Mahram atau Muhrim, mana satu yang betul?


TANYALAH USTAZAH TV9
7.4.2017
(Ustazah Shadiya Abbas)

MAHRAM
•••••••••••••••••
APAKAH PENGERTIAN MAHRAM?


Mahram ialah wanita yg haram dinikahi oleh lelaki atas sebab² tertentu/sesuatu yg dilarang.

Muhrim ialah individu yg berada diihram haji atau umrah.
Mahram itu ada dua:

1)Mahram selamanya..
  • Disebabkan nasaf keturunan.
  • Disebabkan susuan.
  • Disebabkan perkahwinan.
2)Mahram sementara
Disebabkan perkahwinan(ipar²)

Allah berpesan pada wanita beriman supaya menundukan pandangan,menjaga kemaluan mereka dan perhiasan mereka.

Wanita boleh bersalam pada suami,ayah,ayah mertua,,anak lekaki,anak tiri(anak suami)anak saudara lelaki(iaitu anak kepada kakak kandung)

Mahram ini sahaja yg boleh menjadi mahram kepada kita jika kita nak bermusafir.

Mahram susuan ialah cth anak saudara kita yg kita menyusukannya selama 5kali kenyang,haram berkahwin dgn anak kita sendiri(sepupunya)

ADAKAH ADIK IPAR ITU MAHRAM KITA?

Adik ipar adalah mahram sementara...

TIDAK BOLEH BERSALAM DAN TIDAK BOLEH MENAMPAKKAN PERHIASAN KITA(tak boleh buka aurat dihadapannya)

AYAH TIRI DGN ANAK TIRI PEREMPUAN...RAMAI KATA TAK BATAL WUDUK DAN ADA YG KATA BATAL WUDUK,MOHON PENJELASAN USTAZAH?

Lelaki yg berkahwin dgn seorang janda dan dah ada anak...anak itu mahram baginya dan haram dia berkahwin walaupun selepas isterinya meninggal kecuali jika lelaki itu tidak sempat bersetubuh,lelaki itu boleh berkahwin dgn anak tirinya.

MENGAPA MASIH BATAL WUDUK SUAMI DAN ISTERI WALAUPUN MEREKA ADALAH MAHRAM?

Kerana dalam Al~Quran mazhaf As~Syafie sepakat mengatakan batal wuduk suami dan isteri.

MAHRAM SEMENTARA IALAH ADIK IPAR LELAKI ATAU ABANG IPAR LELAKI...HARAM BERSALAMAN DAN HARAM MEMBUKA AURAT DIHADAPANNYA...

ADAKAH DIBOLEHKAN BERSALAM ANTARA SEPUPU LELAKI DAN SEPUPU PEREMPUAN?

Haram bersalam...dan tidak boleh buka aurat dihadapannya...

KERANA SEPUPU BOLEH BERKAHWIN...

SAYA ADA AMBIL ANAK ANGKAT LELAKI YG TELAH SAYA SUSUKAN DAN SAYA DAPAT PULA ANAK PEREMPUAN,BAGAIMANA USTAZAH?

Pastikan anak itu disusukan 5 kali kenyang.

Mereka menjadi adik beradik susuan.

ANAK ANGKAT DAN KELUARGA ANGKAT ADALAH AJNABI(MAKA KENA JAGA AURAT DAN TIDAK BOLEH BERSALAM)

ANAK ANGKAT TIDAK DIKIRA LANGSUNG SEBAGAI MAHRAM KECUALI JIKA SUDAH DISUSUKAN SELAMA 5 KALI KENYANG.

BAGAIMANA JIKA ADIK BERADIK SUSUAN BERKAHWIN KERANA MEREKA TAK TAHU MEREKA ADALAH ADIK BERADIK SUSUAN DAN BAGAIMANA STATUS PERKAHWINAN MEREKA?

Sebab mereka tak tahu mereka adik beradik susuan..ketika itu perkahwinan mereka sah(sebab tak tahu) dan sekiranya mereka sudah tahu,perkahwinan tersebut WAJIB dipisahkan.

NABI GAMBARKAN IPAR DUAI INI IBARAT MAUT ...

Nabi kata ipar duai ibarat maut kerana mereka sangat senang berlaku SUMBANG MAHRAM.

Jika kita mahu bergurau senda dgn ipar duai JANGAN sampai bertepuk tampar(sentuh kulit)

BAGAIMANA AURAT WANITA DGN LELAKI YG KURANG SIUMAN?

Tetap kena jaga aurat...

Kerana dizaman Nabi ada seorang sahabat Nabi yg buta,Nabi tetap suruh Aisyah menjaga auratnya....

BOLEHKAH BERSALAM DGN LELAKI YG SUDAH TUA?

BOLEH...

Jika lelaki itu sudah sangat lemah...dan tidak BERNAFSU LAGI..

TIDAK BOLEH KELUAR DARI BILIK AIR DALAM KEADAAN BERKEMBAN DI HADAPAN IPAR DUAI...

WAJIB MENJAGA AURAT DIHADAPAN IPAR DUAI TAPI TAK PERLU MEMAKAI SETOKIN KETIKA IPAR DUAI BERADA DIRUMAH KITA.

#InShaaAllah_Aamiin
#BiarTahuJanganKeliru


0 comment... add one now