Keputihan Antara Musuh Ketat Sang Wanita, Kenali Punca masalah dan cara Pencegahannya



Keputihan memang tak lepas daripada kaum wanita cuma yang membezakan setiap wanita adalah banyak atau sedikit. Apabila ia banyak, berwarna gelap dan mula berbau itu yang meresahkan kerana ia akan menimbulkan rasa gatal serta bau yang tidak menyenangkan. Lendiran yang normal sepatutnya berwarna putih atau krim, tidak berbau hanyir serta tidak menyebabkan kegatalan pada alat sulit. Apabila hampir haid, waktu ovulasi, menyusu badan dan ketika melakukan hubungan intim lendiran ini akan bertambah banyak dan itu adalah normal selagi tidak berbau dan gatal.

Menurut Majalah Rapi ada 5 faktor keputihan yang tidak normal :
1. Jangkitan fungal (Chlamydia)
2. Jangkitan parasit ( trichomas vaginalis)
3. Penyakit kelamin (Gonnorhea, Syphlis, Bacterial vaginosis
4. Menggunakan bubble bath, douches atau pembersih dengan pewangi
5. Menggunakan antiboitik, steriod atau pil perancang.

Secara semulajadinya ada bakteria pada bahagian faraj wanita dan ia amat berguna kerana mengekalkan pH bahagian tersebut anta 3.4 - 4.6 (keadaan berasid). Keadaan ini boleh melindungi alat sulit wanita daripada jangkitan kuman. Macam bakteria baik dalam perut pula kan. Hehe jom sambung belajar lagi.Macam mana kita hendak tentukan yang lendiran keputihan itu normal atau tidak. Kita lihat daripada sifat, warna, jumlah yang dikeluarkan, petanda lain dan kekerapan.


 Kadang kala kita ambil ringan dengan pencuci alat sulit, pencuci yang tidak sesuai juga boleh menyebabkan berlaku jangkitan kuman. Jadi jangan ambil mudah, jangan guna sabun mandi atau guna pencuci yang ada pewangi. Hormon tidak seimbang juga membawa kepada masalah keputihan seperti semasa hamil hormon estrogen membuat kulat senang melekat pada faraj, stress, pil perancang dan antibiotik menyumbang kearah ketidak stabilan hormon. Apabila masalah ini timbul perlu segera berjumpa doktor puan untuk mendapatkan nasihat. Keputihan walaupun nampak seperti tidak merbahaya tetapi tetap merbahaya. Punca masalah keputihan kebanyakkan berasal daripada jangkitan bakteria kerana permukaan alat sulit sesuai untuk bakteria. Faktor kesihatan juga boleh menjadi penyebab punca masalah keputihan seperti mereka yang ada penyakit diabetes dan mereka yang kurang daya tahan melawan penyakit seperti penghidap kanser dan leukimia.




































Daripada info-info yang telah saya tulis diatas kesimpulannya adalah penting menjaga alat sulit kita dengan baik supaya tidak mudah dijangkiti bakteria yang menjadi punca masalah keputihan. Antara cara lain untuk mencegah penyakit keputihan adalah :

1. Pastikan alat sulit sentiasa kering dan bersih.
2. Elak menggunakan pencuci alat sulit yang tidak sesuai, jika penggunaannya mula membuatkan rasa tidak selesa hentikan penggunaanya.
3. Semasa didatangi teman baik wanita (haid) sila merajinkan diri menukar pad.
4. Guna panty liner bila perlu sahaja.
5. Jangan gunakan seluar dalam yang ketat ataupun dibuat daripada satin.
6. Elakkan guna bedak, minyak wangi pada alat sulit.
7. Elakkan guna ubat terlalu lama tanpa nasihat doktor.
 8. Kawal gula,jangan makan makanan yang tinggi gula.
9.Sila amalkan gaya hidup yang sihat, elakkan seks rambang.
10. Selepas hubungan seks sila basuh alat sulit dengan air yang bersih serta buang air kecil.
11. Jika ada kelainan pada lendiran sila berjumpa doktor untuk rawatan.

Senang kan hendak ikut, tidak ada langkah pencegahan yang susah semua senang belaka. Punca masalah keputihan boleh dirawat tetapi buat apa rawat kalau boleh dicegah.Antara produk Shaklee yang dapat membantu masalah keputihan ini seperti Vivix, Alfalfa Complex, Garlic Complex, GLA Complex dan Vitamin C. Bagaimana?

Vivix - meningkatkan imun badan
Alfalfa Complex - bertindak sebagai antikulat
Garlic Complex - antibiotik semulajadi dan membunuh kuman.
GLA Complex : berkesan sebagai antikulat
Vitamin C - membantu menguatkan sistem imun badan
B Complex - kekurangan B Complex boleh menyebabkan infeksi pada rahim.

Insya Allah kita bersusaha Tuhan yang menentukan. Terima kasih kerana membaca.


0 comment... add one now