Goblin : The Lonely And Great God Hampir Berakhir Part 2


22 January 2017

Drama korea Goblin : The Lonely and Great God sudah pun berakhir. 2 episode back to back sangat memuaskan hati, episode yang buatkan hati penonton penuh dengan emosi kerana sekejab sedih, sekejab gembira, sekejab sweet, sekejab geram semuanya ada. Puas hati la kena tunggu seminggu untuk 3 episode terakhir ni walaupun ada part yang closure kurang jelas. Ok jom kita recap and review episode 15 dan 16.

Baca sini : - Goblin : The Lonely And Great God Hampir Berakhir Part 1

Karakter yang paling memeranjatkan adalah Kim Sun @ Sunny. Tersangat tabah la Queen of Goryeo ni, dia sama macam Grim Reaper iaitu ingat segala kejadian selepas Kim Shin pergi setelah pedang dicabut seperti Grim Reaper @ Wang Yeo. Ingatan Wang Yeo tidak dipadam atas permintaan Lady In Red kepada Almighty atas alasan supaya ada orang yang ingat kisah cinta Kim Shin dengan Eun Tak. Ingatan Kim Sun tidak dipadamkan kerana Kim Sun membebel dekat Almighty tentang ketidakadilan kerana dia yang berhak tentukan hidup dia sendiri bukan orang lain, Almighty yang semasa itu masuk kedalam badan budak lelaki yang selalu datang ke kedai berjumpa dengan Eun Tak. Macam kelakar pun ada Almighty kena bebel dengan Kim Sun tapi betulla dia tak adil kut. Kim Shin sudah cukup terseksa kut kenapa tambah lagi dengan padamkan ingatan Eun Tak. Eun Tak sampai dapat depression sebab terlalu sedih tetapi tidak tahu apa punca. Sampai jumpa psikiatrik cik kak tu.


ayuhsihat.blogspot.com
Kim Sin menahan sedih setelah berjumpa Wang Yeo setelah sekian lama dan pasti yang Wang Yeo ingat segalanya seperti dia.
ayuhsihat.blogspot.com
Surat selamat tinggal pada Wang Yeo yang Kim Sun hantar pada rancangan radio Eun Tak membuatkan semua orang tahu yang Kim Sun sebenarnya ingat segalanya.
Namun apa pun, Kim Sun sangat tabah, dia hadapi hidupnya seorang diri, dia sunyi, dia rindukan Wang Yeo, dia rindukan abangnya Kim Shin tetapi dia tidak boleh pergi kepada mereka. Kim Shin sudah tiada, Eun Tak tidak ingat apa-apa dan dia masih marahkan Wang Yeo. Walaupun mereka berjumpa tetapi Kim Sun berpura-pura seperti tidak kenal, pedihnya hati tengok. Dia berpura-pura untuk mengelakkan Wang Yeo tahu dan Wang Yeo tidak boleh pergi pada Kim Sun kerana dia adalah Grim Reaper. Mereka berdua memendam rasa tersangatlah lama, setia antara satu sama lain. Nasib baik pengakhiran mereka baik kalau tidak memang kesian. Miserable couple. Kim Sun berharap mereka berdua akan berjumpa lagi di kehidupan yang akan datang dan hidup bahagia. Kim Sun bawa diri jauh daripada semua orang yang dia kenal dan sayang. 


ayuhsihat.blogspot.com
Wang Yeo terserempak dengan Sunny, rindu tapi tak boleh buat apa-apa.
                 
