10 Diet Paling Top Tahun 2016 (Google kata)



Disebabkan baru masuk tahun baru, cuba kita tengok apa google kata Diet yang paling popular tahun lepas. Diet ini ada macam-macam jenis tau, ai pun baru tahu sebab selama ni duk tahu Diet Atkins, Diet Dukan kemudian beberapa jenis diet tapi tak sure apa nama dia. Rupanya ada banyak jenis lagi yang popular dikalangan mereka yang ingin menguruskan badan. No beauty without pain. Nak cantik punya pasal semua sanggup buat. Tapi kan ada diet tak berapa sesuai diamalkan untuk jangka masa yang panjang sebabnya akan membuatkan badan kita kekurangan certain nutrien penting. Jadi agak pentingla sebelum mula ikut sesuatu plan diet kaji dulu dan bertanya pada yang pakar supaya tidak menyusahkan hidup dikemudian hari.

Ok jom kita tengok apa kata google tentang Diet Yang Paling Popular Tahun 2016.

sumber :

The Top 10 Diets of 2016 According to Google

Kita mula dengan yang paling top la yer.

1. GOLO

Diet yang paling ramai orang cari dekat Google. GOLO ni yang saya faham adalah plan diet yang mengawal insulin dalam badan kerana insulin adalah hormon yang mengawal penyerapan glukosa dan memberi kesan pada metabolisme kita. Untuk plan diet ni mereka ada supplemen dan meal plan yang perlu diikut. GOLO's Metabolic Fuel Matrix (ini nama meal plan) yang menjanjikan penurunan berat badan dan GOLO Release supplement (ini nama supplement dan menurut info ia telah dipaten) yang dikatakan membantu mengawal insulin pada tahap optimum.

Nampak macam menarik kan tetapi bila tengok review ada yang tidak berapa menyokong kerana bagi mereka tidak ada bukti yang cukup untuk menunjukkan program ini berkesan. Ini ada 2 website yang buat review pasal GOLO ni, boleh baca dan buat justifikasi sendiri.

1. GOLO Reviews

2. This Was the Top-Searched Diet of 2016 (and Chances Are You've Never Heard of It)

Ini antara yang top review dekat google semasa search pasal GOLO diet. Rasanya program ni takde dekat Malaysia tetapi just untuk korang tahu jer lah.

2. Diet Taco

Wah diet makan taco jer best ni tetapi bukan sebarang taco jer yer hanya taco vegan sahaja. Amacam rasa kecewa. Nama lain adalah The Taco Cleanse dicipta oleh Wes Allison, Stephanie Bogdanich, Molly R. Frisinger and Jessica Morris. Mereka yang buat resepi untuk diet taco dan program ini berlangsung untuk 30 hari. Daripada apa yang ai baca, taco diet ni macam detox jugak sebab aim utama adalah cleanse atau kata lain adalah detox. Boleh search jika nak laman web rasmi dia, ai tak nak paste sini sebab ada section bila klik google keluarkan warning pada data protection jadi tak nak paste nanti takut korang jadi mangsa lak.

Siapa yang beli buku Taco Diet ini akan dapat buku dan dalam buku tersebut ada 75 resepi taco. Siapa peminat taco bolehlah cuba.

Ini ada 2 laman web yang buat review pasal Taco Diet.

1. The Taco Cleanse Diet Book – Tortilla-Based Diet
2. The Taco Cleanse Everyone’s Been Talking About Isn’t Real, To World’s Dismay

3. Military Diet.

Tengok nama pun dah seram, ala-ala tentera apa ni. Diet yang menjanjikan akan hilang 10 pound dalam satu masa. 3 hari jer diet tetapi sangat strict dan perlukan kekuatan mental yer. Kalori intake yang dibenarkan adalah 1100 ke 1400 sehari selama 3 hari. Pergh mencabar sangat mencabar, selepas 3 hari makan lah ikut suka tetapi pastikan berat itu. Memang diet yang mencabar tetapi program ni macam sama jer dengan diet yang kawal intake kalori cuma nama jer berbeza. Diet ini hanya menyekat kalori dan tiada penggunaan sebarang supplemen.

Website rasmi : Military Diet

1. The Military Diet Review
2. My Review of the Military Diet

4. Atkins 40

Diet ni pula pada dasarnya mengawal intake makanan kerana siap boleh makan apa yang mahu.Diet ini bermula dengan 40 gram Net Carb karbohidrat sehari. Net Carb mewakili jumlah kandungan karbohidrat dalam makanan tolak alkohol kandungan serat dan gula (jika ada pada produk). Bilangan Net Carb mencerminkan gram karbohidrat yang ketara memberi kesan kepada tahap gula dalam darah anda dan oleh itu adalah satu-satunya karbohidrat anda perlu mengira apabila anda melakukan Atkins.Diet Atkins 40 ini berikan sedikit kelonggaran pada pengikut diet Atkins kerana ia bermula dengan 40 grams karbohidrat berbanding Atkins 20.

Ini website rasmi : Atkins 40 : The Easy Low Card Diet

Beberapa reviews :

1. Atkins Diet Plan Review

2. Why Am I Not Losing Weight on Atkins 40?

5. Diet Ketogenic.

Diet ni rendah karbohidrat dan tinggi lemak, diet tinggi lemak ini biasanya rawatan bagi epilepsi. Ia mengelirukan badan dengan memasuki mode kebuluran iaitu "ia membakar lemak bukan karbohidrat sebagai bahan bakar". Proses ini dipanggil ketosis . Ada kajian menunjukkan diet ketogenic ini berpotensi untuk meningkat kesihatan jantung dan membaiki paras kolestrol HDL.

