Cara Atasi Stress Melalui Pemakanan...Mudah Jer





Aku ni ada mental dissorder kah? 
Kenapa senang sangat down?
Kenapa senang sangat stress?
Kenapa ada masa aku rasa macam tak jiwa ni kosong?

Pernah tak korang rasa benda-benda ni semua? Kadang-kadang takde angin takde ribut rasa down tu datang, mood jadi spoil, semua benda pun jadi malas hendak buat, tiba-tiba boleh rasa macam depress. Terfikir juga aku ni ada mental dissorder ke ataupun aku ni sebenarnya ada depression. Isk mental dissorder macam melampau sangat kan? Lagipun bukannya sampai tahap perlukan invasion daripada orang luar masih lagi sedar dan waras mampu lagi hendak mencuba untuk berasa gembira. Dalam rasa denial tu cuba juga google mengenai mental dissorder dan depression ni apa punca dan cara mengatasinya.

Apabila sudah google menakutkan la pula baca pasal mental dissorder tapi satu ilmu baru rupanya ada lebih kurang 200 jenis mental dissorder atau mental illness ni kemudian ada pelbagai jenis pula tu. Mental illness ni merupakan masalah psikiatrik yang melibatkan cara seseorang itu berfikir, rasa dan perasaan. Ia mempengaruhi seseorang itu berinteraksi dengan orang lain dan bertindak didalam hidup kemudian setiap orang berbeza walaupun didiagnose mempunyai masalah yang sama. Antara jenis-jenis masalah mental illness ni adalah anxiety and panic disorders, bipolar diorder, depression, eating diorders, schizophrenia dan beberapa jenis lagi tapi ini senarai yang selalu biasa kita dengar.

Baca punya baca, buat terfikir balik mungkin aku hanya depression biasa jer kut disebabkan stress dan tidak cukup rehat bukan bipolar what so ever hahaha.

Boleh baca sini : All About Depression


Depression ni boleh disebabkan daripada pelbagai sudut biological, psyhological dan faktor social. Daripada apa yang faham selepas baca artikel ni semua depression ini ada yang keturunan, kekurangan neurotransmitter contohnya serotonin ataupun dopamine yang menghantar signal kepada saraf, postpartum depression ataupun baby blues, ada yang berpunca daripada trauma yang berlalu dalam hidup dan macam-macam lagi lah. Tetapi apa yang pasti depression boleh diubati cuma perlu reach out your hand. Semasa baca artikel tentang depression ni berminat dengan kaitan serotonin dengan depression kerana salah satu fungsi serotonin ni adalah membantu seimbangkan mood kita. Ha rasa macam tahu dah punca kenapa selalu rasa down dan kurang motivasi ni, sebab kurang serotonin la ni. 

Serotonin ini adalah neurotranmitter yang penting dalam badan kita tau dan ia dihasilkan oleh otak dan usus kita. Ha sebab itulah ada yang kata penyakit bermula daripada perut, sedangkan serotonin pun banyak dihasilkan oleh gastrointestinal tract ataupun saluran pemakanan kita. Memang deperession selalu dikaitan dengan serotonin cuma ada pendapat mengatakan para saintis pun masih belum pasti sama ada paras serotonin menurun disebabkan depression ataupun depression disebabkan oleh paras serotonin yang rendah.Yelah depression atau mental illness ni bukan senang hendak tahu puncanya. Ermm, takpe lah kita tinggalkan benda yang unsure tu pada para saintis yang pasti sekarang kita tahu ada kaitan antara serotonin dengan depression dan ai terutamanya kalau boleh tak nak ada episode blues ni lagi. Tak best tau bila perasaan tu datang sebab hendak lawan perasaan tu perlukan kekuatan dan kadang kala buatkan lagi penat. Jom kita cari macam mana cara hendak tingkatkan paras serotonin supaya mood kita sentiasa seimbang.

