Keradangan (inflammation) ini sebenarnya perlu atau tidak?


Kelmarin pasal necrosis and apoprosis, semalam pasal arginine, pastu arini nak cerita pasal EICOSANOIDS cara sebut dia (eye-Koh-sah-noids) dan beberapa key player dalam soal keradangan ni. Siapa kata keradangan jahat? Mana ada la, keradangan ni baik la cuma kalau berlebihan jer yang merosakkan kesihatan kita. Too much good things pun tak boleh kan, keseimbangan tu yang perlu. Didalam hidup semua benda pun kena seimbang kalau tidak haru biru jadinya. Okay stop jadi Ustazah Pilihan, jom kita study pasal keradangan supaya lebih faham apa benda keradangan atau inflammation ni sebenarnya.

Menurut Dr. Miller dalam buku beliau Family Health Modern Diseases, keradangan adalah salah satu perkara yang perlu kita ambil berat. Tanda-tanda keradangan adalah kemerahan, sakit, bengkak dan panas (demam). Keradangan adalah salah satu cara badan sembuh daripada penyakit tetapi jika terlalu lama adalah tidak bagus. Macam coklat ambil sedikit elok untuk kerana membantu memberi ketenangan tetapi kalau terlalu banyak gemuk la jadinya. Keradangan ada dua jenis akut dan kronik (senyap).

Keradangan jenis akut adalah sesuatu yang kita boleh lihat dengan mata kasar macam bengkak, kesan gigitan atau kulit kemerahan tetapi keradangan jenis kronik adalah sesuatu yang kita tidak boleh nampak kerana selalunya ia berlaku didalam badan kita. Jika satu-satu nama penyakit berakhir dengan 'itis' tak lain tak bukan sebab keradangan la tu.

Contohnya :
tendonitis - keradangan pada tendon
hepatitis - keradangan pada hati

Disini la Mr. Eicosanoids ni memainkan peranan dengan mengawal keradangan yang berlaku. Mr. Ericosanoid ni adalah hormon dan bertindak sebagai menara kawalan. Dia akan keluarkan arahan pada hormon-hormon dan enzim-enzim lain apa yang sel perlukan. Kalau ada sel yang mengalami keradangan, Mr. Eicosanoids yang akan beritahu sistem imun badan yang sel ni tengah sakit bantuan diperlukan. Gitu la ibaratnya.

Sumber eicosanoids ada dua daripada asid lemak omega-3 dan asid lemak omega-6. Jika daripada Omega-3 ia lebih kepada proses penyembuhan (anti-inflammation) dan omega-6 pula pencetus keradangan (pro-inflammation) dan kemusnahan sel. Janganlah sebab omega-6 cetuskan keradangan ingat omega-6 ni tak bagus, bukan itu maksudnya. Kat atas tadi dah terangkan keradangan adalah salah satu cara badan kita pulihkan diri tetapi apabila diluar kawalan tu yang menjadi tidak bagus.

Sebab itulah omega-3 dan omega-6 seeloknya diambil bersama supaya seimbang. Okay, macam mana omega-3 melakukan proses pemulihan, melalui saluran darah. Omega-3 akan membersihkan saluran darah kita daripada agen-agen keradangan ini. Eicosanoids akan bekerjasama dengan sistem imun badan kita untuk mengawal keradangan daripada menjadi luar kawalan. 


Insulin juga memainkan peranan didalam hal keradangan ni. Sebelum tu faham tak apa itu insulin dan fungsinya? Insulin adalah hormon yang dihasilkan oleh pankreas untuk mengawal dan seimbangan paras glukosa dalam badan. Kita perlu menjaga paras insulin kita kerana insulin yang berlebihan akan menghasilkan arachidonic acid (AA) yang akan menyebabkan keradangan kronik (silent inflammation). Insulin yang berlebihan juga akan menyebabkan kegemukkan dan sel yang berlemak akan menghasilkan pelbagai hormon yang memberikan kesan pada insulin sensitiviti dan selera makan. Badan akan jadi tidak sensitif pada insulin kerana lemak menjadi penghalang dan lemak ini dipanggil visceral fats kemudian lemak jenis ini punyai paras C-reactive protein (CRP) yang tinggi. 


