Kalau kita beli makanan dekat pasaraya mesti ada label makananan kan. Pada Label makanan kita dapat info tentang produk yang kita ingin beli dan pengilang wajib letak label makanan. Pendek kata semua benda yang dijual kena ada label makanan. Namun kita sebagai pengguna kena tahu bagaimana hendak tengok label dan ada yang penting kena ada.
Ada 10 perkara penting yang kita kena lihat pada label makanan :
1. Saiz Hidangan
Kalau kita tengok label makanan mesti ada part serving kan? Kalau serving menunjukkan 2 serving bermakna untuk 2 kali makan la dan jika makan sekali habis semua tu bermakna kita dah makan lebih la. Ibarat makan nasi beratambah-tambah la.
2. Trans Fat
Ini adalah contoh lemak yang tidak baik dan perlu dielakkan untuk kesihatan. Disebabkan ramai yang sudah sedar keburukan trans fat, pengeluar makanan mula membuat makanan tanpa trans fat tetapi jika makanan tersebut ada trans fat dalam anggaran 0,5 dibolehkan letak pada label 0%. Keliru kan, ingatkan takde trans fat selagi ada disebabkan itu tak payah cari trans fat tetapi cari hydrogenated ataupun partial hydogenated. Dua perkataan ini menunjukkan chemical reaction yang menghasilkan trans fat. Pengeluar makanan menggunakan proses ini untuk memanjangkan usia produk (shelf life) dan untuk meningkatkan rasa tetapi masalahnya proses ini menghasilkan trans fat.
Menurut beberapa kajian, trans fats:
- mengandakan risiko serangan jantung
- meningkatkan risiko diebetes
- meningkatkan parasa kolestrol jahat (LDL) dan menurunkan paras kolestrol baik (HDL)
- meningkatkan keradangan dan triglycerides (jika paras triglycerides tinggi akan meninggikan risiko sakit jantung)
Baca sini untuk info lebih lanjut tentang Triglycerides by Mayo Clinic (credit : mayo clinic)
- menganggu penglihatan kanak-kanak
- menganggu proses detox hati
- ada kaitan dengan kanser prostat dan juga kanser payudara
- menganggu fungsi insulin
Patutla kerajaan buat kempen elakkan trans fat dalam makanan sebab banyak betul keburukannya.
Baca sini kalau mahu lebih memahami tentang Hydrogenated In Foods (credit : www.sixwise.com )
3. Serat
Kita perlukan serat didalam pemakanan kita untuk proses pencernaan dan membantu badan membuang kotoran. Kita perlukan sekurang-kurangnya 5 gram serat sehari.
4. Protein
Badan kita perlukan protein untuk menghasilkan tenaga dan membaiki sel yang rosak jadi jika ada sumber protein didalam label makanan adalah digalakkan. Seeloknya dapatkan protein daripada sumber semulajadi bukan daripada makanan yang diproses.
5. Senarai bahan-bahan
Senarai bahan yang digunakan untuk produk yang kita hendak beli, sila baca sekali imbas untuk tahu apa yang digunakan. Kadang kala yang buatkan kita malas hendak baca sebab pengilang gunakan nama saintifik kan tetapi kena juga baca. Selalunya nama-nama yang susah kita hendak sebut tu berkaitan dengan bahan perasa atau bahan penstabil.
6. Kedudukan bahan-bahan pada label
Selalunya mereka akan letak bahan yang paling banyak diatas sekali, jadi kalau kita nampak gula ada paling atas dalam senarai bermakna kandungan gula lebih banyak daripada kandungan lain walaupun produk itu ada vitamin. Dari sini kita boleh tahu produk itu sebenarnya tinggi gula/lemak atau sebagainya.
7. "Baik untuk jantung"
Label macam ni pengilang tak boleh suka-suka hati letak, kena ada kebenaran dan kajian saintifik untuk menyokong yang produk mereka baik untuk jantung seperti rendah lemak dan sebagainya.
