Goblin : The Lonely And Great God Hampir Berakhir Part 1


21 January 2017

Akhirnya setelah seminggu menanti apa yang jadi Kim Shin (Goblin/Dokebi) selepas pedang dicabut daripadanya. Watching the 14 episode at 3.30 am hahaha. Hero kembali YES tetapi itu bukan pengakhiran memang penulis skrip cerita dan producer cerita ni pandai mainkan perasaan penonton sesuailah dengan reputasinya sebagai penulis skrip dan producer bagi drama-drama yang top sebelum ini. Okay, sekarang sedikit recap dan review tentang episode 14.

Kim Shin KEMBALI setelah diseksa selama 9 tahun di tempat yang tiada hidupan langsung hanya salji semata-mata. Kenapa buat Kim Shin macam tu? Kesian dia? Selepas pedang dicabut ingatkan dia akan tenang sekurang-kurangnya tetapi dicampak ke gurun tanpa sesiapa pula. Kenapa kejam sangat? Tanpa disangka Kim Shin bawa bersama kontrak antara dia dan Eun Tak semasa percubaan pertama mencabut pedang di ladang buckwheat dulu. Rasa macam hendak pecah hati ini tengok penyeksaan Kim Shin, sudahlah kena berpisah dengan cinta hati kemudian diseksa digurun pula tanpa sesiapa dengan memori yang mereka ada. Wah sangat memilukan hati. Tak adil sangat bukan salah dia pun, yang beri pedang untuk bunuh ramai orang Wang Yeo kemudian jadi Goblin/Dokebi jadi immortal selama 900 lebih tahun jumpa cinta hati tapi dipaksa mati lepas tu kena campak dekat gurun sendirian. Owhhhh sakit sedih.

Selepas pemergian Kim Shin, Almighty padamkan semua ingatan mereka yang mengenali Kim Shin atas sebab ihsan supaya mereka boleh hidup dengan aman. Aman la sangat kan. Kim Shin terseksa, Eun Tak alami depression tanpa tahu apa sebab sekurang-kurangnya Deok Hwa hidup gembira. Kim Sun nampak macam gembira tetapi rasanya dia masih rasa sunyi dan keliru macam mula-mula sebelum dia jumpa Grim Reaper. Grim Reaper seorang yang masih ada ingatannya dan hanya dia yang ingat segala-galanya tentang cerita Kim Shin, Eun Tak, Kim Sun dan Deok Hwa. Selepas Kim Shin pergi Eun Tak dengan segera tulis nota dalam bukunya supaya ingat tentang Kim Shin, jangan lupakan Kim Shin seorang lelaki tinggi dengan senyuman yang sedih. Jangan lupakan Kim Shin kerana dia adalah pengantinnya. 

9 tahun berlalu, Eun Tak berjaya menjadi producer radio macam impiannya tetapi dia rasa sunyi dan sedih. She having depression. Eun Tak tak tahu apa sebabnya, bagaimana ia bermula, dia sering bertanya apa yang dia lupa? siapa yang dia lupa? apa yang sebenarnya terjadi? Rantai yang dia pakai siapa yang beri, adakah ibunya yang beri? Kesian tau, Eun Tak sebatang kara kemudian rasa sedih tanpa sebab sentiasa hadir. Semasa harijadinya yang ke 29, Eun Tak buat permintaan dan tanpa disangka Kim Shin dengar suara Eun Tak di gurun. Selepas Eun Tak tiup lilin Kim Shin muncul semula di alam nyata. Kim Shin kembali sebagai Goblin juga. Pertemuan semula yang ditunggu tetapi Eun Tak tidak kenal Kim Shin dan Kim Shin berasa sangat gembira dan sedih pada masa yang sama. Kesian Kim Shin, kembali tetapi tiada siapa yang kenal. Kim Shin cari Deok Hwa tetapi Deok Hwa tidak ingat kemudian jumpa Wang Yeo (Grim Reaper) yang pada mulanya Kim Shin juga sangka tidak mengingatinya. Tetapi tanpa dia sangka Wang Yeo masih ada ingatan tentang Kim Shin. Wang Yeo la tempat Kim Shin bergantung sekarang.

