Dekat Malaysia ni macam-macam brand produk kecantikan ada, kalau pergi kedai jamu rambang mata nak pilih yang mana satu. Macam tu juga dengan kolagen, setiap brand kecantikan tu mesti ada produk kolagen mereka sendiri. Pening lagi mana nak pilih, betul ke berkesan? Pastu kenapa harga ada yang murah ada yang mahal. Konfius dibuatnya.
Takpe kita belajar dulu pasal kolagen yer.
Sumber rujukan : Dr. Axe, Prevention.com
Apa itu kolagen?
Kolagen adalah sejenis protein yang badan kita hasilkan dan ia boleh didapati pada otot, tulang, kulit, salur darah, sistem penghadaman dan tendon. Macam yang kita tahu kolagen membantu kulit kita anjal dan lembab manakala untuk sendi-sendi pula kolagen ibarat gam yang menghubungkan setiap anggota badan kita.
Tapi kolagen akan berkurangan mengikut umur sebab itu makin kita berusia kulit kita akan mula berkedut, sendi-sendi pun mula sakit sebab kolagen sudah kurang. Seawal usia 25 tahun kolagen sudah mula berkurangan, sedih kan sedangkan masa 25 tu la waktu tengah kemuncak hidup. Masa tu belajar sudah habis, sudah mula bekerja dan sudah mula explore the world. Disebabkan kolagen sudah mula berkurangan kena lah buat sesuatu supaya kita boleh bantu badan kita tidak terlalu terkesan dengan kekurangan kolagen ini.
Nutrisi didalam kolagen.
Jangan pandang rendah kolagen ini tau, kolagen ada macam-macam nutrisi didalamnya sebab kolagen mempunyai banyak fungsi. Kolagen ada 19 asid amino (yang diperlukan dan yang boleh dikatakan tidak penting). Antara asid amino yang tidak berapa penting tu adalah arginine, glutamin , glycine dan proline. 4 asid amino paling tinggi kandungannya dalam kolagen. Proline dan glycine adalah asid amino yang tidak dapat diperolehi daripada daging haiwan. Walaupun dikatakan tidak berapa penting (non-essential) tetapi kewujudannya membawa perubahan sebenarnya. Nama jer Non-Essential tapi kalau takde mahu sakit-sakit sendi sentiasa sebab glutamin baik untuk sendi kemudian glycine diperlukan untuk membina DNA. Penting kan semua tu jadi toksah pandang sangat la nama tu.
Proline : 15% daripada kolagen adalah Proline. Proline dan Glycine membantu badan kita berfungsi dengan lancar dengan cara Proline menjaga saluran darah, sendi-sendi dan kardiovaskular.
Glycine : Glycine adalah saiz amino yang paling kecil tetapi kecil-kecil cili padi ni, kegunaan dia sangat penting. Glycine membantu membina rangkaian DNA yang sihat dan kuat. Salah satu asid amino yang membentuk creatine (diperlukan untuk menjadikan otot yang kuat dan sihat dan meningkatkan tenaga semasa bersenam). Abang-abang sado tahu lah kegunaan creatine ni.
Glutamine : Non essential tapi sangat penting. Macam mana tu pening kan. Glutamine dihasilkan oleh badan dan diperolehi daripada makanan. Ada kajian menunjukkan Glutamine membantu untuk :menghalang anxiety (keresahan), tension, insomia, kurang fokus, sistem penghadaman yang lemah, sistem imun badan yang lemah dan kurang tenaga. Menurul Amerian Journal of Clinical Nutrition, menunjukkan ada perubahan pada kesihatan mental kerana ia membantu membebaskan GABA (Gamma-aminobutyric acid) yang meningkatkan rasa ketenangan dan aman. Glutamin pada amoun yang tinggi akan menghasilkan Nitrogen yang membantu luka sembuh dan menghalang kerosakkan otot dan sendi.
Argine : Atau lebih dikenali sebagai L-arginine yang berpecah kepada nitric oxide didalam badan merupakan kandungan penting pada arteri dan kesihatan jantung.Arginine juga membantu meningkatkan pengaliran data, membantu menguatkan sistem imun dan memberi kesan positive pada libido lelaki.
Ha rasa-rasa sesuai tak nama non essential tu, tapi pasti ada sebab para saintis letak nama macam tu kan. Takpe kita teruskan dengan pembelajaran kita. Ada pendebatan tentang supplemen kolagen ni, sebab ada pendapat mengatakan kolagen yang diambil secara oral akan diuraikan oleh perut menjadi asid amino yang sangat kecil untuk kegunaan kulit.Tetapi ada kajian menunjukkan pengambilan supplemen kolagen membawa perubahan pada kulit. Camno tu? Takpe kita belajar lagi kemudian buat keputusan ikut fahaman masing-masing.
