7 Tips Pengurusan Masa Untuk Suri Rumah, Time Management Is Everything.
Ayu ZalieSekolah sudah hampir 2 minggu dibuka tapi my time management memang kelaut, hancur segala plan yang dibuat. Anak-anak yang kesekolah ibu yang kepenatan, apa yang dirancang tak semuanya jadi banyak yang kelaut. Bila dapat Me Time after a few years yearning for it tetiba semua timing jadi off, aduh kelakar betul. Cadang nak masak awal supaya nanti tak terkejar-kejar semasa hendak ambil anak dari sekolah tapi mesti start masak lambat gak ada jer something came up yang menyebabkan start masak lambat.
Kalau dah mula masak lambat mula kelam kabut semua benda jadi tak kena, dapur jadi haru biru dibuatnya. Kemudian lepas ambil anak-anak balik dah penat, lagi-lagi sekarang ni musim panas rasa macam baru balik sauna jer. Tapi bukan boleh nak rehat dah, hendak uruskan sekolah petang pula, nak tengok adik-adik buat kerja sekolah dorang lagi bila dah settle hantar along sekolah petang.
Disebabkan kesedaran sudah muncul cubalahcarik tips for time management yang boleh apply, kali ni kena serius kalau tidak jawabnya sampai ke hujung tahun la hidup kucar kacir macam ni sebab terbiasa dan akhirnya jadi rutin. Antara tips yang rasanya boleh diguna pakai untuk kehidupan as housewife ni :
1. Buat plan harian
Walaupun housewife tetapi kita tetap sibuk kan, terutama hari anak sekolah. Catitkan target nak hantar anak pukul berapa, apa bekal untuk mereka hari? mula masak pukul berapa? masak lauk apa? Buat detail pun takper untuk diri sendiri jugak bukan orang lain pun. Kalau boleh letakkan masa untuk setiap item dalam plan kita tu.
2. Organizer
Sekarang zaman teknologi kan boleh download apps to do list, organizer, calendar yang membantu kita keep track plan yang kita buat mula-mula tadi. Ada orang suka usung kemana-mana planner dia, tak per silakan tak der siapa nak marah tetapi bagi yang tak mahu usung planner pastikan ada apps yang bantu kita keep track items dalam plan harian kita. Apabila sudah selesai setiap tasks atau items dalam plan harian kita tick atau remark untuk tunjukkan task sudah selesai.
3. Belajar katakan 'Tidak!"
Hahaha ini memang kena usaha lebih sikit terutama orang kaki tengok tv cam aku ni. Jarang dapat peluang tengok TV kalau anak-anak ada dekat rumah tapi bila dapat peluang mulalah tak ingat diri. Jadi kalau rasa-rasa ada gangguan yang tidak penting mula mengacau plan harian kita sila katakan TIDAK!. Macam orang yang suka tengok drama korean macam aku ni sila masukkan dalam plan harian bila masa yang sesuai untuk tengok drama kesukaan dan tengok pada waktu tu jer lepas tu kena kuat sebab drama korea ni kadang-kadang berhantu lebih-lebih lagi kalau cerita tu dah complete, nanti mulalah satu episode lagi lah bila dah habis satu lagi lah last-last habis masa dekat situ jer. Ini pengalaman sebenar hehehe.
4. Cuba selesaikan task/item dalam plan harian awal daripada sepatutnya.
Kita cuba bersaing dengan diri sendiri, kalau kita target masak 2 jam siap semua. Kita cuba selesai segalanya dalam masa 1.5 jam atau kurang lagi. Masa yang lebih tu nanti boleh guna untuk benda lain sebab kadang kala benda adhoc selalu muncul tanpa diundang kalau jadi suri rumah ni. Walaupun kebanyakkan tasks kami adalah rutin macam masak, basuh baju, kemas rumah etc tetapi selalunya ada jer adhoc tasks in between contohnya tetiba en.suami telefon minta tolong cari barang, takpun tiba-tiba kena pergi kedai sebab bahan masak tak cukup, ada orang datang rumah, ada orang telefon tetiba bergayut lama pula, macam-macam benda yang tetiba. Apabila ada task yang kita dah siap awal daripada sepatutnya kemudian muncul adhoc tasks pula kita takkan kelam kabut sebab ada waktu kecemasan.
5. FOKUS
Ini amatlah penting, sudah buat plan harian kena lah ikut. Walaupun kita akan improvise plan tersebut from time to time tetapi jangan lari daripada plan asal. Kita ikut selagi mampu. Jangan ambil kisah sangat benda-benda yang buang masa ni contohnya tengah masak tengok sekejab FB kemudian dah ralit tengok news feed lepas satu satu kita tengok. Jangan, sila katakan TIDAK!. Tengok mana yang penting jer yang lain boleh tunggu lepas siap task yang sedang buat tu. Disiplin kan diri sendiri, dah besarkan.
6. Prioritize
Semasa buat plan harian sila tentukan masa yang penting mana yang tidak, jika tidak kita yang akan pening sebab semuanya hendak buat. Mana-mana yang boleh multitasking sila multitasking, orang perempuan memang dilahirkan hebat dalam multitasking hahahaha jadi gunakan kelebihan yang Allah bagi tu sebaiknya.
7. Ada masa senggang
Semasa buat plan harian jangan terlalu padat atau terlalu unrealistic. Berikan masa untuk diri sendiri kalau tidak memang korang takkan ikut la plan yang dah buat tu. Semasa buat plan memang rasa seronok tetapi semasa hendak buat akan rasa menyampah jadi jangan buat plan yang memakan diri sendiri. Plan harian biarlah realistic, flexible dan mampu dibuat tanpa stressing out ourselves. Plan yang boleh improvise time to time and managable.
Cukup kut 7 Tips ni dulu, kita cuba sama-sama yer. Dah tak sanggup rasanya masa terbuang gitu jer, cukuplah 2 minggu ni. Selepas ni kena pastikan setiap minit dilalui dengan baik kerana masa itu emas. Untuk mengelakkan kepenatan memang ambil (Vita Lea, Vitamin C, Vitamin B Complex dan ESP setiap hari) kalau tidak susah nak jadi supermak sebab energy low.
Tips Tambahan :
Bagi muslimin muslimat sekalian sila solat diawal waktu dan mengaji kerana apabila kita sediakan masa untuk Allah, Allah akan permudahkan hari kita dan kita akan rasa waktu kita digunakan dengan berbaloi serta tenang sepanjang hari.
0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →