Kesan Jerebu Terhadap Manusia Dan Langkah Mengatasinya

kesan jerebu


Jerebu 2015 masih menghantui walaupun bacaan IPU tidak setinggi dulu tetapi jerebu ada masa tebal ada masa kurang. Sekarang musim hujan sudah mula tiba dan setiap petang sudah mulai hujan di Kuala Lumpur menyebabkan jerebu makin berkurangan. Yeay takde la sesak sangat hendak bernafas. Walaupun jerebu makin berkurangan tetapi kesan jerebu itu masih dapat dirasai setiap hari contohnya sesak nafas, mata pedih dan berair, sakit dada dan kerap bersin. Bagi yang sering berada di luar rumah kesan jerebu lagi kerap dirasai, muka gatal-gatal kalau tidak pakai mask kerongkong gatal dan asyik batuk. Kesan jerebu terhadap manusia walaupun kita nampak macam remeh seperti bersin, mata pedih jika dibiarkan pasti melarat menjadi lebih serius. Itu kesan jerebu kepada mereka yang tidak mempunyai penyakit penafasan seperti asma, bayangkan jika pesakit asma terdedah pada jerebu dan kesannya menjadi 2 kali ganda bahaya daripada mereka yang normal. Jangan ambil mudah kesan jerebu terhadap manusia, keadaan jerebu di negara kita tidak seteruk di Indonesia sehingga perlu membeli tong gas oksigen di rumah. Namun begitu jangan ambil mudah kesan jerebu dan kita perlu tahu langkah mengatasinya.

Jom saya cerita perihal jerebu supaya kita lebih faham apa itu jerebu? Jerebu adalah keadaan di mana kualiti udara yang tidak baik dengan kehadiran partikel (opalescent) di atmosfera yang akan mengurangkan jarak penglihatan.Ia disebabkan oleh pencampuran konsentrasi bahan pencemar udara yang tinggi yang dilepaskan merata-rata dan menyerap sinaran matahari di atmosfera. Antara bahan utama pencemaran semasa jerebu adalah bahan pertikel yang berukuran kurang dari 10 mm/m3 diameter, ozon, gas karbon monoksida, gas nitrogen dioksida dan sulfur dioksida. (Sumber : Jerebu & Kesihatan). Macam-macam gas berbahaya ada didalam jerebu kerana itu kita mudah sakit apabila terdedah kepada jerebu. Waktu inilah sistem imun badan kita akan teruji, jika selama ini kita ingat kita sihat walafiat tetapi apabila jerebu dengan mudah kita mendapat demam, selsema dan sesak nafas. Apakah maksudnya itu? Itu tandanya sistem badan kita belum cukup kuat untuk melawan penyakit.

Golongan yang berisiko semasa jerebu dan mudah terkesan dengan jerebu adalah kanak-kanak, warga emas, perokok, mereka yang nature of work di luar, pesakit asma, pesakit jantung, pesakit bronkitis, mereka yang mempunyai alahan dan mereka yang mempunyai masalah paru-paru. Kesan jerebu terhadap mereka sangat bahaya. Antara tips kesihatan atau langkah mengatasi kesan jerebu ini adalah :
  1. Kurangkan masa di luar rumah
  2. Sila pakai mask ketika keluar rumah
  3. Banyakkan minum air putih (sekurang-kurangnya 2 liter)
  4. Kurangkan merokok
  5. Dapatkan nasihat doktor jika ada tanda-tanda
  6. Basuh muka dan tangan setelah melakukan aktiviti diluar (mandi terus lagi bagus)
  7. Mempunyai bekalan ubat yang cukup bagi golongan berisiko
  8. Mengambil ubat mengikut nasihat doktor
  9. Bagi golongan berisiko jika keadaan jerebu ditempat anda sangat tidak sihat dinasihati bercuti atau pergi kekawasan yang keadaan jerebu adalah terkawal untuk mengelakkan masalah kesihatan yang kronik.
  10. Gunakan penghawa dingin semasa memandu supaya suhu badan terkawal dan tidak perlu buka tingkap bagi mengelakkan hidu asap jerebu.
  11. Ambil Vitamin C ataupun supplemen bagi menguatkan sistem imun badan.
Bagi saya yang surirumah ini, tingkap saya tutup hanya buka ketika hendak masak supaya asap jerebu tidak masuk dengan banyaknya kedalam rumah. Apa guna duduk dirumah jika asap jerebu masuk rumah kan? Saya memang mengambil Shaklee sejak dulu lagi sudah hampir 5 tahun alhamdulillah sistem imun ok tidak mudah sakit dan jika sakit saya terima dengan redha sebab itu tanda Allah sayang saya kerana sakit itu nikmat yang tidak disangka.Supplemen bukan ubat magic supaya tidak jatuh sakit hanya pencegahan kerana mencegah lebih elok dari merawat. Anak-anak saya berikan Vitalea Kids yang baru diformulasikan oleh Shaklee sebelum ini saya beri Vitamin C dan Scot Emulsion sekarang bertukar pada Vitalea Kids pula. Alhamdulillah sepanjang musim jerebu ini kesihatan mereka tidak berapa terjejas, kalau kena pun cepat sembuh. Semalam anak yang sulung kena selsema alhamdulillah hari ini sudah cergas semula walau nampak selsema masih ada tetapi tidak seteruk semalam.