CRP apa pula? CRP ini adalah biomarker untuk keradangan dan akan muncul bila ada keradangan jenis kronik dan sepatutnya akan hilang selepas keradangan itu sembuh. Jika keradangan berterusan paras CRP akan tinggi la dalam badan kita sebab kita susah hendak kesan keradangan kronik ni (silent inflammation) jadi doktor akan uji paras CRP kerana hati akan lepaskan CRP kedalam saluran darah untuk memulakan proses pemulihan keradangan. Apabila doktor sudah tahu paras CRP dalam badan kita berapa jadi mereka akan mula ujian lain pula untuk kesan dekat mana keradangan sedang berlaku. Jadi untuk mengawal dan mengelakkan berlakunya keradangan kronik ni kita perlu seimbangan eicosanoids dan insulin.

Satu lagi key players didalam hal berkaitan keradangan ni adalah Cortisol. Cortisol ini adalah hormon steroid yang dihasilkan oleh kelenjar adrenal apabila kita stress. Badan kita pun ada hasilkan steroid yer jangan memain. Jika kita sentiasa stress, keradangan kronik boleh berlaku yer jadi kena handle stress sebaik mungkin (ingatan pada diri sendiri ni). Apabila kita stress, kelenjar adrenal akan bertindak balas dengan hasilkan cortisol (hormon anti keradangan) untuk mengawal keradangan. Tetapi kita sentiasa stress dan kelenjar adrenal sentiasa hasilkan cortisol menyebabkan lebihan cortisol didalam badan, cortisol yang berlebihan akan menghalang otot dan sel daripada menyimpan glukosa. Apabila keadaan ini berlaku glukosa akan bertimbun dalam saluran darah kerana tiada siapa yang ambil, pankreas akan terus menerus hasilkan insulin sebab glukosa banyak dalam badan. 


Kalau kita sentiasa bekerja sebab kerja tak habis-habis malahan makin bertambah kita pun akan penat kan, silap-silap boleh pengsan macam tu juga dengan badan kita. Pankreas akan penat sebab hasilkan insulin tak sudah-sudah kemudian kelenjar adrenal pun terus menerus hasilkan cortisol sebab kita manjang stress tak sudah-sudah. At one point kelenjar adrenal akan penat dan stop hasilkan cortisol, tanpa cortisol badan kita tidak akan dapat halang penghasilan pro-inflammation eicosanoids.

Jadi kesimpulannya, walaupun badan kita ada cara untuk menghalang, mengawal keradangan tetapi jika kesimbangan itu penting supaya semuanya berjalan lancar. Oleh itu kita kena berusaha untuk memastikan keseimbangan eicosanoids pro-keradangan eicosanoids (daripada Omega-6) dan eicosanoids anti keradangan (daripada omega-3). Kebanyakkan keradangan kronik disebabkan ketidakseimbangan bukannya kekurangan. Kita bukan hendak halang keradangan daripada berlaku, keradangan adalah salah satu cara badan kita melakukan proses penyembuhan kena ingat tu. Aim kita adalah keseimbangan supaya tidak hilang kawalan pada keradangan yang tercetus. Kalau kita mampu kawal silent inflammation ni insya allah kita akan lebih sihat.

Ini apa yang saya faham semasa baca buku Dr. Bruce Miller, kita selalu dengar pasal keradangan sampaikan kita anggap keradangan jahat sebab bagi kita sakit tetapi sebenarnya ia adalah salah satu cara  untuk badan kita kembali sihat cuma silap kita sebab tidak kawal keradangan itu. Bagaimana untuk kawal? Antara caranya adalah handle stress wisely, makan makanan seimbang dan jangan terlalu tumpu pada satu kumpulan makanan sahaja, jika rasa nutrien harian tidak cukup ambil supplemen tetapi pastikan supplemen yang diambil juga seimbang dan bersenam.

Shaklee Lover's kita ada Omega Guard untuk sumber Omega-3 dan GLA Compleks untuk sumber Omega-6, jadi tak perlu nak gi farmasi untuk cari suplemen yang ada dua asid lemak ni. Ada banyak lagi makanan yang bertindak sebagai anti keradangan dan pro keradangan, nanti ai cerita dalam entri lain kang panjang sangat entri uolzz bosan pula.

Nanti kita sambung lagi yer, daaa



0 comment... add one now