Strong Woman Do Bong Soon, kenapa comel sangat puppy couple ni!!!


Lama rasanya tak update pasal Korean Drama, takdo maso la nak buek camno. Aktiviti tengok Korean Drama masih lagi berlangsung tinggal tak review jer. Lepas Goblin cerita sweet potong kaki tak berapa nak ada, kalau ada pun tidak la sampai mengigau malam sweetnya. Pengganti cerita Goblin adalah cerita yang heavy dan serius, terbitan OCN drama Voice dan terbitan SBS drama Defendant. Lama tak layan cerita thriller syok jugak layan tetapi cerita berat tak fokus memang tak berapa hendak faham la. Untuk mengurangkan kepala pening sebab tengok cerita berat follow drama TVN tajuk Shy Boss, layan gak cerita ni pasal bos yang introvert. 

Drama terbitan OCN iaitu Voice berkisar tentang seorang pengawai talian kecemasan (Kang Kwon-Joo) yang mempunyai pendengaran yang sangat tajam. Ayahnya dibunuh dan dia dengar segala yang pembunuh itu buat pada ayahnya melalui talian telefon kerana pada masa tersebut dia sedang bercakap dengan ayahnya. Pembunuh tersebut adalah seorang yang sakit jiwa dan merupakan pembunuh bersiri. Ayah Kang Kwon Joo terserempak dengan pembunuh (Mo Tae Goo) tersebut selepas ia membunuh isteri seorang pengawai polis (Moo Jin Hyuk). Pembunuh merupakan anak seorang yang berpengaruh dan sering terlepas daripada hukuman. Kang Kwon Joo menyambung pelajaran di USA selepas kematian ayahnya dan gagal memberkas pembunuh ayahnya kerana campur tangan orang atasan. Pengawai polis Moo Jin Hyuk menyalahkan Kang Kwon Joo kerana menyebabkan pembunuh terlepas daripada pengadilan. Namun selepas Kang Kwon Joo balik daripada USA, mereka berdua bergabung tenaga memberkas pembunuh ayah Kang Kwon Joo dan isteri Moo Jin Hyuk. Gabungan tenaga mereka membuahkan hasil dan pembunuh sebenar dapat diberkas akhirnya. 



1st dan 2nd episode memang sangat mengujakan kerana kebolehan Kang Kwon Joo mendengar bunyi yang orang lain tak boleh dengar melalui telefon, kagum sey. Jalan cerita mula jadi berat pastu mengelirukan apabila melibatkan pembunuh bersiri yang dorang berdua kejar. Boleh tahan juga twist cerita ni, macam biasa drama korea mesti ada orang terdekat yang buat spoil sebab keadaan mendesak. Kang Kwon Joo dilakonkan oleh Lee Ha Na manakala Moo Jin Hyuk dilakonkan oleh Jang Hyuk. Jang Hyuk memang hebat bab aksi berlawan jadi tengok scene aksi memang syok.

Cerita Defendant terbitan SBS pun cerita heavy dan triller berkisar mengenai pendakwaraya yang diperangkap dan dipaksa memalsukan segala bukti pembunuhan isterinya untuk menyelamatkan anaknya. Sekali lagi orang jahat adalah orang kaya yang ada kuasa dan duit, suka hati nak musnahkan hidup orang. Cha Min Ho lakonan Uhm Ki Joon adalah kembar dan dia telah membunuh kembarnya kemudian meneruskan hidup menggunakan identiti kembarnya. Pendakwaraya Park Jung Wo lakonan Ji Sung tahu penipuan Cha Min Ho dan berusaha untuk membongkar identiti sebenarnya. Disebabkan tidak mahu rahsianya terbongkar Cha Min Ho membunuh isteri pendakwaraya Park Jung Wo kemudian menculik anak perempuannya Ha Yeon kemudian mengugut Park Jung Wo. Park Jung Wo dimasukkan kedalam penjara tetapi disebabkan terlalu stress dan sedih Park Jun Wo hilang ingatan beberapa kali. Tidak lama kemudian Park Jung Wo mula ingat kembali sedikit demi sedikit dan mula merancang untuk lari daripada penjara untuk mencari anaknya dan membuktikan dirinya tidak bersalah. 



