Detoks? Penting ker?








Tahu tak apa tu detoks? Detoksifikasi atau detoks adalah proses mengeluarkan racun atau toksin daripada dalam tubuh.Tubuh kita menyingkirkan toksin melalui buah pinggang, ususu, paru-paru,limfa dan kulit. Detoks boleh dibuat dirumah secara semulajadi dan selamat.


Kenapa detoks ni penting dan perlu dibuat?





Sebabnya, apabila toksin berkumpul dalam badan kita fungsi organ akan mula tergendala dan kita akan senang jatuh sakit. Ibarat kereta kalau tidak diservis mulalah meragam, macam itu juga badan kita perlu diservis supaya organ-organ dalaman dapat berfungsi dengan lancar. Fakta yang ini mungkin menarik perhatian korang, detoks memudahkan korang untuk langsing.Eh macam mana pulak kan? Jeng jeng jeng. Sebabnya apabila usus sudah bersih daripada kotoran atau toksin zat-zat lagi mudah diserap oleh usus jadi vitamin/supplemen/makanan tambahan yang korang ambil untuk kurus tu lagi senang badan serap dan lagi mudah bertindak balas. Ha faham dah.

Untuk detoks ada macam-macam cara, antara cara yang paling mudah adalah berpuasa. Jadi kita sebagai umat Islam ni beruntung,berpuasa di bulan Ramadhan termasuk didalam Rukun Islam sebab Allah dah sediakan bulan khas untuk kita buat detoks. Nampak tak hikmah dan betapa bijaksananya Allah, satu bulan disediakan untuk kita servis badan kita. Tapi kalau nak puasa hari-hari biasa pun boleh, buatla puasa sunat disamping dapat tambah pahala dapat jugak detoks.

Antara bahan semulajadi yang boleh digunakan untuk tujuan detoks:

(Sumber : Melakukan Detoks Dirumah)

Air kelapa
Air kelapa mampu membersihkan saluran pencernaan juga melawan bakteria dan kuman membahaya dalam tubuh. Minum air kelapa hijau secara teratur juga dapat meningkatkan daya tubuh badan dan membantu tubuh mendapatkan air secukupnya untuk beroperasi dengan lebih sempurna.

Buah-buahan
Buah-buahan sememangnya tinggi dengan pelbagai khasiat yang dapat membantu tubuh membuang racun. Disamping mudah dicerna, buah juga mempunyai kandungan antioksidan, gizi, serat dan vitamin-vitamin penting untuk tubuh yang sihat.

Kacang hijau
Di Filipina kacang hijau yang di rebus bersama udang dan sayuran merupakan antara makanan popular dan ia sebenarnya baik untuk sistem pencernaan. Hal ini kerana kacang hijau dapat menyerap endapan atau sisa-sisa racun yang terdapat pada lapisan usus.

Bawang putih

Kalau anda nak tahu, bawang putih merupakan salah satu makanan detoks terbaik kerana ia kaya dengan antioksidan juga memiliki sifat antibakteria. Ia juga mampu merangsang usus untuk memproduksi enzim detoks yang mampu mengasingkan sisa racun dari sistem pencernaan.

Sayuran hijau
Selain dimakan mentah, sayur-sayuran juga boleh dibuat jus. Untuk mendapatkan rasa yang lebih menarik, anda boleh campurkan dengan buah-buahan yang kaya dengan serat.kombinasi makanan-makanan berkhasiat ini akan membantu usus anda untuk mengeluarkan racun-racun ini dari badan.

Tidak susah untuk kita kekal sihat. Apa yang penting sejauh mana anda mengambil berat dan peka mengenai isu kesihatan ini. Bayangkan jika segala sisa makanan yang mengandungi racun merbahaya kepada tubuh masih terperap di dalam usus ataupun tubuh badan anda. Kita umpama makanan basi terperap dalam paip sinki. Kadangkala kesannya tidak dapat dilihat cepat, jadi persiapkan diri anda dengan cara pemakanan hidup sihat dan nyahkan toksin dari badan melalui proses detoks yang betul.

Kesimpulannya,satu program detoks boleh membantu proses pembersihan semula jadi badan dengan:

1. Rehat organ-organ melalui berpuasa;
2. Merangsang hati untuk memandu toksin dari badan;
3. Menggalakkan penyingkiran melalui usus, buah pinggang dan kulit;
4. Meningkatkan peredaran darah; dan
5. Mengisi bahan bakar tubuh dengan nutrien yang sihat.



Selepas program detoksifikasi , korang boleh membersihkan badan korang setiap hari dengan diet ini , makanan tambahan dan amalan gaya hidup :


(Sumber : Body cleanse and detox diet tips for beginners )

Top 10 cara untuk membantu badan anda menyahtoksik

1. Makan banyak serat, termasuk beras perang dan buah-buahan segar dan sayur-sayuran secara organik tempatan. Beets , radishes , artichoke , kubis , brokoli, spirulina, chlorella, dan rumpai laut adalah makanan detoksifikasi yang sangat baik.

2. Membersih dan melindungi hati dengan mengambil herba seperti akar dandelion, burdock dan milk thistle , dan minum teh hijau.

3. Ambil vitamin C , yang membantu menghasilkan glutation badan , sebatian hati yang mendorong jauh toksin.

4. Minum sekurang-kurangnya dua liter air sehari.

5. Tarik nafas dengan mendalam untuk membolehkan oksigen untuk mengedarkan lebih lengkap melalui sistem anda.

6. Mengubah tekanan dengan menekankan emosi positif.

7. Amalan hidroterapi oleh mandi yang sangat panas selama lima minit , membolehkan air untuk menjalankan di belakang anda. Ikuti dengan air sejuk selama 30 saat. Adakah ini tiga kali, dan kemudian masuk ke dalam tidur selama 30 minit.

8. Peluh di sauna supaya badan anda boleh menghapuskan bahan buangan melalui peluh.

9. Kering - berus kulit anda atau cuba detox mandi spa kaki / kaki untuk membuang toksin melalui liang anda. Berus khas boleh didapati di produk semula jadi kedai-kedai.

10. Apakah cara yang paling penting untuk membuang toksin ? " Latihan, " kata Bennett. "Yoga atau melompat- roping adalah baik. Satu jam setiap hari." Juga cuba Qigong , sistem latihan mempertahankan diri- seni berdasarkan yang termasuk latihan khusus untuk detoksifikasi atau pembersihan , serta banyak latihan lain dengan manfaat kesihatan tertentu.
 


Shaklee ada menyediakan set Super Detoks bagi yang pening kepala nak fikir macam mana nak detoks secara lembut dan selamat. Terdiri daripada Alfalfa, DTX Complex dan Garlic Complex.



Alfalfa - Detoks secara lembut dan boleh diambil hari-hari. Bertindak sebagai fiber yang meransang pembersihan usus secara harian. Ia juga membantu membuang toksin didalam darah.

DTX Complex - Membersihkan hati daripada toksin kerana adalah organ perkumuhan terbesar dalam badan kita.

Garlic Complex - Bawang putih meningkatkan imunisasi badan dan membantu didalam pembuangan toksin kerana kandungan sulfur yang tinggi didalamnya.















0 comment... add one now