Allah itu Maha Bijaksana, semasa kita diciptakan segala aspek telah diatur susun dengan penuh cermat. Kalau kita tengok sejarah manusia pertama iaitu Nabi Allah Adam yang dicipta daripada tanah kemudian ditiupkan roh and the rest is history. Manusia bertebaran dimuka bumi dengan pelbagai kaum, warna kulit dan bahasa. Badan kita ini penuh dengan keajaiban dan setiap kali dikaji bagaimana badan kita berfungsi kita pasti akan rasa kagum. Begitu juga kalau sistem badan kita mula terganggu ada cara badan kita beritahu yang sesuatu sedang berlaku. Jadi kita perlu lebih peka tentang perubahan badan kita supaya kesihatan sentiasa terpelihara.
Ada 4 cara yang biasa badan kita tunjukkan dan kalau kita tidak peka tanda-tanda ini mungkin dianggap biasa atau tiada apa-apa yang berlaku. Biarlah kita lebih suspicious daripada tak rasa apa-apa, nanti tiba-tiba tahu sakit sudah melarat. Jom kita tengok tanda-tanda tu :
1. Berpeluh
Berpeluh adalah sesuatu yang biasa dan alami untuk badan kita sebabnya itu adalah satu cara badan sejukkan badan. Peluh mengandungi 99% air dan ia tidak berbau, peluh akan mengeluarkan bau setelah berinteraksi dengan bakteria. Jika kita berpeluh selepas bersukan itu normal, apa yang tidak normal jika tiba-tiba kita berpeluh dingin ataupun tanpa sebarang sebab kita muka berpeluh dengan banyaknya. Jika perkara seperti selalu berlaku sila lakukan pemeriksaan doktor kerana takut ia ada kaitan dengan jantung atau masalah metabolisma.
Apabila berlaku kita berpeluh tanpa sebab yang normal baik berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan lanjut.
2. Pendarahan
Darah salah satu elemen penting dalam badan kita kerana ia membawa oksigen keseluruh badan dan membawa toksin ke organ perkumuhan. Didalam sel darah merah kita ada hemoglobin yang bertugas membawa oksigen keseluruhan badan namun jika hemoglobin kurang dalam darah kita mungkin mengalami anemia. Bagi ibu mengandung setiap kali pemeriksaan antenatel pasti akan dilakukan pemeriksaan darah untuk melihat parah hemoglobin dalam darah jika terlalu rendah takut membahayakan ibu dan anak. Paras tekanan darah juga perlu diperhatikan untuk tekanan darah yang normal adalah 120/80. Bacaan atas 120 membawa maksud tekanan yang dikenakan pada arteri setiap kali darah dipam manakala 80 pula tekanan didalam arteri semasa keadaan rehat.
Jika bacaan melebihi 120/80 bermakna kita mengalami tekanan darah tinggi dan jika bacaan kurang bermakna kita mengalami tekanan darah rendah, Dua-dua tekanan darah ini ada keburukkan pada kesihatan kita. Tekanan tinggi menanda kita mungkin ada masalah berkaitan jantung dan jika rendah mungkin kita mengalami masalah anemia. Satu lagi tanda badan kita mengalami masalah jika berlaku pendarahan tetapi darah tidak membeku, didalam darah kita ada platelet yang membeku darah apabila pendarahan berlaku. Seandainya darah tidak membeku kita ada masalah kerana kita boleh kehilangan darah yang banyak. Keadaan boleh berlaku jika ada mengambil ubat anticoagulants. Namun sekiranya berlaku sila berjumpa doktor dengan segera untuk menjalani pemeriksaan.
3. Warna hingus
Euwwww gelinya haha. Jangan geli-geli kena tahu juga, warna hingus ada maksudnya macam warna air kencing juga. Semasa kita mula diserang virus selsema hingus kita akan berwarna jernih dan cair kerana badan sedang cuba buang virus daripada badan. Kemudian hingus akan mula berubah warna kepada kekuningan atau putih dan mula menjadi likat, ini menunjukkan sistem imun badan sudah mula dapat mengawal keadaan. Selalunya bila hingus sudah mula likat ni tak lama sihat la. Jika masih belum elok juga, hingus akan berubah menjadi warna hijau kerana sel darah putih kita telah diaktifkan dan melepaskan enzim yang tinggi dengan zat besi namanya myeloperoxidase.
Sel darah putih ataupun leukosit ini berfungsi untung melawan efeksi dan menguatkan daya tahan penyakit. Jika warna hijau muncul pada hingus sila bawa bersabar kerana antibiotik tidak akan berfungsi pada jangkitan viral. Tetapi jika masih lagi ada hingus selepas 12 hari sila berjumpa doktor kerana kemungkinan jangkitan bakteria nama sinusitis.
4. Warna air kencing
Tahu tak ada ujian dipstick untuk air kencing, bukan yang untuk periksa kehamilan atau kesan dadah tu tetapi untuk kesan jika ada masalah lain dalam badan. Warna air kencing yang normal ada kuning cair tetapi semakin kuat warna air kencing menandakan ada masalah lain.Kebiasaan yang kita tahu jika warna air kencing kuning gelap bermakna badan kurang air tetapi mungkin juga ada masalah dengan buah pinggang atau hati. Lagi merisaukan jika ada tanda darah didalam air kencing selalunya menandakan ada batu karang. Jika ada mengalami sakit semasa buang air kecil atau sakit abdominal, mungkin ada kaitan dengan masalah seperti batu karang atau buah pinggang yang menrisaukan jika tiada rasa sakit tetapi air kencing warna pelik. Air kencing berbuih tanda ada protein didalam air kencing dan bau air kencing juga perlu alert jika tidak ada makan makanan yang menyebabkan air kencing berbau seperti petai atau asparagus, sila lakukan pemerhatian dan pemeriksaan.
4 tanda yang nampak remeh tetapi kalau kita alert boleh menyelamatkan nyawa dengan rawatan awal. Jadi sila perhatikan tanda-tanda yang badan kita berikan supaya kita dapat melakukan pemeriksaan awal kerana sekarang banyak penyakit yang bersifat senyap tetapi berbahaya. Jangan ambil remeh yer. Alhamdulillah sepanjang saya ambil Shaklee sudah hampir 6 tahun belum lagi alami tanda-tanda ni, jika ada pun semasa hamil. Semasa hamil memang macam-macam sebab perubahan hormon, fizikal dan emosi jadi setiap tanda yang pelik perlu diperiksa. Semasa hamil kembar juga saya mengalami HB low jadi saya tingkatkan pengambilan Vita Lea Shaklee dan makan makanan untuk tambah darah alhamdulillah kemudian bacaan darah saya kembali normal.
Tekanan darah juga pernah agak rendah semasa mengandung mungkin ada kaitan dengan HB rendah tetapi doktor periksa alhamdulillah tiada apa yang serius, anak-anak sihat cuma saya perlu lebih kuatkan badan sebab perlu tampung tumbesaran dua orang. Semasa hamil saya memang ambil set hamil Shaklee, banyak membantu saya lebih cergas dan sihat berbeza berbanding mengandung anak pertama yang selalu demam cuma itulah HB agak rendah. Mengandung faham jer lah selera makan bukan nak ada sangat, selera makan saya datang pun agak lewat hampir masuk 6 bulan baru berselera hendak makan.
Baca sini : Cukup tak keperluan vitamin harian korang?
Rujukan :
www.livestrong.com
Facebook Kementeran Kesihatan Malaysia