Strong Woman Do Bong Soon Finale : Sweet and Happy ending


Setiap kali cerita korean yang aku ikut hendak habis mula la rasa resah, tak senang duduk semua cukup. Satu sebabnya hendak tahu ending, sebab yang lainnya nanti sudah tak dapat tengok la hero heroin yang menjadi kesayangan tu. Itu kalau cerita yang aku follow tu dekat dengan hati kalau tak dekat di hati bila habis, dah la move on pada cerita baru. Ni drama Do Bong Soon dekat dengan hati la ni yang buatkan rasa sedihnya sudah finale. Hero dan heroin memang sangat comel sampai digelar puppy couple, lagipun chemistry dorang memang cukup ngam ho sampaikan peminat-peminat drama ni wish yang mereka jadi real couple selepas drama ni.

Pelakon utama adalah si comel Park Bo Young (Do Bong Soon), Park Hyung Sik (Ahn Min Hyuk) dan Gook Do (Ji Soo). Gook Do dengan Bong Soon berkawan sejak zaman sekolah lagi, adik kembar Bong Soon iaitu Bong Ki (An Woon Yeon)  kawan baik dengan Gook Do. Bong Soon sememangnya ada crush dengan Gook Do tetapi Gook Do tak layan walaupun dalam diam sebenarnya dia suka Bong Soon lepas tu salah timing Ahn Min Hyuk dah sambar Bong Soon dulu, kan dah melepas. Keluarga Do Bong Soon ni adalah kelebihan kekuatan yang luar biasa tetapi orang perempuan sahaja yang ada kuasa tu, orang lelaki dalam keluarga tu takde kelebihan tu. Jadi Bong Soon hidup dengan menyembunyikan kuasanya kerana dia tak mahu orang tahu dan jika dia salah guna kuasa tu, ia akan hilang. Ibu Do Bong Soon telah mengalami kuasa ditarik balik kerana ia gunakan dijalan yang salah, jadi pembuli dekat sekolah memang kena sumpahan la.

Sejak itu ibu Bong Soon takde kuasa lagi tetapi nenek Bong Soon masih lagi berkuasa siap boleh lawan gangster lagi, caya la nenek. Kisah pertemuan Ahn Min Hyuk dengan Do Bong Soon bermula sejak Bong Soon selamatkan bas yang Min Hyuk naik daripada terbabas tetapi masa itu Min Hyuk tak nampak  wajah sebenar Bong. Kemudian mereka berjumpa setelah beberapa tahun, Ahn Min Hyuk sudah menjadi CEO dan Bong Soon masih lagi mencari kerja. Min Hyuk nampak Bong Soon sedang belasah sekumpulan gangster di tapak pembinaan dan terkejut dengan kekuatan Bong Soon. Gangster tersebut sedang membuli pemandu bas sekolah budak tadika. Kemudian kumpulan gangster tersebut buat laporan polis dan tentulah polis susah hendak percaya sebab yang bagi kenyataan budak-budak tadika. Ahn Min Hyuk dipanggil sebagai saksi tetapi dia cover Bong Soon kata yang budak-budak tadika tu salah tengok dekat pihak polis. Semasa di balai polis Min Hyuk sudah mula tertarik pada Bong Soon tapi masa ni Bong Soon tengah angau dengan Gook Do.

Disebabkan rasa ingin tahu tentang kekuatan Bong Soon dan mula rasakan sesuatu pada Bong Soon, Min Hyuk minta setiausaha dia Mr. Gong tawarkan kerja sebagai bodyguard pada Bong Soon. Bong Soon pada mula nya tak nak tetapi lepas dengar tawaran gaji yang Min Hyuk tawaran dengan pantas dia cakap Yes. Sindrom orang takde kerja macam tu la hahaha lagipun Min Hyuk CEO syarikat Ainsoft yang mencipta game, Bong Soon pula memang teringin sangat kerja disana.

Kenapa Min Hyuk perlukan bodyguard kerana dia mula mendapat ancaman bunuh. Dia sedang menyiasat siapa yang hantar ancaman itu semua, dia suspek abang-abang tirinya kerana ayahnya sedang mencari pewaris syarikat. Bong Soon pun mula bertugas di pejabat Min Hyuk, bermula la juga detik-detik comel mereka berdua ni pada masa yang sama kejadian culik kaum wanita sedang berlaku. Ada orang gila yang terlalu taksub dengan play teater sampai culik kaum wanita untuk meniru play tersebut. Ada satu kejadian di hospital dimana Gook Do perlu menjaga saksi yang terselamat daripada diculik tetapi minta Bong Soon gantikan dia sekejab sementara dia pergi toilet.

Tetapi orang jahat tu pandai, dia menyamar sebagai doktor dan bawa lari saksi. Bong Soon dapat cam suara penjahat tu dan sejak itu Bong Soon bekerja rapat dengan pihak polis. Waktu ni Bong Soon masih angau dengan Gook Do, setiap kali Gook Do bercakap dengan Bong Soon muka tu mesti angau semacam. Min Hyuk sudah perasan yang Bong Soon suka Gook Do dan sudah mula jelaous sikit-sikit. Ancaman dan ugutan pada Min Hyuk makin kerap dan makin berani apabila mesyuarat syarikat untuk umumkan siapa waris sudah hampir. Min Hyuk sudah syak seseorang dan mula memasang perangkap supaya orang tersebut mengaku. Dia sangat terkejut kerana orang itu adalah abang tiri yang dia sangat percaya.

