tinggi kolestrol selalu.
Apa faktor-faktor penyebab tinggi kolestrol?
Yang paling utama mestilah pemakanan kemudian merokok, minuman keras, tekanan dan hati yang tidak sihat. Rasa-rasa mana faktor yang ada pada diri korang tu boleh ubah tak untuk kebaikan bersama. Chaiyok!
Saranan pengambilan kolestrol yang sihat :
1. Bagi individu normal TIDAK LEBIH DARI 300 mg sehari.
2. Bagi pesakit jantung KURANG DARI 200 mg sehari.
Jeng jeng jeng mari kita lihat makanan Malaysia dan berapa anggaran penyumbang kolestrol dalam diet kita
1. Nasi lemak - 213 mg
2. Nasi gorang - 445 mg
3. Mee goreng - 376 mg
4. Kari ayam - 168 mg
5. Tomyam Seafood - 353 mg
Andai kata, sarapan nasi lemak, makan tengahari mee goreng dan makan malam tomyam seafood. Berapa anggaran kadar kolestrol yang telah diambil?
213+376+353 = 942 mg
OH TIDAK!!!!!
Susah hati dah ni, macam mana nak buat ni yer
Jangan panik, setiap masalah ada penyelesaian. Sebelum kadar kolestrol dalam badan kita mencanak-canak naiknya, jom cuba tips ini :
1. Pemakanan seimbang bersama makanan tinggi serat.
2. Makan makanan yang mengandungi asid lemak Omega-3
3. Kawal berat badan supaya tidak berlebihan
4. Dapatkan nasihat doktor tentang ubat menurunkan kolestrol (Jika paras kolestrol korang sudah menunjukkan belang)
Oleh sebab itu mencegah lebih baik daripada mengubati. Korang pernah dengar tak Karbo Blocker? Bagi yang berdiet mesti tahu, Karbo Blocker ada supplemen yang diperbuat daripada kidney bean bagi mengurangkan penyerapan karbohidrat dalam badan, perlu diambil setengah jam sebelum heavy meal.
Apa kaitan lak ni? Sabar la nak cerita la ni, Shaklee bakal melancarkan Produk yang diberi nama PHYTOCOL-ST yang mengandungi fitosterol yang dapat mengurangkan penyerapan kolestrol dalam darah. Ha macam karbo blocker jugak. Best tak?
Fitosterol telah diuji dan lebih 80 kajian membuktikan ia mampu menurunkan paras kolestrol LDL secara semulajadi. PHYTOCOL-ST membekalkan 2000 mg fitosterol sehari ke dalam diet harian kita. Fitosterol didalam PHYTOCOL-ST Shaklee diperolehi daripada minyak tall.
Kenapa 2000 mg?
Itu adalah saranan daripada Institut Kesihatan Kebangsaaan (NIH) bagi merendahkan paras kolestrol secara semulajadi. Kalau hendak ambil secara semulajadi 2000 mg pun boleh, sila rujuk gambar dibawah :
Sanggup? Para cerdik pandai Shaklee telah memudahkan kita dengan mencipta PHYTOCOL-ST supaya kita dapat menjaga paras kolestrol dengan mudah dan semulajadi.
Produk Hebat ini akan dilancarkan pada bulan Jun 2014 ini. Tunggu kan kehadirannya. Nanti bila sudah mula dipasarkan saya akan war-warkan yer.. Tunggu tau!
0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →