Nutriwhite Shaklee : Koleksi Testimonial



Perempuan dengan kecantikkan tidak dapat dipisahkan. Betul tak? Walaupun definisi kecantikkan berbeza untuk setiap orang tetapi pada asasnya semua orang mahukan kulit yang cantik kerana itu asas kepada kecantikkan. Kalau ada kulit yang cantik dan bersih kita akan lebih berkeyakinan. Sekarang ni terlampau banyak produk kosmetik dekat pasaran macam-macam jenama daripada yang semurah-murahnya sehingga ke semahal-mahalnya. Apabila terlalu murah tetapi menjanjikan kesan yang cepat pasti orang akan tertarik tetapi pernah tak korang terfikir kenapa cepat sangat bertindak? Ada bahan kimia yang kuat ker? Selamat ker? Ada kesan sampingan tak? 

Kalau bahan semulajadi kebiasaannya kesannya lambat tetapi selamat dan kekal lama macam kita cuba petua orang tua-tua la, nak nampak kesan memang lambat tapi apabila sudah mula nampak kita akan berpuas hati. Kosmetik yang ada bahan terlarang ni selalu memang cepat tetapi kesan sampingannya juga amat menakutkan. Sebagai contoh bahan kimia tretinoin, memang digunakan untuk merawat jerawat tetapi hanya dengan kebenaran doktor pakar kulit kerana kesan sampingannya sangat kuat iaitu sesiapa yang mengandung ketika menggunakan bahan ini khususnya pada trimester pertama janin berisiko tinggi untuk mengalami kecacatan. Bayangkan kalau bahan ini ada dalam kosmetik yang kita gunakan, mungkin muka akan menjadi licin dan jerawat pun hilang tetapi tanpa sedar badan kita yang menerima padahnya. Ada yang kesan terus pada kulit muka, kulit muka menjadi teruk, jerawat makin bertambah-tambah belum lagi kesan melepuh atau sakit pada kulit muka. Itu belum lagi produk yang ada mercuri.

Jangan terlalu cepat percaya dengan janji manis produk-produk ini, sila rajinkan diri untuk check dengan Kementerian Kesihatan tentang status produk tersebut dan juga sila pasangkan antena curiosity tu sebabnya korang ambil produk kosmetik itu untuk cantik kan jadi janganlah korbankan kulit tu. Cari produk yang boleh dipercayai dan selamat, percaya atau tidak sekarang ni banyak krim timbang kilo yer cuba cari #krimtimbangkilo dekat instagram pasti korang akan dapat jawapannya, siap ada yang offer untuk buat produk kecantikkan sendiri dengan harga yang murah. Bayangkan krim yang korang nak sapu dekat muka tu dibancuh sendiri tanpa tahu kebersihan bekas dan tempat yang digunakan serta bahan apa yang digunakan. Untuk pengetahuan korang mercuri dan juga hydroquinone boleh didapati dengan harga yang murah tetapi kedua bahan ini adalah RACUN BERJADUAL. Be more carefull people.


Sini saya kongsikan satu kisah seorang gadis yang muka nya rosak kerana guna kosmetik yang ada racun berjadual. Kredit : Dr. Mohd Syamirulah Rahim
Gadis tersebut memakai penutup muka (facemask). Aku tertanya-tanya. Biasanya pesakit Tuberculosis yang diminta memakai facemask kerana penyakit tersebut mudah berjangkit. Atau pesakit kanser yang sedang menjalani kimoterapi kerana mereka mudah dijangkiti kuman.
Tetapi, apa yang membuatkan gadis 20-an ini datang ke klinik pada petang ini?
"Maaflah doktor, saya malu sebenarnya." ujarnya lemah. Tangannya perlahan menurunkan facemask yang dipakai.
Maka terpampanglah wajah gadis ini. Kulitnya menggelupas. Nanah kering sebesar syiling 50 sen bertompok-tompok di pipinya. Masih ada bahagian kulit mukanya yang kemerahan. Berlendir. Ada yang baru hendak naik bintik, persis jerawat. Tapi bukan jerawat.
"Produk apa, yang cik pakai?" soalku spontan. Sekali pandang aku sudah mengetahui, pasti ada penyebabnya. Ini bukan kali pertama aku menjumpai kes sebegini.
"****", jawabnya ringkas. Aku mengangkat kening. Baru pagi tadi aku membaca kenyataan media terbaru dari Datuk Ketua Pengarah Kesihatan.
Aku mengeluarkan telefonku dan aku membuka website KPK. Aku tunjukkan kepadanya gambar produk berkenaan.
https://kpkesihatan.com/2017/04/11/kenyataan-akhbar-kpk-11-april-2017-produk-produk-kosmetik-yang-dikesan-mengandungi-racun-berjadual/
"Yang ini ke, cik?"
"Ya, kedua-duanya!"
Aku bertanya lebih lanjut beberapa soalan kepadanya. Sudah berapa lama guna. Di mana dia membelinya.
"Dah dekat dua minggu guna. Beli di pasar malam."
"Saya ada jumpa penjual tersebut semalam. Penjual tu kata muka saya jadi begini kerana badan mengeluarkan toksik sebab sebelum ini banyak pakai pencuci muka yang ada bahan kimia."
"Healing crisis?" aku bertanya.
"Ya, betul doktor, itu yang dia bagitahu. Betul ke?"
"Cik, ini bukan healing crisis. Tidak ada apa yang disebutkan sebagai healing crisis. Sebaliknya ini adalah kesan penggunaan bahan terlarang didalam produk tersebut." aku menjelaskan.
Tampak hiba di wajahnya.
"Cik, sudah berkahwin?" aku bertanya lagi. Beliau tersenyum-senyum sengih. Mungkin ingat aku cuba mengoratnya. Lantas menggelengkan kepala.
"Maaflah kerana bertanya. Maksudnya cik bukannya pregnant atau sedang cuba pregnant lah kan?" aku sengaja bertanya lagi. Kerana aku perlukan kepastian.
"Eh mestilah tak. Kenapa, doktor?" gadis itu pun cuba mendapatkan penjelasan.
"Bukan apa, cik. Kerana dalam salah satu produk tersebut, pihak KKM mengesahkan ada bahan bernama tretinoin."
Bundar mata beliau mendengar aku menyebut nama bahan kimia tersebut.
"Tretinoin, adalah sejenis bahan yang digunakan untuk merawat jerawat. Tetapi, ianya sangat kuat. Kuat dari segi kata, kesan sampingannya.
Kesan sampingan yang saya maksudkan, adalah jika seseorang itu mengandung sama ada sedar atau tidak, khususnya pada trimester pertama, janin beliau berisiko untuk mengalami kecacatan!"
Wajah gadis tersebut berubah pucat.
"Kesan tretinoin yang cukup kuat ini, menyebabkan ubat ini biasanya hanya dipreskripsi oleh doktor pakar kulit. Saya sendiri tidak dibenarkan memberi ubat ini kepada pesakit, kerana saya bukan pakar kulit. 
Dan pakar kulit sendiri pun, apabila beliau mahu memulakan rawatan dengan ubat ini, pesakit perlu menandatangi persetujuan (consent) bahawa sekiranya ditakdirkan pesakit mengandung ketika menjalani rawatan tretinoin, dan berlaku kecacatan kepada janinnya, doktor pakar kulit ini tidak akan dipertanggungjawabkan. Maksudnya pesakit bertanggungjawab mengambil langkah-langkah pencegahan kehamilan sepanjang menjalani rawatan dengan ubat ini!"
Gadis tersebut menunduk. Terdengar perlahan dia menyebut..
"Astaghfirullah....
Sebenarnya doktor...kakak saya pun ada menggunakan produk ini juga. Tapi dia tidak mengalami masalah kulit seperti yang berlaku kepada saya. Kakak saya tersebut, sedang mengandung anak sulung, baru dua bulan!"