Settle kes Min Hyuk, plot cerita tertumpu pada kisah penculik bersiri dan perkembangan hubungan Bong Soon dan Min Hyuk. Min Hyuk makin lama makin suka pada Bong Soon dan Bong Soon juga sudah mula rasa lain dengan Min Hyuk tetapi dia masih lagi keliru dengan perasaan dia dengan Gook Do. Aduh pening kepala la cinta 3 segi ni. Gook Do pun sudah mula sedar yang dia sukakan Bong Soon dan jelaous bila Bong Soon dengan Min Hyuk. Si penculik makin berani dan kawan baik Bong Soon (Gyong Sim) hampir-hampir diculik tetapi Bong Soon muncul tiba-tiba dan belasah penjahat tu. Memang makin sakit hati la orang jahat tu. Dia menyimpan dendam pada Bong Soon. Pihak polis sukar mengesan penjahat ni sebabnya si penjahat dah letakkan hidden camera dekat balai polis jadi dia tahu la setiap tindak tanduk polis tu pasal dia asyik dapat lepaskan diri. Pandai dan licik betul.

Akhirnya Min Hyuk confess pada Bong Soon yang dia sukakan Bong Soon. Bong Soon terkujat dan dia mula sedar yang dia sudah tidak sukakan Gook Do tetapi masih ragu-ragu hendak terima Min Hyuk. Lupa nak cerita yang Min Hyuk sudah latih Bong Soon supaya dapat mengawal kuasanya jadi dia boleh bersosial dengan orang lain tanpa risau akan cederakan orang lain. Kalau nak belasah orang pun takde la over sangat, secukup rasa jer dia bagi. Okay berbalik pada cerita Min Hyuk confess pada Bong Soon, Min Hyuk dapat rasakan yang Bong Soon sudah mula suka padanya tapi Bong Soon takut. Bong Soon takut Min Hyuk tak boleh terima dengan kelebihan yang dia ada tetapi Min Hyuk tak kisah pun. Kalau tak takkan Min Hyuk latih Bong Soon kan, setelah Bong Soon yakin maka bermula la episode dating dorang. Gook Do pun bercadang untuk confess tapi you are too late man. Selalu sangat salah timing dia ni tu pasal la melepas.

Si penculik makin agresif untuk balas dendam pada Bong Soon, kali ni dia berjaya culik kawan balik Bong Soon si Gyong Sim dan hantar video ugut Bong Soon. Tetapi sebelum tu dia menyamar sebagai kawan Bong Soon dengan jawab mesej daripada Bong Soon, sempat la dia korek rahsia Bong Soon. Jadi dia tahu yang Bong Soon boleh hilang kuasa kalau cederakan orang yang tidak bersalah. Disebabkan Bong Soon sudah dapat rasakan yang berbual dengan dia tu bukan Gyong Sim barulah penjahat tu hantar video. Bong Soon terdesak dan takut terus jumpa Min Hyuk minta bantuan selepas tidak berjaya cari tempat persembunyian penjahat tu.

Disebabkan Bong Soon sangat risaukan Gyong Sim jadi dia pergi lagi carik tempat persembunyian penjahat itu walaupun Min Hyuk kata jangan pergi seorang diri. Bong Soon berjaya jumpa tempat itu dan selamatkan wanita-wanita yang lain tetapi penjahat sudah bawa lari Gyong Sim selepas nampak Bong Soon datang melalui camera tersembunyinya. Lagi sekali penjahat mengumpan Bong Soon, tapi kali ini dia sudah sediakan perangkap. Bong Soon pergi seorang diri lagi sekali untuk selamatkan Gyong Sim tetapi penjahat pasang perangkap buatkan Bong Soon hilang kuasa. Gyong Sim berjaya diselamatkan tetapi penjahat berjaya larikan diri selepas berentap dengan Min Hyuk yang datang selepas mengesan Bong Soon melalui rantai yang dia bagi. Min Hyuk tahu yang Bong Soon akan pergi seorang diri lagi sebab tu dia letak alat pengesan pada rantai tu.

Penjahat tetap terlepas tetapi semua tawanan sudah selamat, kawan Bong Soon pun sudah balik kampung dia. Bong Soon cuba jalani hidup dia seperti biasa tanpa kuasa super dia. Pihak polis masih lagi cuba kesan pemjahat tetapi Gook Do terserempak dengan penjahat tu di pejabat Min Hyuk. Apa lagi dengan segera la dia bagi warning pada Min Hyuk. Min Hyuk segera kosongkan bangunan selepas si penjahat kata ada letak bom. Semasa Min Hyuk tengah sibuk cari penjahat tu, penjahat tu datang culik Bong Soon. Min hyuk yang tahu Bong Soon kena culik lagi tambah marah la dengan penjahat tu dan cari Bong Soon dengan segera. Dia jumpa Bong Soon dikurung dalam bilik atas bumbung, Bong Soon merayu supaya Min Hyuk tinggalkan dia sebab ada bom pada badannya dan masa tinggal skit jer lagi nak meletup.

