Lecithin Shaklee Untuk Apa? Bukan Untuk Kuruskan Badan Sahaja Ker?





Betul ker lecithin bukan tuk kurus? Lecithin kan dalam set kuruskan badan? Ada kegunaan lain yer?
Betul la napa tak percaya? Percaya la ini kebenaran bukan tipu...

Lecithin Shaklee memang sinonim dengan Set Kurus Shaklee untuk membantu jelitawan diluar sana bertambah jelita untuk suami dan untuk keyakinan sendiri tetapi percayalah Lecithin Shaklee ada banyak lagi kegunaan lain. Sebelum tu pengenalan sedikit tentang Lecithin Shaklee ini, ia diperbuat daripada soya organik Non-GMO (Genetik Modified Organisms) jadi jangan risau. Setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya, 80mg kolin dan 48mg inositol.

Ok, kegunaan lecithin yang kita tahu untuk kurus macam mana lecithin bantu untuk kurus? Dengan cara memecahkan kolesterol dan lemak, lecithin akan mengelmusikan lemak, kolesterol dan trigliserid dalam badan. Dengan kata lain lecithin sebagai pembersih salur darah, pengambilannya akan membantu mempercepatkan pembakaran lemak sebab tu kecithin membantu dalam usaha murni jelitawan semua untuk kurus. Ada faham? :D

Sekarang saya nak cerita kelebihan lain Lecithin pula selain daripada bantu membakar lemak. Hati organ paling besar dalam badan kita dan sebagai organ perkumuhan fungsi lecithin pada hati adalah melindungi hati kita. Melindungi daripada berlaku enapan lemak pada hati, sirosis hati (gejala hati rosak dan berparut) dan hati berlemak disamping membantu pemulihan hati. Lecithin juga membantu jelitawan semua bertambah jelita dengan melembabkan dan menghaluskan kulit serta melambatkan penuaan. Ha best tak? best kan, dah la dapat slim dapat kulit cantik lagi bonus bertingkek-tingkek.


Sudah mula teruja mari sambung lagi, kegunaan lecithin yang lain adalah untuk mereka yang ada elergi kerana lecithin menghalang platlet darah dari mengaktifkan tisu gegelang didalam darah dalam bahasa melayunnya menghalang daripada elergi terjadi. Tahu tak yang 90% batu karang terjadi daripada kolesterol, disebabkan lecithin mengemulsikan kolesterol jadi secara tidak langsung kejadian batu karang dapat dielakkan. Kelebihan lecithin yang ini antara yang paling best, meningkatkan daya ingatan dan meringankan stress. Bukan B Complex jer boleh untuk stress lecithin pun boleh.Bagaimana? Lecithin ada kolin, kolin akan membentuk penghantar pada saraf kranial yang mempertingkatkan kuasa pembelajaran, memperbaiki daya ingatan, menghalang Alzheimer (belum dapat dibuktikan tetapi mungkin ini salah satu jalan daripada menghalangnya) dan meringankan stress.


Kelebihan lecithin yang lain adalah menghalang tekanan darah tinggi dan mengalakkan peredaran darah kerana lecithin kan pembersih salur darah. Bagi sang pria lecithin dapat memperbaiki prostat lelaki. Masalah prostat dan urethra lelaki dapat dibaiki dengan pengambilan lecithin yang banyak (seeloknya dengan nasihat doktor la) tetapi penemuan ini telah disahkan oleh kajian. Selain Ostematrix bagus untuk masalah sembelit, lecithin juga boleh membantu masalah ini kerana ia melembutkan najis serta melembabkan usus serta meleraikan toksin dalam usus secara tidak langsung memberikan kita usus yang sihat. Usus yang sihat tu penting untuk penyerapan nutrien yang optimum.

Ha, terpegun begitu banyak kegunaan lecithin. Ada satu lagi kegunaan lecithin yang ini khas untuk ibu-ibu yang menyusukan anak, jika ibu-ibu mengalami bengkak susu lecithin boleh membantu melegakan. Lecithin akan melegakan duktus susu yang tersumbat itu. Bacaan lebih lanjut disini : Lecithin treatment for recurrent plugged ducts

Ok kesimpulan kegunaan Lecithin :
  • Untuk lindungi hati 
  • Untuk pembakaran lemak 
  • Membantu mengatasi masalah elergi 
  • Meningkatkan daya ingatan 
  • Meringankan stress 
  • Membantu membaiki masalah prostat 
  • Untuk kulit yang cantik 
  • Melegakan bengkak susu 
  • Membantu mengatasi masalah sembelit 
  • Menghalang tekanan darah tinggi 
  • Mengatasi masalah batu karang 
Macam saya beritahu diawal tadi Lecithin Shaklee diperbuat daripada soya non-GMO jadi tidak perlu risau tentang kesan sampingan kerana Shaklee sentiasa semulajadi sentiasa selamat dan sentiasa berkesan. Namun begitu jika jelitawan serta pria jaguhan semua ada masalah kesihatan sila rujuk pada doktor dahulu sebelum ambil lecitthin sebagai langkah berjaga-jaga, jangan fikir yang bukan-bukan. Untuk langkah berjaga-jaga kerana tidak tahu tindak balas lecithin dengan ubat hospital.

Tidak salah menjaga kesihatan daripada sekarang, mencegah lebih baik daripada merawat. Jika berminat boleh hubungi saya, insya allah saya akan membantu sedaya upaya.



0 comment... add one now