Fadzil Angahku kongsi:
السلا م عليكم ورحمة الله وبركاته
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
TANYALAH USTAZ TV9(Da'i Izzhar&Ustaz Abdullah Mahmud)
*UJIAN HIDUP*
•••••••••••••••••••••
Ujian hidup ini sebagai tanda kita ada Tuhan dan kita adalah HAMBA...
Ujian bertujuan utk memilih manusia² yg terpilih dan berlumba~lumba utk meletakkan yg mana paling baik disisi Allah...
Orang yang diuji adalah org yg TERPILIH dan org yg tak diuji adalah org yg TERPINGGIR dari pandangan Allah.
APAKAH UJIAN PETANDA ALLAH BENCI?
Nabi kata barangsiapa org yg Allah nak jadikannya baik..Allah akan timpakannya musibah.
KADANG² SELEPAS BEBERAPA TAHUN BARU AKAN NAMPAK KEBAIKAN SELEPAS MUSIBAH/UJIAN.
BILA DITIMPA UJIAN HATI AKAN KATA" KENAPA AKU YG KENA UJIAN",BAGAIMANA USTAZ?
Semua org takut diuji oleh Allah...
Bila dapat musibah jgn berkeluh kesah....terus sebut Innanillah...
YAKINLAH SETIAP MUSIBAH ADA KEBAIKAN KERANA MUSIBAH ADALAH DARI ALLAH.
Jangan buat andaian Allah tak sayang bila Allah timpakan musibah.
YAKINLAH ALLAH BERSAMA KITA...
DGN MUSIBAH ALLAH MUNGKIN NAK AMPUNKAN DOSA ATAU NAK JADIKAN KITA LEBIH BAIK...
Allah JANJI Allah beri ujian mengikut kemampuan hambaNya...
SAYA SEKELUARGA DITIPU SESEORANG TAPI SAYA BERSANGKA BAIK DGN ALLAH DAN SAYA TAK BERDENDAM DGN ORG ITU,MOHON PENJELASAN USTAZ.
Kita boleh marah pada dia tapi apakah dgn marah itu boleh menjadikan org itu jadi baik.
JANGAN BERDENDAM,BERDENDAM TAK ADA KEBAIKANNYA...DENDAM HANYA MENJADI RACUN DALAM DIRI SENDIRI...
Selalulah berdoa supaya org yg tipu kita itu diberi hidayah oleh Allah.
Bila kita boleh memaafkan org lain itulah tanda org yg BAHAGIA.
Org yg paling BERANI adalah org yg boleh mengaku silapnya.
KITA BOLEH BALAS TAPI TAK AKAN SELESAIKAN MASALAH..
YG TERBAIK ADALAH MEMAAFKAN DAN MENDOAKAN...
UJIAN YG DATANG BUKAN HANYA DALAM BENTUK SAKIT TAPI ADA JUGA UJIAN HIDUP PADA BENTUK KETENANGAN,ADAKAH KETENANGAN DAN KESENANGAN ITU JUGA UJIAN?
Ramai org kaya tak tenang kerana zakat yg tidak dikeluarkan.
Sepatutnya org kaya kena ada sifat takut sebab tak keluarkan zakat.
ORG YG TAK KELUARKAN ZAKAT SAMA DGN ORG MENCURI HARTA ORG LAIN SEBAB ZAKAT ITU ADA HAK UTK ORG LAIN.
Kekayaan dan kemiskinan itu adalah ujian.
BENARKAH IBUBAPA YG DIUJI DGN ANAK YG SAKIT ITU SEBAB KESALAHAN IBUBAPA?
Memang ada kemungkinan.
Dalam kesakitan anak itu sebenarnya Allah nak beri keinsafan pada kedua ibubapanya..
APAKAH UJIAN YG PALING BESAR DALAM KEHIDUPAN MANUSIA?
Ujian yg paling ditakuti oleh manusia adalah TAKUT MATI.
