Setiap orang ada impian kan? Tak kira la kecik atau besar, sama ada short term atau long term yang pasti mesti ada sesuatu yang kita mahukan dan sesuatu itu kadang kala tidak semudah ABC dan memerlukan duit. As usual money doesn't promise you happiness but you need money to get happy. Cliche but true.
My have my bucket list and for now holiday with my family is at the top of the list. So faham-faham jer lah kalau cakap nak holiday dengan family, ongkos nya perlu mantap. Salah satu cara untuk capai impian tu adalah menabung. Menabung ni pun ada caranya supaya ia lebih sistematik dan yang paling penting si penabung ni kena disiplin.
Pernah dengar sistem 6 Jars daripada T Harv Eker? Ai baru kenal dia ni, T Harv Eker ni penulis buku Secrets of the Millionaire Mind dan seorang penceramah tentang kewangan. Mengikut T Harv Eker :
" The Habit is more important than the amount".Maksudnya, kena jadikan menyimpan itu sebagai habit tak kiralah berapa pun amaunnya. 6 Jars sistem terbahagi kepada :
1. NEC (necessity) - simpanan untuk barangan keperluan seperti belanja harian, bil2 dan anak-anak.
2. EDU (education) - simpanan untuk beli buku, kelas (yang ini untuk diri sendiri tau, jangan berhenti belajar)
3. LTSS (long term saving for spending) - simpanan untuk sesuatu yang perlukan duit yang banyak macam nak beli rumah, tukar kereta atau macam ai ni nak travel dengan family.
4. FFA (financial freedom) - simpanan untuk hari tua.
5. PLAY (leisure) - simpanan untuk sesuatu yang kita suka, mcm tengok wayang, shopping, makan luar, hobby etc.
6. GIVE (charity) - simpanan untuk kebajikan dan sedekah.
Tapi dalam iReach kami diajar tambah satu lagi tabung iaitu :
7. PARENTS (Ibu Bapa) - duit untuk ibu ayah, jadikan ini habit untuk berikan parents kita duit belanja tak dapat banyak sikit pun jadi. Tak ingat apa nama Ustaz tapi kata-kata ni yang ai pegang semasa ada duit gaji dulu "jadikan habit beri duit pada ibu bapa itu kewajipan atau komitmen macam kita bayar kereta atau rumah, kalau bulan ni tertunggak bulan depan bayar double". Percayalah memang duit kita akan lebih berkat dan hati kita pun akan lapang dan tenang.
Pecahan 7 jars ni :
NEC 50%
EDU 5%
LTSS 10%
FFA 5%
PLAY 10%
GIVE 10%
PARENTS 10%
Jadi setiap duit yang kita dapat cuba kita bahagikan mengikut peratusan ni. Walaupun bulan tu kita hanya dapat sedikit tetapi buat juga jadikan habit. Memula kita hanya dapat simpan sedikit nanti lama-lama ia akan bertambah, macam kata pepatah "sikit-sikit lama-lama jadi bukit". Kalau pecahan tu hanya 10sen masukkan jugak dalam tabung, daripada takde masuk langsung kan. Jika sudah menjadi habit setiap kali dapat duit kita akan menyimpan.
Lagipun takkan selamanya kita nak simpan 10sen jer dalam tabung-tabung tu kan, mestilah nak simpan lebih-lebih lagi tuk tabung LTSS dan FFA. Seeloknya buat tabung daripada bekas yang lutsinar supaya kita nampak duit tu bertambah, ia akan jadi motivasi pada kita. Jujur cakap ai belum cukup 7 jars ni tapi never to late to start. Jom kita mulakan dari sekarang.
Nak cari tabung...nak cari tabung...