Wah kalau tengok review diet ni ramai sudah yang berjaya turunkan berat badan. Selalunya diet yang rendah karbo ini memerlukan semangat yang tinggi. Bukan senang nak tahan lapar, badan rasa penat dan mood juga akan macam ribut taufan unperdictatble. Tetapi dalam website rasmi dorang ada nyatakan golongan yang tidak sesuai buat diet ni :

1. Pesakit diebetis
2. Pesakit Tekanan Darah Tinggi
3. Ibu yang menyusu

Ini wesite rasmi : A Ketogenic Diet for Beginner

Beberapa reviews :

1. The Keto Diet Is Gaining Popularity, but Is It Safe?
2. Ketosis Diet Review - Does This Diet System Work?

6. Dissociated Diet
Dicipta oleh  Dr. William Howard Hay pada tahun 1911 dan lebih dikenali sebagai Hay Diet. DIcipta kerana Dr. William sakit dan dia mengambil keputusan untuk menjaga pemakanan beliau. Selepas itu kesihatan beliau meningkat dan sejak itu beliau membuat kajian dan terciptalah Hay Diet. Diet ini ada 5 peraturan asas :

1. Tidak boleh makan karbohidrat bersama protin atau buah yang bersifat asid in dalam satu hidangan.
2. Buah, sayur dan salad perlu dmakan sebagai sebahagian daripada prinsipal diet.
3. Protein, kanji dan lemak perlu dimakan didalam kuantiti yang terhad.
4. Makan bijiran penuh dan elakkan makanan yang diproses dan ditapis seperti gula putih, tepung dan margerin.
5. Setiap waktu makan perlu dijarakkan selama 4 jam.

Mengikut diet ini kita perlu asingkan pengambilan protin dan karbohidrat kerana mengikut diet ini jika diambil bersama lemak yang mudah disimpan. Namun begitu mengikut kajian International Journal Of Obesity, Dissociated Diet kurang bukti saintifik dan diet ini tidak berkesan untuk mengurangkan lemak.


Related: International Journal of Obesity -- Similar weight loss with low-energy food combining or balanced diets

Boleh baca tentang Dissociated Diet atau Hay Diet Disini

Beberapa reviews :
1. Dissociated Diet Review
2. Has Anyone Tried Dissociated Diet?

7.Wild Diet

Diet yang berasaskan fokus kepada makanan yang tidak diproses dan elakkan makanan yang diproses tetapi keju, mentega dan juga coklat dibenarkan. Diet ini tidak mengira kalori. elakkan semua makanan yang diproses. Dengan kata lain makan lah hehehe best diet ni, makan makanan yang semulajadi dan elakkan makanan yang diproses.

Nak tahu lebih lanjut tentang Wild Diet klik Disini

Beberapa reviews :
1. Why The Wild Diet Works?
2. The Wild Diet Review

8 PIZZA DIET

Antara diet yang sedap hahaha. Diet ini meletop selepas seorang cef daripada New York iaitu Cef Pasquale Cozzolino berjaga menurunkan berat badan sebanyak 100 pounds dengan hanya makan pizza setiap hari. Tapi ingat yer pizza yang dia makan bukan pizza yang kita order on the phone tetapi homemade pizza yang segala dibuat sendiri. Sos tomato buat sendiri daripada tomato asli bukan daripada tin, doh pizza pula tidak menggunakan mentega atau lemak. Dengan kata lainnya makan secara sihat kalau buat diet pizza guna pizza delivery tu memang tak turun la berat badan malahan bertambah-tambah.

9. Dukan Diet
Diet yang popular di Eropah malahan Duchess of Cambridge Kate Middleton buat, dicipta oleh Dr. Pierre Dukan dan diet ini rendah karbohidrat tetapi tinggi protin. Diet Dukan ada 4 fasa iaitu Attack, Cruise, Consolidation dan Stabilisation. 

Laman rasmi Dukan Diet boleh klik Disin

Beberapa review untuk Dukan Diet ;
1. The Dukan Diet
2. The Dukan Diet Reviews : Does it work?

10. Mono Diet
Ini salah satu extreme diet dan pada pendapat saya sangat tidak berkhasiat dan akan membuatkan badan kita kekurangan zat. Ini kerana hanya pilih satu makanan pilihan sahaja. Penn Jilette seorang komedian hanya hidup dengan makan kentang selama 2 minggu memang dia turun badan dengan banyaknya tetapi badan tidak sihat kerana diet tidak seimbang.


Ok itu sahaja 10 Diet paling popular pada tahun lepas. Sila lah pilih diet yang sesuai, tidak ada kesan sampingan, Pilih diet yang seimbang dan tidak merosakkan badan kerana kita dilahirkan sebagai seorang yang bijak.




3 comments.. read them below or add one

Unknown Unknown 19 September, 2017
I think giving a try for Military Diet is worth as the results are quick with out any physical efforts.
weight loss weight loss 10 Julai, 2019
infowars super male vitality ingredients super male vitality angry and horny top male performance & vitality info wars super male vitality review male energy & vitality from gnc super male vitality dr group where to get super male vitality super male vitality render max 4 men max vitality male enhancement treatment demonstration lubezilla.comvs super male vitality Customers need to take two holders step by step to reveal a change inside the body. It doesn't ought to be taken quickly before sex since the universally useful is to get more help at any given moment. As a result of the significant number of fixings that help to assemble circulatory system to the genital part, it upgrades your sexual prosperity. How Does Vitality RX Work?
http://www.cureidea.com/vitality-male-enhancement/
Lily Lily 04 Januari, 2020
Wow, thats surely exquisite to recognize the fact and I am positive you will also love my article written here how many calories in an apple approximately Hope so you will love to provide me a go-to.