Eun Tak masih tidak tahu yang dia boleh panggil Kim Shin dengan hanya meniup lilin. Sejak itu setiap kali Eun Tak tiup lilin Kim Shin akan muncul tetapi sedihnya Eun Tak tak ingat Kim Shin. Semasa di cafe ayat Kim Shin "Kesini kerana ada orang panggil tetapi orang itu tidak mengenalinya". Bayangkan orang yang kita sayang depan mata tetapi orang tu tak ingat siapa kita. Eun Tak setiap kali jumpa Kim Shin, dia akan menangis tanpa sebab alahai kesiannya. Tetapi lama kelaman Eun Tak mula rasa senang dengan Kim Shin. kali ni Kim Shin yang kejar Eun Tak. Kim Shin lebih direct berbanding dulu yang malu-malu kucing. Surat yang Eun Tak hantar daripada Hotel Quebec tiba setelah 10 tahun, lagi lah Eun Tak rasa keliru. Jadi dia ambil keputusan ke Canada untuk cuba cari apa sebenarnya yang berlaku. Macam biasa Kim Shin akan ikut, mana boleh tinggalkan Eun Tak pergi sorang-sorang tempat kenangan mereka tu. 

Wang Yeo masih lagi sayang pada Kim Sun dan Kim Sun pun rasanya masih ada perasaan yang dia sedang menanti seseorang. Wang Yeo dapat semula jawatannya sebagai Grim Reaper selepas kena suspended sebab gunakan kuasa untuk kepentingan peribadi. Namun selama itulah dia tidak cari Kim Sun hanya melihat dari jauh. Pasangan ni sedih jugak, harapnya ada pengakhiran yang baik.

End of episode 14. Kita tunggu bagaimana Eun Tak dengan Kim Shin dekat Canada malam ni, episode 15 dan finale akan disiarkan back to back. Tengok preview episode 15 macam Kim Shin dan Eun Tak gembira dan Eun Tak ingat semula Kim Shin semasa di Canada selepas tengok daun mapel. TETAPI lepas tu TVN boleh pula keluarkan video clip yang Kim Shin menangis bagai nak rak semasa peluk Eun Tak. Eun Tak minta maaf pada Kim Shin di Rumah Teh Grim Reaper. Lepas tu scene Eun Tak keluar pintu yang roh daripada Rumah Teh lalu untuk ke alam lain.Apa ni? Arghhh baru nak rasa happy sebab Kim Shin dan Eun Tak kembali happy tetiba ada scena Eun Tak kena langgar lori pula. Oh tidak!!! Nak bagi adil yer aritu Eun Tak sedih sebab Kim Shin mati sekarang ni Kim Shin pula sedih sebab Eun Tak mati. Apa ni? Apa ni?

Kita tunggu malam ni macam mana yer. Jangan la akhir sedih macam Scarlet Heart sampai sekarang bengang tak sudah lagi. Tolong la jangan macam tu lagi, ini cerita fantasi kut so kalau ending tak realistic pun apa orang kisah kan.

Untuk streaming boleh tengok dekat Dream Fever atau Viki tetapi Goblin Malaysia tak termasuk dalam list tanyangan tetapi banyak lagi website yang bermurah hati share drama Goblin ni macam Kissasian ataupun Boxasian. Kena rajin google.

Boleh klik sini kalau mahu lihat drama Goblin melalui Kissasian - Drama Goblin: The Lonely and The Great

Nak tengok video klip scene-scene yang menarik boleh klik sini - Drama Fever You Tube Channel

Nak dengar OST Goblin boleh klik sini - Guardian OST

Salah satu scene yang dapat highest rating :
Dorang berdua ni sangat cute, tak perlu skinship lebih-lebih. Cara dorang pandang each other pun dah buat kita rasa diawang-awangan. So sweet






Kita jumpa esok.
Part 2 akan update esok lepas episode 15 dan finale.
Cross finger supaya happy ending.



2 comments.. read them below or add one

Shafizah Man Shafizah Man 21 Januari, 2017
Part Scarlet Heart tu memang kecewa sangat la, sakit hati kenapa jadi gitu, harap2 ada la season 2 pula.hehe
Ayu Zalie Ayu Zalie 21 Januari, 2017
kannn..sampai sekarang kut sakit hati tak hilang hhehe