Drama ni pun penat juga tengok pastu buatkan hati dup dap dup dap sebab rasa macam Cha Min Ho dah nak kena tangkap tapi belum lagi. Untuk jumpa Ha Yeon pun banyak kali sipi-sipi jer nak jumpa, geram betul. Dengan bantuan inmate Park Jung Wo berjaya lari daripada penjara dan buktikan dirinya tidak bersalah serta jawapan pendakwaraya dikembalikan.Dorang punya penjara macam agak selesa jer tengok tapi tak tahu la kalau dalam drama jer kan macam pelik pun ada. Anak pendakwaraya tu Ha Yeon boleh tahan hebat gak sebab boleh ikut lelaki yang dia tak kenal berbulan-bulan. Lelaki tu claim kawan ayah dia jer dah boleh buat Ha Yeon percaya. Bahaya sikap macam ni kena ajar anak-anak kita supaya jangan muka percaya orang luar. Selepas lari dari penjara Park Jung Wo berusaha keras untuk membuktikan dirinya tidak masalah dan membuahkan hasil Cha Min Ho dapat dipenjarakan dan dia akan meneruskan hidup dengan Ha Yeon.



Drama Shy Bos pun layan gak tapi ai buat entri lain la yer. Sekarang tengah giler tengok cerita Strong Woman Do Bong Soon lakonan Park Bo Young dengan Park Hyung Sik. Comel sangat la couple ni, dorang duk gelar puppy couple. Sekarang memang trend kut dorang duk bagi gelaran dekat female and male lead yang chemistry dorang ngam giler. Kalau chemistry ngam macam ni memang ramai la peminat yang berharap dorang couple for real. Cerita Strong Woman Do Bong Soon mengenai seorang wanita yang ada kekuatan luar biasa bernama Do Bong Soon lakonan Park Bo Young. Kekuatan itu merupakan anugerah turun temurun untuk setiap anak perempuan keluarga mereka. Namun jika kekuatan itu disalah gunakan ia akan hilang. Ahn Min Hyuk lakonan Park Hyung Sik merupakan CEO syarikat pengeluar game yang terkenal, dia sering diugut kemudian mengambil keputusan untuk mengambil bodyguard. Kebetulan Min Hyuk terserempak dengan Bong So yang sedang belasah sekumpulan gangster dan kagum dengan kekuatan Bong Soon. Min Hyuk menawarkan Bong Soon jawatan bodyguard dan Bong Soon pada mulanya berat untuk terima tetapi tawaran gaji yang Min Hyuk tawarkan sangat mengujakan. Lagipun Bong Soon masih belum bekerja dan memang bercita-cita untuk bekerja di Ainsoft. Ainsoft merupakan syarikat kepunyaan Min Hyuk.



Dalam drama ni pun orang jahat dia sakit jiwa sebabnya kidnap orang perempuan untuk dijadikan isteri. Ramai dia kidnap sebab obses dengan satu pementasan drama, Bong Soon berjaya halang penjahat ni daripada menculik kawan baiknya dan sejak itu Bong Soon menjadi target penjahat tu. Penjahat dalam mana-mana cerita memang bijak kan, dalam drama ni pun sama bijak tapi jahat. Dia berjaya culik kawan baik Bong Soon dan berjaya buatkan Bong Soon hilang kuasa. Min Hyuk sangat marah Bong Soon bertindak seorang diri, masa ni dorang dah couple dah. Dalam proses nak couple tu alahai comel betul budak berdua ni hahaha. Sekarang tinggal lagi 2 episode huhu rasa macam cepatnya la habis, kalau cerita best memang selalu macam ni kan.Lakonan Park Bo Young memang best dan dia ni sangat comel pastu Park Hyung Sik pun sama jugak. Drama Hwarang tak habis lagi tengok lagi ni tak tahu kenapa hati tu tak berapa seronok tengok Hwarang.



Nanti cerita Strong Woman Do Bong Soon ni dah abis ai buat satu entri khas untuk cerita ni yer. Dalam masa yang sama tengah follow The Liar and his lover version Korean dengan Whisper, ada beberapa cerita dalam waiting list tapi nanti lah dulu kang masa habis tengok drama jer kerjanya. 



Cerita yang tengok bertambah-tambah panjang listnya hahaha, ntah bila nak tengok la agaknya. Tu belum reality show dorang lain, tapi syok tengok reality show dorang lain. Biarlah list bertambah panjang sebab hiburan waktu senggang jer pun yang penting apa yang ada dalam ai punya to do list siap. Ok la bye, see you when i see you.


0 comment... add one now