Ada org takut mati dan lari/tak bersedia utk mati(org begini dia akan mati dalam keadaan yg sangat menakutkan)
Ada org yg takut mati tapi sentiasa bersiap sedia utk menghadapi mati(ini adalah org yg terbaik dan akan mati dalam keadaan yg baik)
KENAPA SEMAKIN SAYA DEKAT DGN ALLAH,SEMAKIN BANYAK UJIAN YG SAYA DAPAT?
MEMANG...Allah akan beri ujian pada org yg nak dekat dgn Allah.
Cth Firaun,dia jauh dgn Allah dan tak nak dekat dgn Allah sebab tu dia tak diuji.
KADANG² BARU NIAT NAK BUAT BAIK...UJIAN ALLAH TERUS DATANG...
ALLAH NAK TENGOK SEJAUH MANA KESABARAN KITA...
DAN ALLAH NAK DENGAR APA PERKATAAN YG TERBIT DARI MULUT KITA...
JANGAN CERITA PADA ORG BILA DITIMPA UJIAN(cth sakit) TAPI MENGADULAH PADA ALLAH...
BIARLAH KITA SUSAH SEKARANG DAN INGATLAH AKAN ADA KESENANGAN DIHADAPAN KITA....
DAN INGATLAH KESENANGAN SEKARANG, AKAN ADA KESUSAHAN DIHADAPAN KITA.
BILA TERKENA SAHAJA MUSIBAH SEBUT إنّا لله وإنّا إليه راجعون WALAUPUN TERPUTUS SELIPER...
JANGAN CARI KEBURUKKAN DALAM MUSIBAH TAPI CARILAH KEBAIKAN.
APAKAH HIKMAH UCAP إنّا لله وإنّا إليه راجعون?
Allah akan beri kemampuan utk kita menghadapi ujian bila kita sebut
إنّا لله وإنّا إليه راجعون
Walaupun sudah lama berlaku musibah...Bila teringat musibah itu...sebutlah semula
إنّا لله وإنّا إليه راجعون
ALLAH NAK TENGOK APAKAH KITA KEMBALIKAN SEMULA MUSIBAH ITU PADA ALLAH ATAU TIDAK...
DULU SAYA DAPAT MELIHAT TAPI SEKARANG SAYA DAH BUTA...
Nabi kata sesiapa yg Allah ambil pandanganya...Allah akan gantikannya dgn SYURGA...
SAYA SEDANG DIUJI(disihir) DALAM PERNIAGAAN,DAN SAYA SELALU BANGUN MALAM DAN BERZIKIR,TAPI TETAP SAMA,BAGAIMANA USTAZ?
Ibadat perlu diteruskan dan JANGAN LUPA BERFIKIR.(Sesaat berfikir lebih besar pahala drp 100rakaat solat sunat)
ORG YG DIPILIH MENJADI WALI ALLAH BUKANLAH KERANA IBADATNYA YG BANYAK TAPI KERANA JINAK HATINYA.
ADAKAH LAMBAT MENDAPAT ZURIAT ITU ADALAH UJIAN?
Anak² dan harta akan menjadi ujian.
Lambat atau cepat itu bukan urusan kita.
Kita cuma boleh berusaha.
Ambil daun mengkudu dipotong~potong letak dalam air suam dan dicampur dgn cuka 1 sudu kecil dan diminum,kaedah utk dapat anak.
DAN JANGAN STREES.
APA YG PATUT DILAKUKAN BILA UJIAN DITIMPAKAN PADA KITA?
Biasanya masyarkat kita bila ditimpa ujian,dia akan mengeluh...
JANGAN MENGELUH KERANA NABI TAK SUKA ORG YG MENGELUH....
DAN JANGAN MARAH...ORG YG MARAH AKAN BINASA...
SELESAIKAN MASALAH DGN BERHIKMAH DAN BERCAKAP BENAR...
SELESAIKAN MASALAH DGN MENGGUNAKAN ILMU...
UJIAN ADALAH DATANG DARI ALLAH...
MANUSIA YG MENDATANGKAN MASALAH ITU HANYA ASBAB SAHAJA...
SEMUA YG BERLAKU ADALAH ATAS KEHENDAK ALLAH...
#InShaaAllah_Aamiin
#BiarTahuJanganKeliru
C&p