8. Rendah garam
Antara cara yang paling bagus untuk mengawal pengambilan garam adalah cari label "low sodium", "low salt" atau "less salt". Jika suka makan jajan macam keropok-keropok, itu semua tinggi sodium walaupun kita tak rasa masin macam kalau terletak garam banyak dalam masakan tetapi produk makanan ringan memang tinggi sodium. Bahan perasa yang menutup rasa garam yang masin itu.
9. Organik
Sekarang orang suka mula sedar kepentingan sumber makanan berasaskan organik tetapi sebelum membeli pastikan ada label organik jika anda memang mencarinya.
10. Bijian penuh (whole grain)
Jika ada tertulis 100% whole grain maknanya produk itu memang berasaskan bijian penuh jika setakat tertulis bijian penuh (whole grain) selalunya hanya separuh daripada kuantiti produk tersebut bijian penuh.
Itu antara kenapa kita kena baca label dekat makanan supaya kita tahu apa yang kita makan. Supaya kita boleh kawal kandungan gula, garam dan lemak dalam pemakanan kita. Jika hendak beli makanan kesihatan sebagai contoh kena periksa kandungan gula, berapa banyak vitamin yang ada kadang kala kandungan gula lebih tinggi daripada vitamin begitu juga dengan garam. Kalau mahu makanan yang tinggi kandungan serat carilah yang berasaskan 100% bijian penuh supaya dapat kandungan serat yang bagus. Jika korang tengah berdiet kandungan kalori pada label boleh bantu untuk dapatkan amakanan yang rendah kalori. Bergantung pada badan kita semasa memilih bahan makanan, kita kena bijak memilih sebab tu wajib baca label.
Baca sini untuk dapatkan Tips Mengawal Pengambilan Garam (credit : www.healthworks.my)
Sumber rujukan :
1. www.livestrongs.com
2. www.sixwise.com
3. www.healthworks.com
Oleh kerana makanan yang diproses banyak bahan yang sukar kita hendak faham baik la masak sendiri sekurangnya kita boleh kawal gula dan garam. Jika ragu-ragu dengan kadar vitamin yang badan serap untuk sehari boleh ambil supplemen supaya nutrien dalam badan cukup. Saya ambil supplemen untuk pastikan nutrien yang badan perlu cukup dan jika ke shopping mall untuk beli makanan, baca label menjadi habit baru sebab nak compare dengan produk-produk lain. Kita makan untuk hidup jadi kena pilih yang betul-betul bagus.
Sejak kenal Shaklee rasa bertuah pun ada sebab Shaklee ada Landmark Study dan klinikal study. Saintis Shaklee rajin menkaji dan buat journal jadi takdelah risau sangat dengan keberkesanan Shaklee. Isu halal tiada masalah kerana Shaklee ada kilang berasingan untuk keluaran negara islam dan sijil Halal mereka diperbaharui setiap tahun.
Sejak kenal Shaklee rasa bertuah pun ada sebab Shaklee ada Landmark Study dan klinikal study. Saintis Shaklee rajin menkaji dan buat journal jadi takdelah risau sangat dengan keberkesanan Shaklee. Isu halal tiada masalah kerana Shaklee ada kilang berasingan untuk keluaran negara islam dan sijil Halal mereka diperbaharui setiap tahun.
Baca sini untuk Landmark Study
Sekarang Shaklee sedang buat Landmark Study II yang tumpu kepada Telomeres kerana Vivix boleh melindungi Telomeres. Shaklee juga sentiasa mengikut speksifikasi KKM setiap produk yang dibawa masuk Malaysia akan mendapat kelulusan KKM, selepas lulus baru dipasarkan walaupun waktu untuk mendapatkan kelulusan itu lama tetapi Shaklee tetap tunggu kelulusan sebelum memasarkan produk tersebut. Saya sudah menggunakan Shaklee selama 6 tahun dan akan terus menggunakannya.