ayuhsihat.blogspot.com
Sunny menangis kerana rindukan Wang Yeo
ayuhsihat.blogspot.com
Act like stranger eventho they love each other
Ok, what happen in Canada? jeng jeng jeng.
Kim Shin cuba menahan diri daripada pergi ke Canada tetapi tak berjaya hahaha mana boleh tahan sebab bertahun kut dia ingatkan Eun Tak, sekarang dah depan mata mana boleh lepaskan. Akhirnya dia pergi juga ke Canada dan terserempak dengan Eun Tak betul-betul depan pintu yang mereka gunakan semasa pertama kali datang ke Canada dulu. Semasa Eun Tak berjalan seorang di Canada ada seorang wanita berumur yang jual rantai di tepi jalan menegur Eun Tak. Wanita cam rantai yang Eun Tak pakai kerana dia yang buat rantai tersebut atas permintaan seorang lelaki 10 tahun lepas dan dia bertanya sama ada Eun Tak hidup bahagia dengan lelaki tersebut kerana perkataan pada rantai itu bermaksud match in heaven. Ji Eun Tak makin keliru kerana dia masih tidak dapat lagi ingat apa yang berlaku di Canada 10 tahun lalu. Disebabkan dia mahukan jawapan dia ajak Kim Shin keluar makan dan mereka pergi ke restaurant yang Kim Shin serta Eun Tak pergi bersama masa dahulu. Kim Shin tidak dapat menahan dirinya daripada tersenyum gembira apabila sedar yang dia lah orang yang Eun Tak jumpa macam dalam imbasan masa depan yang dia nampak dulu dan dia sentiasa cemburu dengan lelaki tersebut. Aduh kelakar betul cemburu dengan diri sendiri. 


ayuhsihat.blogspot.com
Kim Shin tersenyum gembira setelah mengetahui dia lah lelaki yang Eun Tak jumpa dalam imbasan masa depan Eun Tak.

ayuhsihat.blogspot.com
Tersangat gembira sampai tak boleh berhenti senyum.
Kim Shin sekarang lebih direct daripada dulu kerana dia dengan selamba beritahu Eun Tak yang dia mahu jumpa esok dan juga di Korea selepas Eun Tak pulang. Eun Tak tentulah suka sebab once again she fell for the charming goblin. Bagaimana Eun Tak ingat semula? Eun Tak melihat risalah Quebec dan ternampak perkuburan diatas bukit dan nampak flash ingatan dia pernah berada disana. Eun Tak bergegas kesana dan nampak gambar Kim Shin disalah satu kubur disana. Eun Tak makin keliru kerana Kim Shin tahu yang dia pada masa dahulu boleh melihat hantu. Eun Tak bertanya pada Kim Shin adakah 10 tahun dahulu mereka pernah datang ke Quebec bersama-sama? Eun Tak menangis marah kerana Kim Shin tidak menjawab soalannya. Kim Shin terlepas cakap pada Eun Tak buatkan cik kak tu makin keliru. Eun Tak berjalan-jalan seorang diri sambil cuba ingat semula apa yang berlaku 10 tahun dahulu. Tanpa disangka tiba-tiba ingatannya datang balik selepas melihat daun maple, wow magic kan. Segala memori Eun Tak dengan Kim Shin datang kembali dan Eun Tak berlari mencari Kim Shin. Eun Tak jumpa lilin dengan segera tiup sebab dia sudah ingat bagaimana nak panggil Kim Shin datang padanya macam dulu. Ironinya lilin tu depan kedai yang mereka masuk 10 tahun dahulu. Yeay Kim Shin dan Eun Tak sudah kembali bersama, finally.


ayuhsihat.blogspot.com
The reunion
ayuhsihat.blogspot.com
Akhirnya Eun Tak ingat semula.
ayuhsihat.blogspot.com
Rindu.....
ayuhsihat.blogspot.com
I miss you so much...i love you so much...
Bermulalah adegan sweet antara mereka, akhirnya gembira juga. Mereka kembali ke Korea dan start dating, so sweet. Eun Tak kembali bubly macam dahulu sebab ingatannya sudah kembali dan dia boleh rasa gembira lagi. Dahulu semasa hujan Eun Tak pasti rasa sedih dan menangis tanpa sebab sampaikan dia pun hairan apa sebenarnya berlaku, Sekarang setelah ingatannya kembali, semuanya masuk akal. 