Aku menarik nafas panjang.
"Saya sarankan cik nasihatkan kakak cik untuk berhenti menggunakan produk ini, dan maklumkan perkara tersebut kepada doktor klinik tempat beliau check up. Dikhuatiri beliau perlu menjalani scan yang terperinci (detailed scan) untuk mengenalpasti adakah ada masalah pada janin beliau."
Mata gadis tersebut bergenang.
"Kenapa produk dengan bahan berbahaya sebegini dijual di pasar-pasar malam, doktor..." tanyanya. Aku pula yang serba salah. Namun aku menjawab dengan tuntas,
"Kerana ada orang yang membelinya."
Lantas gadis tersebut diam. Sentap, agaknya.
"Awak, taknak ambil apa-apa tindakan ke kepada syarikat produk ini? Bukti sudah ada." aku cuba menghasutnya.
Beliau hanya mendiamkan diri seketika, sebelum berkata - "Tak apalah, doktor, benda dah jadi, saya taknak tutup periuk nasi orang."
Maka aku pun menjawab dengan senyuman,
"Kes sebegini, kalau jadi di hospital-hospital kerajaan, berduyun-duyunlah orang akan memarahi doktor dan hospital. Viral di media sosial, katanya doktor cuai memberikan ubat. Silap haribulan kena saman berjuta-juta. Tapi yelah. Itu kalau berlaku di hospital kerajaan."
Sengaja aku cuba "membakar" beliau. 
Tapi sejujurnya, memang aku sudah bosan dengan produk-produk sebegini yang melambak di pasaran. Produk-produk yang mengandungi bahan terkawal dan berbahaya, namun dijual secara berleluasa. Dengan testimoni-testimoni yang indah-indah, "babi pun boleh terbang". Kanser pun boleh sembuh. Kencing Manis pun jadi tawar. 
Padahal mengandungi bahan seperti steroid, yang penggunaan secara kronik dan tidak terkawal dosnya menyebabkan kerosakan buah pinggang. Akhirnya datang ke hospital juga, dan kami juga yang perlu merawat pesakit-pesakit yang menjadi mangsa kepada kapitalis tidak beretika seperti ini.
Aku menghabiskan sesi pada petang ini dengan menerangkan rawatan yang aku berikan kepada gadis tersebut. Aku meminta izin untuk mengambil gambar mukanya untuk tujuan laporan advers dan aku berjanji akan melindungi identitinya. 
Gambar yang dipaparkan ini, bukan gambar gadis tersebut. Ianya hasil dari carian google, namun inilah yang berlaku pada wajah gadis itu.
Dan aku harap masyarakat lebih bijak mengetahui bahawa nombor notifikasi, bukanlah nombor kelulusan.
Dan sijil paten harta intelek, bukanlah sijil "KKM Approval".
Dr. Mohd Syamirulah Rahim
11 April 2017
http://fb.com/dr.syamirul
Dahulu saya juga macam wanita ini kalau pergi pasar malam cukup suka tengok produk yang ada dorang jual macam-macam ada kemudian murah. Apa yang ada dalam fikiran "murah leh try kalau tak berkesan takde rasa ralat sangat" tetapi saya tak fikir tentang kesan sampingan, bahan terlarang yang mungkin ada, selepas dapat pendedahan tentang bahaya produk kosmetik sebegini barulah rasa bersyukur tidak pernah guna walaupun dalam hati selalu berdetik hendak beli. Sekarang ni biarlah keluar duit lebih sedikit daripada muka menjadi korban, kalau dah rosak hendak pulihkan balik susah dan lagi banyak guna duit daripada kononya hendak berjimat. Sekarang ini saya sudah jatuh cinta dengan produk Nutriwhite daripada Shaklee, ia dibuat khas untuk kulit asia dan mengandungi pelbagai bahan semulajadi yang bagus untuk kulit. Produk ini dihasilkan di Jepun dan mengambil masa selama 3 tahun sebelum dipasarkan. Nutriwhite mengandungi vitamin C derivatif (ascorbyl/ glucoside) dan mempunyai paten pending WhiteN-16 iaitu campuran daripada 16 nutrien botani yang kuat yang membantu mengurangkan penampilan melanin yang sedia ada untuk mewujudkan lebih putih, kulit lebih cerah dan bercahaya.

Ramai yang sudah berpuas hati, di sini saya share testimonial mereka yang sudah jatuh cinta dengan Nutriwhite.
































0 comment... add one now