Side Income Perlu Atau Tidak?

Side Income Perlu Atau Tidak?

Soalan yang jawapannya tidak ada yang betul atau salah. Bergantung pada pandangan masing-masing. Sila tanya pada diri kita sendiri adakah kita perlukan side income? Kenapa kita perlukan side income?

Tidak dinafikan taraf hidup sekarang makin tinggi, gaji kerja hakiki 4 angka pun belum tentu dapat menampung hidup kita dengan selesa. Tetapi apakah definasi selesa pada seseorang individu tersebut? Mungkin jika sudah dapat bayar bil-bil, makan seadanya, beli pakaian seadanya, ada duit untuk hiburan dan sedikit simpanan bagi mereka sudah selesa. Mungkin ada yang merasakan sekiranya masih mampu menjelaskan segala bil utilitis dan cukup makan sudah selesa baginya. Mungkin yang ada mahukan lebih daripada yang mereka ada sekarang baru mereka rasa selesa. Pelbagai definasi mengikut keperluan dan kehidupan seseorang individu.

Jika definasi selesa bagi anda memerlukan side income jadi silalah cari side income. Jika merasakan tidak perlu side income kerana apa yang ada sekarang sudah memadai tidak perlu side income. As simple as that. Jangan kerana menjadi trend semua orang mencari side income dengan berniaga online, buat dropshit, buat produk sendiri kita pun ikut sama dek kerana trend. Buat side income dengan ada tujuan yang jelas kerana ia membantu kita fokus dan konsisten. Kalau hanya kerana ikut-ikutan memang tak lama la side income tu jadinya.

Mencari side income yang sesuai juga adalah perlu. Jika ada kerja hakiki silalah cari side income yang flexible kerana keberkatan kerja hakiki perlu dijaga kerana kita mahukan rezeki yang halal dan berkat. Jangan terlalu taksub dengan tawaran-tawaran side income yang menjanjikan pulangan wang dengan segera dan mudah kerana tidak ada apa yang mudah dan percuma didalam dunia ini. Semuanya memerlukan usaha dan pengorbanan. Cari side income yang sesuai dan selamat.

Buat perancangan dengan teliti supaya kerja-kerja side income tidak menggangu kerja hakiki dan juga qualiti hidup. Jika sudah berumah tangga pastikan side income tidak menjejaskan institusi kekeluargaan kerana tidak guna ada banyak duit jika keluarga tidak bersatu hati dan kurang kasih sayang. Ramai juga yang berhenti kerja hakiki kerana pendapatan side income mereka melebihi kerja hakiki dan side income mereka sudah stabil. JIka bekerja daripada rumah akan lebih rapat dengan ahli keluarga. Anak-anak gembira dan isteri/suami juga gembira. 

Untuk para isteri jika mahu buat side income sila dapatkan restu sang suami. Untuk para suami jika buat side income jangan terlampau taksub sehingga mengabaikan keluarga. Untuk para muda belia yang buat side income semasa belajar jangan sehingga mengabaikan pelajaran. Cari duit untuk keselesaan hidup bukannya menyebabkan hidup menjadi kucar kacir.


Bermacam-macam side income boleh kita buat antaranya MLM, Dropship, Hartanah, berniaga online, jual makanan, jual kraf tangan dan macam-macam lagilah mengikut kreativiti dan skill masing-masing. Nak buat side income hati kena kental dan semangat kena kuat kerana side income memang akan membuatkan kita kerja lebih masa. Tetapi fikirkan manisnya apabila dapat menjana pendapatan yang kita mahukan daripada side income. Perasaan itu memang sukar digambarkan, seronok tidak terkata.

Jadi sebelum nak buat side income sila tanya diri sendiri dulu, perlukah side income? kenapa perlu buat side income? side income apa yang sesuai? sudah bersedia hendak buat side income? 

Selamat ber'side income' hehehe jangan terkejut jika ada yang menjadi jutawan dengan hanya buat side income. Semuanya atas usaha yang tidak kenal erti putus asa. 

Ingin jadikan Shaklee career kedua korang boleh hubungi saya.




0 comment... add one now