Baca sini untuk lebih lanjut mengenai Serotonin

Antara yg membantu adalah untuk meningkatkan paras serotonin dalam badan kita adalah asid amino, b6, b9, magnesium, vitamin c, vitamin d, zinc dan omega 3. Erm macam biasa tengok jer vitamin yang boleh boost serotonin ni, rupa-rupanya masa berpantang dulu pernah ambil semua ni. Dulu masa pantang ambil Set Shaklee untuk pantang dan menyusu. Patutla set tu ada benda-benda ni semua sebabnya semasa berpantang kan paling mudah berlaku depression ataupun postpartum depression kalau orang melayu panggil meroyan. Dalam set tu ada :
Asid Amino - ESP
B6 & B9 - B Complex
Vitamin C - SR Vitamin C
Magnesium & Vitamin D - Ostematrix
Zinc - Vita Lea
Omega 3 - Omega Guard

Bila diingat balik memang depression ni bermula semasa bersalin dulu makna masa tu serotonin level dah mula menurun la. Tetapi kenapa dah ambil vitamin yang dikatakan penggalak serotonin ni still rasa blues lagi? Meh kita kaji sama-sama.

Kalau kita lihat orang yang ada mental illness yang doktor dah preskrip ubat untuknya korang rasa pesakit bergantung hanya pada ubat ker? Tak kan? Mesti ada sesi kaunseling dengan doktor psikiatrik kemudian dose ubat pun mesti berubah-ubah kan. Jadi kesimpulan yang boleh dibuat kat sini, semasa episode baby blues itu mula berlaku supplemen yang diambil sepatutnya ditambahkan dose nya mungkin dose yang ambil selalu tu tak cukup untuk menggalakkan serotonin. Semasa pantang dan menyusukan badan si ibu sedang mengalami proses pemulihan jadi banyak nutrien diperlukan. Ada kemungkinan nutrien yang dapat daripada dose yang biasa ambil tu cukup-cukup untuk pulihkan badan tetapi tidak cukup untuk naikkan paras serotonin. Ini pendapat doktor tak bertauliah aka Ayu (ai la tu hahaha) kemudian tak berapa cukup support. 

As we know, postpartum depression kebanyakkan berlaku apabila si ibu tidak cukup support dan stress. Badan dalam proses pemulihan tetapi perlu lakukan macam-macam perkara (bagi ibu yang berpantang sendiri) dan pendapat-pendapat orang luar yang kadan kala menyesakkan. Kita faham mereka ingin membantu tetapi kadang kala nasihat atau pandangan yang dorang beri buatkan kita lagi konfius. Satu lagi faktor yang kita selalu lupa iaitu godaan syaitan, kerana itu kita perlu kuatkan jiwa dengan mendekatkan diri dengan ALLAH.

Depression memang berkait rapat dengan jiwa, jiwa perlu kuat dan ampuh untuk melawan segala dugaan dan godaan yang dihadapi walaupun mental illness ada kaitan dengan sains tetapi semuanya berkait rapat. Apa yang boleh ai simpulkan untuk happy dan keluar daripada episode blues ini :

1. Kena terima hakikat yang diri sendiri sedang depress atau stress dan perlukan bantuan. Kalau tidak terima hakikat dan biarkan ia berlalu sendiri lama kelamaan ia akan jadi lebih teruk. Tidak mahu bantuan orang lain, okay tak pe tetapi kena terima yang jiwa kita sedang sakit dan perlu dirawat segera.

2. Hulurkan tangan mohon bantuan. Sila la cari sesiapa yang boleh dipercayai untuk dijadikan sandaran untuk bantu pulih dari jiwa yang sakit. 

3. Rawat jiwa dengan rapatkan diri dengan Pencipta, minta bantuan daripadaNya kerana hanya Dia Maha Mendengar dan Maha Penyayang. Allah tidak akan biarkan hambanya yang berdoa memohon bantuan terkontang kanting. Pasti ada bantuan yang diberikan.

4. Jika rasa perlu bantuan doktor sila berbuat demikian supaya boleh pulih seperti biasa.

5. Ambil supplemen dan bersenam untuk anti stress.

6. Cuba bersosial 

7. Cuba pelbagai aktiviti yang membuatkan kita rasa happy.

KIta cuba sama-sama yer untuk menambah baik kualiti hidup takkan asyik nak blues jer kan. Biar awan mendung yang selalu sangat muncul tu hilang digantikan dengan awan cerah putih gebu.









0 comment... add one now