Ramadhan 2017 Semakin Hampir


Bulan Ramadhan tak lama jer lagi, puasa sudah habis ganti belum?
Tinggal 52 hari jer lagi.

Selalu time macam ni la selalu ramai yang ganti puasa kannnnn. Termasuk la orang yang sedang menulis entri ni (ai la tu). Suka sangat bertangguh ganti kan dah kalut. Kalau tak ganti puasa pun bulan ini sudah masuk bulan Rejab dan bulan Rejab antara bulan yang Rasulullah sarankan supaya banyakkan beramal kerana besar fadhilatnya. NAMUN sila berhati-hati dengan hadis palsu mengenai fadhilat bulan Rejab tersangat la banyak di internet dan dimana-mana sahaja sebab ramai yang menviralkannya. Sila bertanya pada yang arif tentang hadis-hadis yang diragui. Tidak salah untuk share benda yang baik tetapi pastikan kandungannya adalah benar kerana ia melibatkan hadis yang merupakan kata-kata Rasulullah. Kalau hadis palsu yang kita viralkan tak macam kita menipu dengan menggunakan nama Rasulullah, kena lebih berhati-hati. Banyak kali juga dapat whatsapp pasal hadis-hadis ni takut hendak share sebab tidak tahu kesahihan kerana kita bukan pakar.



Ini salah satu FB page yang menjelaskan banyak pasal hadis palsu, boleh rujuk disini. Ustaz Rozaimi merupakan pakar hadis jadi ramai yang merujuk pada beliau mengenai hadis-hadis yang viral. 

Apabila bulan puasa dan bulan yang orang rajin ganti puasa ni, peneman setia semasa bersahur adalah ESP, Performance Drink dan Meal Shake la apa lagi. 3 kombinasi ni memang terbaik untuk pastikan badan tak letih dan lembik sepanjang berpuasa walaupun Meal Shakle sekarang sudah habis stok (produk Shaklee sekarang ni laku keras) tapi ESP dan Performance Drink pun cukup untuk bagi tenaga. Harapnya Meal Shake akan kembali dipasaran sebelum bulan Ramadhan, untuk anak bujang yang ai sekolah pagi petang ni kesian pula kepenatan masa bulan Ramadhan nanti. Tahun lepas beri dia minum waktu sahur alhamdulillah mampu juga dia bertahan sampai berbuka, beberapa hari jer yang kantoi sebab penat tapi untuk budak umur 6 tahun ok la tu lebih 20 hari puasa penuh.
Tahun ni kena pastikan stok Set Triple Gems ni ada dekat rumah masa bulan Ramadhan. ESP ini minuman protein yang diperbuat daripada soya dan memberikan kita tenaga dengan G.I (Glisimek Indeks) yang rendah sangat sesuai semasa bulan puasa ni bantu kita tahan perut dan bekal tenaga walaupun kita sibuk dengan urusan harian. Performance Drink pula adalah minuman isotonik yang angkawan NASA pun suka in fact Performance Drink dicipta khas untuk mereka dahulu sebelum dipasarkan pada orang lain. Performance Drink bukan sahaja bertindak mengekalkan air dalam badan tetapi membekalkan tenaga manakala Meal Shake pula membekalkan nutrien yang badan perlukan sepanjang hari. Meal Shake ini adalah multivitamin tetapi dalam bentuk minuman sesuai la untuk orang-orang yang susah hendak telan pil atau tablet tapi kalau malas nak bancuh tak dapek den nak nolong.

Bagi yang ganti puasa sila teruskan cepat-cepat habiskan kang tak pasal-pasal kena bayar fidyah nanti, bagi yang takde puasa hendak diganti sempena bulan Rejab yang banyak fadhilat ni rajin-rajin la berpuasa sunat dan buat amalan yang lain boleh anggap training untuk bulan Ramadhan nanti. Bulan Ramadhan nanti boleh la all out beramal sebab dah training awal-awal kan, takde lah letih lesu hendak bangun beramal tengah malam betul tak? 

Allah bagi kita peluang untuk beramal jangan lepaskan peluang ni okay.





0 comment... add one now