Deok Hwa masih belum ingat sepenuhnya tetapi dia tahu yang Kim Shin adalah Goblin dan Wang Yeo adalah Grim Reaper. Deok Hwa masih lagi seperti dahulu masih tidak kisah tentang dunia sekelilingnya dan macam biasa En. Kim masih setia tunggu Deok Hwa matang serta menemankan Deok Hwa selamanya. Ini salah satu closure yang kurang faham, apa jadi pada Deok Hwa akhirnya? Sebab ada scene En. Kim sebagai orang tua tetapi Deok Hwa tiada pun ker tak perasan. Nanti tengok balik episode 16 untuk confirmkan.


ayuhsihat.blogspot.com
Deok Hwa yang masoh belum matang dan En. Kim yang sabar jaga Deok Hwa selepas kematian datuknya
Disebabkan sudah perit berpisah, Kim Shin melamar Eun Tak kemudian macam biasalah bila Goblin happy pokok bunga yang tiada sehelai daun pun boleh ada berbunga lebat. Scene yang sangat sweet dan cantik. Drama korea mana boleh tak cantik, kena cantik itu trademark mereka. Eun Tak dan Kim Shin berkahwin dekat ladang buckwheat tempat yang sepatutnya Eun Tak cabut pedang dulu. Mereka gembira, nampak sangat bahagia (gila pandai berlakon kalau betul-betul kahwin ok jugak macam sepadan jer tapi Kim Go Eun dah ada boyfriend. What a shame). Namun kebahagiaan couple ni tak lama, memang dengki kan. baru jer hendak happy.
ayuhsihat.blogspot.com
The proposal                             

ayuhsihat.blogspot.com
Bunga mekar kerana goblin gembira

ayuhsihat.blogspot.com
I will be this lonely and beautiful man bride for a long time...
ayuhsihat.blogspot.com
The wedding

ayuhsihat.blogspot.com
Happiness
Eun Tak mati dalam kemalangan, dia korbankan dirinya untuk selamatkan satu van budak sekolah tadika kemudian lagi menyayatkan hati Eun Tak sedang on the phone dengan Kim Shin. Tidak!!! Kenapa kesian sangat takdir dorang ni? Lagi lagi sakit hati Grim Reaper yang bertugas adalah Wang Yeo. Kim Shin jumpa Eun Tak di rumah teh Wang Yeo dan menangis semahunya, baru hendak bahagia jadi macam ni pula. Tetapi Eun Tak minta Kim Shin tunggu dia sebab dia akan dilahirkan semula dan cari Kim Shin. Alahai tinggal Kim Shin seorang lagi. Mereka berpisah di rumah teh. Kim Shin teruskan hidup dengan merindui Eun Tak dan masih serumah dengan Wang Yeo. Aduhai kesiannya dua orang ini, kesunyian dan kesorangan kehilangan orang yang mereka cintai. Selepas 30tahun berlalu (lama gila 30 tahun tu kenapa tak 20 tahun ke 25 tahun ke), Wan Yeo akhirnya dapat tugasan terakhir dan selepas tugasan ini dia boleh dilahirkan semula kerana hukumannya sudah berakhir (masa ni satu jer yang terlintas dalam fikiran ai kesian Kim Shin. Semua orang tinggalkan dia macam dulu).


ayuhsihat.blogspot.com
Dont leave me...

ayuhsihat.blogspot.com
I will come to you..wait for me...

ayuhsihat.blogspot.com
I will wait for you, please come
Sekali lagi takdir memainkan peranan (pandai penulis skrip ni mainkan perasaan orang), kad terakhir yang Wang Yeo adalah kad Kim Sun. Kim Sun yang menghilangkan diri daripada Wang Yeo, Kim Shin dan Eun Tak. Mereka berjumpa semula di rumah teh, sebelum Wang Yeo pergi bertugas sempat dia berpesan pada Kim Shin supaya datang ke rumah teh. Sempatlah Kim Shin ucapkan selamat tinggal pada adiknya dan melihat mereka berdua (Wang Yeo dan Kim Sun) berjalan berdua ke alam lain. Again, Kim Shin left alone by everyone. Dia masih menanti Eun Tak datang mencarinya semula. Sungguh heartbreaking keadaan ini. Akhirnya Kim Shin kembali ke Quebec tetapi sebelum itu dia terserempak dengan Wang Yeo dan Kim Sun (ini agak keliru sebab tadi sudah 30 tahun sebelum Kim Sun mati, kemudian berapa tahun lagi Kim Shin tinggal seorang diri sebelum Kim Sun dan Wang Yeo dilahirkan semula sebab Mr. Kim masih ada. Konfius konfius) tetapi yang pastinya mereka berdua akhirnya dapat kebahagiaan mereka.


