Dalam entri saya yang lepas ada beritahu yang kolesterol ini pembunuh senyap jadi kita perlu menjaga pemakanan dan gaya hidup kita. Penyakit jantung dan strok berpunca daripada kolesterol tinggi jadi jangan ambil mudah dan kita harus kawal kolesterol kita. Jika kita tidak mahu bergantung pada ubat kita boleh mengawal menggunakan cara semulajadi. Mengikut Dr. Zubaidi ada empat bahan semulajadi yang boleh digunakan untuk mengawal kolesterol secara semulajadi iaitu oat dan barli, Psyllium Husk, minyak ikan Omega-3 dan Phytosterols. Apa benda tu?
Oat seperti yang kita tahu boleh merendahkan kolesterol kerana ia mengandungi serat larut nama beta glucan macam dalam iklan Quaker Oat tu kolesterol diserap oleh oat. Rajin-rajin la makan oat sebagai sarapan, tak boleh telan oat semata letaklah buah-buahan citrus supaya selera terbuka. Kalau mahu sihat telan saja lah. Barli juga ada serat larut bukan sahaja elok untuk kurangkan panas badan jika minum air rebusan barli tetapi makan barli dapat mengurangkan kolesterol.
Psyllium Husk pernah dengar, saya dulu ambil Psyllium Husk untuk kurus sebab psyllium ini serat yang mengembang macam selasih bila terkena air. Dulu saya ambil Psyllium Husk bersama-sama Apple Cider, sekarang baru saya tahu yang Psyllium Husk juga bagus untuk kawalan kolesterol selepas abah saya minta untuk saya belikan untuknya. Memula abah minta saya belikan untuk dia kawal berat badan setelah abah disahkan ada diebetes selepas itu abah beritahu yang Psyllium Husk bagus untuk kolesterol juga. Ha cantik sangat la tu kan, 2 dalam 1 punya khasiat. Macam mana rupa Psyllium Husk ni? Ada gambar dekat bawah
Phytosterols berasal daripada tumbuhan, sebatian didalam tumbuhan yang menyerupai kolesterol didalam badan apabila kita ambil ia akan menghalang kolesterol daripada diserap oleh badan. Makanan yang kaya dengan phytosterols adalah salad, sayuran hijau, minyak sayuran dan bijiran penuh. Makanan soya juga dapat membantu mengurangkan tahap kolesterol.
Mengikut Mayo Clinic kolesterol tinggi tidak mempunyai simptom satu-satunya cara untuk mengesannya adalah melalui ujian darah (ingat kolesterol adalah pembunuh senyap). Jika kita mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai darah tinggi, sakit jantung atau penyakit yang berkaitan selalunya buat ujian darah bagi memastikan tahap kolesterol kita didalam keadaan terkawal.
Mencegah lebih baik dari merawat, marilah kita bersama-sama menjaga kesihatan yang dikurniakan Allah ini. Terima Kasih Kerana Membaca.
Sumber :
Kawal Kolesterol Tanpa Ubat
Phytosterols : Stenols and Stanols
Food Highest in Phytosterols
Kawal Kolesterol Tinggi