Min Hyuk tak hiraukan rayuan Bong Soon, Bong Soon merayu supaya kuasanya dikembalikan supaya dia dapat selamatkan Min Hyuk. Jeng jeng jeng kuasa super datang kembali! Dengan segera Bong Soon campak bom tu jauh-jauh, boleh pula rupanya bom palsu, bukan bom pun tapi bunga api. Hampeh tul. Apabila semuanya sudah reda, Bong Soon buat plan nak tangkap penjahat tu dengan bantuan Min Hyuk dan Gook Do. Walaupun 2 orang ni tak sebulu tapi sebabkan Bong Soon dorang bekerjasama juga. Usaha mencari penjahat dilakukan secara besar-besaran memaksa penjahat tu untuk larikan diri ikut laut sebab pergi mana pun orang kenal dia.

Informer Min Hyuk beritahu yang penjahat akan larikan diri ikut kapal sekian hari dan waktu jadi mereka sudah bersiap sedia. Penjahat memang tak puas hati dengan Bong Soon, dia siap beli senapang sniper untuk tembak Bong Soon. Mereka bertiga berjaya tipu penjahat yang dia dapat tembak Bong Soon sedangkan Bong Soon pakai baju kalis peluru dah. Mereka sudah pasang perangkap dipelabuhan tempat penjahat hendak naik kapal untuk larikan diri dan kali ini mereka berjaya. Hahhaha padan muka kena tangkap.

Penjahat sudah ditangkap, jadi mereka leh hidup aman. Min Hyuk dan Bong Soon makin rapat sementara Gook Do sudah terima kenyataan. Bong Soon makin aktif gunakan kuasanya untuk selamatkan orang yang memerlukan sampai Min Hyuk pening kepala sebab ketua Bong Soon mengadu yang dia selalu hilang waktu kerja. Ala girlfriend CEO apa  nak kisah kan hahaha. Min Hyuk melamar Bong Soon kerana bagi Min Hyuk dia tidak boleh hidup tanpa Bong Soon. Bong Soon segalanya baginya. Perghhh cair. Dah la hensem, melting giler.

Dorang kahwin, mak Bong Soon paling happy sebab dari awal dia memang nak Min Hyuk jadi menantu dia. Tercapai hasrat makcik tu hahaha. Dah kahwin dapat anak la kan, dapat kembar perempuan dan boleh bayang la betapa hectic nya. Kembar kuat cam mak nya sampai ayahnya kena tumbuk masa hendak bagi susu. Bong Soon pula sibuk jadi superhero.

Walaupun ending dia, aku cam kureng suka sebab Min Hyuk nampak macam takut pada anak sendiri dan Bon Soon lak sibuk jadi superhero, apapun ending dia cukupla memuaskan hati. Lepas ni kerja aku duk ulang best scene jer lah sampai leh move on. Kalau rajin ulang balik tengok sebab couple ni sangat comel lagi-lagi time Min Hyuk mesti kalah dengan kecomelan Bong Soon sampai hendak marah pun hilang terus senyum. Pandai Bong Soon sejukkan hati Min Hyuk hahaha.

Ni ada beberapa scene daripada drama Strong Woman Do Bong Soon untuk korang, share daripada You Tube Channel Drama Fever. Happy Watching. Lepas ni tunggu cerita lain lak yang sweet sweet ringan kepala nak tengok.

Min Hyuk buat deal nak latih Bong Soon kawal kuasa

Angau kuasa 5000X, siap Gook Do bersinar-sinar

Proses berlatih sedang berjalan

Min Hyuk cuba yakinkan Bong Soon untuk terima dirinya tanpa rasa takut

Min Hyuk nak confirmation yang Bong Soon sukakan dia

Nak tengok citer ni boleh klik : Strong Woman Do Bong Soon

Sekarang tengah follow cerita :
Isnin dan Selasa : The Liar And His Lover
    Whisper

Nak Mula Start Tengok :
Chicago Typewritter
Radiant Office
Mystery Queen

Ada lagi yang lain tapi nantila dulu, yang ini ntah bila baru sempat nak tengok.
Nanti kita ceriter pasal drama korean yang lain pulak yer.
Daaa

4 comments.. read them below or add one

Adam Adam 23 April, 2017
Saya tak pernah tengok ni.
Adam Adam 23 April, 2017
Saya tak pernah tengok ni.
Tanpa Nama Tanpa Nama 29 November, 2017
aku dah tengok episode 1 2 so far best la..sonok.
Tanpa Nama Tanpa Nama 29 November, 2017
ade satu babaak yang aku rase lawak.klau x silap episode 2 kot.yang time hero tu kate orang kalau dah mati dia akan jadi bintang.pastu yang heroin pulak kate.dia dengar citer orang kalau dah mati lepastu jadi hantu.pesal plak jadi bintang.hahaha