7 Tips bercuti Dengan Anak Kecil


Antara banyak2 short trip yg ayah buat..kenanfan dekat Deerland dekat Kuala Gandah jugak selalu teringat. Anak2 memang suka binatang (budak mana yg tak kan) jadi kegemaran dorang la pergi tempat2 mcm ni. Lagi2 boleh bagi makan macam ni.


Antara tempat fav dorang kalau pergi berjalan Taman burung dekat Melaka (yg burung bebas dan kita boleh bagi makan) lupa la nama tempat tu, Deerland dan Kuala Gandah tempat bagi gajah makan. Habis makanan mintak belikan lagi sebab tak puas bagi makan. Sampai menangis tak nak balik tang menangis tu yg selalunya spoil mood tu.

Antara tips tuk bawak anak2 kecik berjalan :

1. Sebelum tidur semasa dorang mamai bisikkan dekat telinga minta esok mereka behave, having fun, dengar cakap, tak mo nangis n so on la. Minta juga mereka jadi anak yang baik yg soleh dan yang beriman. Waktu mamai tu adalah waktu terbaik sbb minda separa sedar merekod apa yg kita cakap dan itu yg meresap dalam jiwa dorang
2. Pastikan dorang kenyang, pakai baju yang selesa dan bawak la apa2 makanan dan minuman sebagai bekal. Bawa baju spare jgn lupa sbb anak2 faham sendirilah kalau dah leka main.


3. Banyakkan bersabar kerana anak2 kalau dah excited dorang akan lupa segala apa yg kita pesan. Kalau kata jgn berlari itulah yg akan selalu dorang buat.
4. Sebelum turun kereta ingat dorang tentang bahaya supaya mereka tak leka (walaupun dorang ingat kejab jer).
5. Selalunya sebelum berjalan saya akan buat solat hajat minta perjalanan kami diberkati, selamat dan dijauhi daripada benda2 buruk yg dtg daripada manusia dan anasir lain, anak2 having fun, kami diberikan kesabaran dan ketenangan.
6. Saya akan bawak sebotol besar air Performance Drink (isotonik tanpa karbonat keluaran shaklee) sbb konfem masing2 akan haus dan penat pastu mulalah xder selera nak makan.

7. Last but not least, bawa ubat-ubatan atau 1st aid sebab malang tak berbau jadi kena bersedia. Bawa yang simple jer macam yellow lotion tuk luka, minyak cap kapak, panadol, minyak gamat, Herbal Blend, Basic H kalau ada 1st aid dalam kereta lagi bagus. Herbal Blend memang saya sentiasa bawa kemana sahaja dan Basic H letak dalam travel botol untuk mudah bawa.


Tahun ni anak2 dah mula sekolah jadi susah skit la nak buat short trip waktu weekdays. Lepas ni kena plan la trip xleh la lagi buat style main redah hehehe.

0 comment... add one now