Kenapa ada pakar kulit mengatakan supplemen kolagen tidak membawa apa perubahan kerana masih ada banyak lagi kemungkinan yang menyebabkan penghasilan kolagen bertambah dalam kulit seperti retinoic acid. Namun begitu ada juga pakat kulit yang bersetuju supplemen kolagen yang diambil secara oral membawa perubahan pada kulit. Ini menunjukkan masih banyak lagi para saintis kita perlu kaji. Kita pula sila gunakan produk yang boleh dipercayai jangan main rembat jer nanti merana badan. Kalau rasa tak yakin try la buat kolagen sendiri dekat rumah, caranya rebus tulang daging atau ayam sampai keluar substance macam jelly dipermukaan air rebusan tadi. Tu la kolagen sebab kolagen kan ada pada tulang tetapi kalau lama sangat rebus kolagen tadi boleh terurai menjadi gelatin.
Selain daripada untuk kecantikkan kolagen ada banyak lagi kegunaan tahu terutamanya pada fungsi badan kita. Ada 7 kegunaan kolagen pada badan mengikut Dr. Axe.
1. Membantu meningkatkan kesihatan kulit dan rambut.
Kolagen akan berkurangan mengikut usia kesannya kita boleh nampak pada kulit yang sudah mula ada garis-garis halus. Dengan ambil kolagen kita bagi support pada badan untuk menampung kolagen yang badan hasilkan tetapi tidak berapa mencukupi bagi memastikan kulit sentiasa anjal dan licin. Ada kajian menunjukkan pengambilan collagen hydrolysate sebanyak 2.5 - 5 grams pada wanita 35 - 55 tahun setiap untuk 8 minggu, keputusannya kulit lebih anjal, lebih lembab , lebih licin dengan kesan sampingan yang sangat sedikit. Kolagen juga boleh mengurangkan strecthmark dan selulit.
2. Mengurangkan sakit sendi dan kemerosotan sendi.
Apabila kita merasa sakit pada sendi apabila bergerak itu menunjukkan kolagen makin berkurangan. Apabila kolagen berkurangan tendon dan ligames akan mula bergesel dan pergerakan juga mula makin kaku ibarat engsel yang sudah lama tidak diletak gris. Keadaan ini menyebabkan sakit, radang sendi, bengkak dan macam-macam lagi.
3. Membantu menyembuhkan Leaky Gut.
Pernah dengar Leaky Gut? Keadaan yang bahan toksin melalui saluran penghadaman kita, kolagen dapat membantu dengan cara memecahkan protein dan melegakan salur penghadaman, menyembuhkan sel pada dinding usus. Kolagen juga membantu menghubungkan tissue dan mewujudkan lapisan perlindungan "seals and heals" untuk saluran penghadaman kita. Macam yang kita tahu kebanyakkan penyakit berpunca daripada perut. Perut yang tidak sihat termasuklah perubahan pada microbiome usus dan kebolehan usus menghalang zarah-zarah terlepas keluar ke salur darah dimana ia akan menyebabkan keradangan yang dinamakan Leaky Gut Syndrome.
4. Meningkatkan metabolisme, tenaga dan otot.
Kolagen boleh membantu meningkatkan metabolisme dengan menambah jisim otot pada badan dan membantu dalam proses penukaran nutrien penting. Salah satu kegunaan Glycine adalah membantu membentuk tisu otot dengan menukar glukose menjadi tenaga yang merupakan makanan sel otot. Memelihara jisim otot adalah penting apabila meningkat usia kerana ia akan menyokong posture badan, kesihatan tulang dan membantu didalam pembakaran lemak. Vitamin C bukan sahaja membantu didalam mengalakkan penghasilan kolagen tetapi juga membantu didalam proses menukarkan kolagen kepada protein yang berguna.
5. Menguatkan rambut, gigi dan kuku.
Kalau ada masalah kuku rapuh atau rambut gugur salah satu puncanya mungkin kerana kekurangan kolagen. Jadi kalau ada masalah kuku dan rambut bukan sahaja boleh ambil Vitamin B Complex dan Zinc jer, kolagen juga boleh membantu.
6. Meningkatkan kesihatan hati.
Macam yang kita tahu hati merupakan organ perkumuhan dan hati memproses pelbagai bahan toksin yang masuk dalam badan kita sebab tu kita perlu buat detoks untuk membantu membersihkan hati daripada toksin tu semua. Kesian kat hati kerja keras kita kenalah bantu untuk kesihatan hati. Tanpa disangka kolagen membantu dalam proses detoks ni kerana dalam kolagen ada glycine kan, glycine ni yang membantu minimalkan kerosakkan pada hati semasa hati sedang sibuk memproses bahan-bahan asing yang masuk dalam badan disamping meningkatkan sistem imun badan. Bagus rupanya glycine ni kan.
7. Menjaga kesihatan jantung
Tadi bantu jaga hati sekarang bantu jaga jantung pula, wah tak sangka banyak rupanya kegunaan kolagen ini. Asid amino proline membantu arteri kita membebaskan lemak pada arteri dan mengurangkan penambahan lemak pada arteri. Proline diperlukan untuk membaiki tisu diantara sendi dan arteri disamping mengawal tekanan darah. Setiap sendi kita ada rawan yang menyerap segala hentakan macam suspension kereta tu, tu pun kegunaan kolagen juga sebab kolagen membantu kita jaga rawan tu supaya tidak haus. Jika rawan haus dan menipis itu yang buatkan kita sakit sendi sebab tulang bergesel antara satu sama lain. Satu lagi kebaikan kolagen pada jantung adalah menghalang arteriosclerosis (arteri mengeras), dengan cara jaga arteri kita daripada lemak dan pastikan arteri berfungsi seperti biasa.
Tak sangka kan begitu banyak kegunaan kolagen bukan setakat pada kulit jer. Setiap supplemen yang kita ambil kegunaannya bukan spesifik walaupun kita ambil atas tujuan yang spesifik. Macam kolagen ni la kita ambil untuk kulit tetapi pada masa yang sama kolagen membantu menjaga pelbagai aspek lain dalam badan kita. Itu antara perbezaan supplemen dengan ubat. Kegunaannya supplemen sangat general dan menyeluruh pada satu badan.
Tadi bantu jaga hati sekarang bantu jaga jantung pula, wah tak sangka banyak rupanya kegunaan kolagen ini. Asid amino proline membantu arteri kita membebaskan lemak pada arteri dan mengurangkan penambahan lemak pada arteri. Proline diperlukan untuk membaiki tisu diantara sendi dan arteri disamping mengawal tekanan darah. Setiap sendi kita ada rawan yang menyerap segala hentakan macam suspension kereta tu, tu pun kegunaan kolagen juga sebab kolagen membantu kita jaga rawan tu supaya tidak haus. Jika rawan haus dan menipis itu yang buatkan kita sakit sendi sebab tulang bergesel antara satu sama lain. Satu lagi kebaikan kolagen pada jantung adalah menghalang arteriosclerosis (arteri mengeras), dengan cara jaga arteri kita daripada lemak dan pastikan arteri berfungsi seperti biasa.
Tak sangka kan begitu banyak kegunaan kolagen bukan setakat pada kulit jer. Setiap supplemen yang kita ambil kegunaannya bukan spesifik walaupun kita ambil atas tujuan yang spesifik. Macam kolagen ni la kita ambil untuk kulit tetapi pada masa yang sama kolagen membantu menjaga pelbagai aspek lain dalam badan kita. Itu antara perbezaan supplemen dengan ubat. Kegunaannya supplemen sangat general dan menyeluruh pada satu badan.
Jadi apa yang membezakan Collagen Shaklee dengan yang lain?
Bahan utama Shaklee Collagen Powder adalah ikan merah laut dalam dan beberapa bahan lain yang berkualiti tinggi. Pemilihan ikan merah adalah kerana ia merupakan saiz yang paling halus dan membantu badan kita menyerap dengan lebih baik dan pantas. Kurang penceramaran bahan logam berat kerana Shaklee memilih sumber ikan yang terbaik dan merupakan Friend Of Sea. Oleh itu setiap ikan yang digunakan didalam produk Shaklee mendapat kebenaran dan telah dipilih secara teliti.
Kajian klinikal menunjukkan pengunaan secara kerap selama 8 minggu menunjukkan perubahan yang ketara pada mereka yang mengambilnya. Namun daripada testimoni para pelanggan ada yang mengatakan seawal 5 sachet Shaklee Collagen Powder mereka sudah merasakan perubahan positif pada kulit. Seperti kulit lembut dan sihat, lebih lembap dan lebih licin.
Disebabkan ada banyak produk kolagen di pasaran sekarang sila berhati dan jadilah pengguna bijak. Sumber kolagen memang banyak sebab itu ada produk kolagen yang murah dan mahal bergantung pada sumber yang mereka gunakan. Tetapi proses pembuatan dan sumber kolagen itu sendiri memainkan peranan besar sama ada selamat atau tidak untuk digunakan pada masa yang panjang.
Jadilah pengguna bijak dan jangan biarkan kerana mahu cantik dengan mudah kesihatan dan nyawa jadi taruhan.