Ada beberapa produk Shaklee yang dapat mengukuhkan sistem pertahanan badan kita supaya dapat melawan penyakit sesuai dengan keadaan berjerbu sekarang. Antara produk-produk tersebut adalah Nutriferon, Sustained Released Vitamin C, Vivix, Garlic Complex, Omega Guard, Zinc Complex dan Performance Drink.


1. Meningkatkan sistem penghadaman dan fungsi jantung kerana kandungan spearmintnya.
2. Meningkatkan sistem imun badan secara semulajadi.
3. Antibiotik semulajadi dan selamat digunakan untuk jangka masa panjang.
4. Meningkatkan sistem pertahanan badan didalam melawan alergi seperti sinus,hidung sensitif dan selsema.

Bacaan Lanjut : Oh Bawang Putih Walaupun Kau Busuk Tetapi...
1. Mengukuhkan sistem imun didalam masa 3 hari
2. Mengaktifkan hemoglobin bagi melawan sel-sel tumor dan kanser
3. Melindungi dari Influenza
4. Meringankan stress dan kelesuan


Bacaan Lanjut : Kuatkan Imuniti Badan Dengan Nutriferon Shaklee
  1. Meningkatan sistem imun dan menyihatkan paru-paru. Memperbaiki alahan kulit, psoriasis, demam hay, bronkitis, lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus) dan penyakit buah pinggang.
  2. Menentang kanser kerana kajian ada menyatakan omega-3 boleh mencegah kanser paru-paru, payudara, prostat dan kolon.
  3. Merangsang kesihatan hati selepas pembedahan dan membantu pankreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih efektif.
  4. Mencegah arthritis, memelihara fungsi-fungsi sendi dan gout dengan efektif.
Bacaan Lanjut : Omega Guard Shaklee : Minyak Ikan Terbaik Dunia

  1. Antioksidan yang bagus dan kuat
  2. Melindungi jantung
  3. Memperbaiki Arthritis
 Bacaan lanjut : 5 Kebaikan Vitamin E Yang Tidak Ada Kena Mengena Dengan Kecantikan Kulit 

1. Menyokong sistem imun badan.
2. Menyokong sistem sendi-sendi.
3. Merangsang kesihatan yang baik.
4. Membekalkan anti oksidan bagi melawan radikal bebas.


 Bacaan Lanjut : Shaklee Vivix : Mahal Tapi Berbaloi

1. Kuatkan imun badan
2. Mempercepatkan proses luka sembuh
3. Baik untuk rambut dan kuku

Bacaan Lanjut : Tingkatkan Imunisasi Secara Semulajadi

1. Meningkatkan daya ketahanan badan
2. Membekalkan tenaga
3. Mencegah penyahhidratan

Bacaan Lanjut : Apakah Minuman Isotonik Terhebat Masa Kini?
1. Membantu pembentukan kolagen
2. Meningkatkan sistem imun badan
3. Mencantikkan kulit
4. Memperbaiki insomnia

Bacaan Lanjut : Hakikat Vitamin C Yang Korang Perlu Tahu Dan Ingat

Itu adalah antara produk yang disyorkan oleh pihak Shaklee untuk mengatasi musim jerebu sekarang, jika berminat untuk membeli boleh hubungi saya seperti di bawah. Insya allah saya akan membantu sedaya mungkin. Selamat membaca dan terima kasih kerana sudi membaca.



 Sumber :
Kesan Jerebu Di Malaysia
Langkah Mencegah Kesan Akibat Jerebu
Jerebu & Kesihatan




0 comment... add one now