ayuhsihat.blogspot.com
Berjalan berdua ke alam lain. Hidup mereka untuk kali ini sudah berakhir, akan dilahirkan semula

ayuhsihat.blogspot.com
Farewell my sister and my friend

ayuhsihat.blogspot.com
Everybody have left me my sister, my friend and my bride.

ayuhsihat.blogspot.com
Sudah dilahirkan semula dan hidup bahagia

ayuhsihat.blogspot.com
Sudah dapat bercinta dengan bebas

Di Quebec Kim Shin meneruskan penantiannya, huhuhu sedihnya. Tetapi akhirnya Goblin Bride munculkan diri. Eun Tak kembali pada Kim Shin pada umur 19tahun sama umur semasa mereka ke Quebec buat kali pertama. Akhirnya Kim Shin tidak lagi keseorangan sebab the one and only his bride and lover already come back. The End.


ayuhsihat.blogspot.com
Menanti kedatangan cinta hatinya dengan sabar

ayuhsihat.blogspot.com
Hi love, here i am

ayuhsihat.blogspot.com
welcome back love
Tak perlu fikir panjang sebab Kim Shin masih lagi Goblin yang immortal dan Eun Tak masih lagi manusia macam mana mereka hendak bersama selamanya. Nama pun cerita fantasy so bila sudah ending begitu cukup sudah. Tidak perlu fikir yang lain. Kesimpulan yang boleh dibuat Eun Tak masih ada 3 kelahiran semula dan dia pernah beritahu Kim Sun yang dia harap dia sekarang berada di kelahiran pertama supaya dia boleh berjumpa dengan KIm Shin di kelahiran kedua hingga kelahiran keempat. Jadi Eun Tak akan sentiasa berjumpa Kim Shin sehingga kelahiran keempat Eun Tak selepas itu mungkin mereka boleh hidup bersama di alam lain. This is fantasy so you can imagine whatever you want. 

Lakonan Gong Yoo, Kim Go Eun, Lee Dong Wook dan Im Yoo Na memang terbaik kerana emosi yang perlu disampaikan dapat kami yang tengok ni rasa kalau tidak manakan ada yang bengkak mata menangis. Kalau baca komen-komen dalam You Tube apabila TvN ataupun Drama Fever upload scene-scene pilihan semuanya mengaku yang mereka dapat rasakan apa yang pelakon cuba sampaikan. Kim Shin dan Eun Tak cukup sweet bersama walaupun dengan hanya pandang antara satu sama lain pun sudah dapat rasa kasih sayang antara mereka. Kim Sun dan Wang Yeo pun sama, kesedihan yang mereka tanggung disebabkan tidak boleh bersama, sedihnya. 

Drama ini memang sudah masuk list my favourite drama. Masa episode awal seronok tengok bromance antara Kim Shin dan Wang Yeo, macam budak-budak tetapi itu yang buatkan mereka rapat. Eun Tak yang nakal dan Kim Shin yang malu-malu kucing. Sweet, kelakar, heartbreaking, romance semuanya cukup dalam drama ni.

Gambar-gambar yang ai screenshot daripada episode 15 dan 16.


1st meeting

jika dapat tangkap daun maple yang jatuh, akan jatuh cinta dengan orang yang jalan bersama-sama dengannya

I am so happy because i am the man in the future

love letter from Goblin Bride's to dearest Goblin before wedding

The departure

The heartbreak

I will always love you

I hope we will meet again

Console each other

ayuhsihat.blogspot.com
After wedding

Why you must leave again?

ayuhsihat.blogspot.com
I miss you so much

The alley that we walked together once

I found you

Selepas ni mula follow cerita lain pula namun drama ini confirm akan diulang tayang banyak kali sebelum dapat move on. Macam biasalah drama-drama dulu pun macam tu jugak.

Cerita yang baru ikut :

1. Voice
    Setiap hari Sabtu dan Ahad

2. Tomorrow With You
    Setiap hari Jumaat dan Sabtu

3. Introverted Boss
    Setiap hari Isnin dan Selasa

4. Defendant
    Setiap hari Isnin dan Selasa

Ok bye. Until we meet again. Nanti bila ai rajin nanti ai update lagi pasal korean drama yer. Sentiasa tengok cuma tak menulis jer.






0 comment... add one now