Kenali LDL dan HDL, Siapa Yang Baik Siapa Yang Jahat



LDL? HDL? Apa tu?
Selalu dengar kolesterol jahat dan kolesterol baik tetapi tidak tahu apakah sebenarnya. Dah kolesterol tu ada pulak baik dan jahat. Ok jom saya cerita.

Your total blood cholesterol is a measure of the cholesterol components LDL (low-density lipoprotein) cholesterol, HDL (high-density lipoprotein) cholesterol, and VLDL (very low-density lipoprotein, which is the triglyceride-carrying component of lipids). Total cholesterol values cannot be interpreted in the absence of the cholesterol components listed below. - Cleveland Clinic

Kolesterol dalam badan kita terdiri daripa LDL, HDL an VLDL ataupun trigliserida. Mana satu yang baik dan yang jahat? LDL (low density lipoprotein ) adalah kolesterol jahat kerana ia menyebabkan lemak mendap pada salur darah dan menyebabkan saluran darah kita menyempit. HDL (High Density Lipoprotein) adalah kolesterol baik kerana ia membersihkan saluran darah kita daripada lemak. Hati kita akan menghasilkan kolesterol.

LDL mengangkut kolesterol daripada hati kepada semua organ badan yang memerlukannya bagi memastikan organ tersebut berfumgsi dengan baik. LDL mengandungi lebih banyak lemak berbanding HDL kerana itu ia mudah termendap pada saluran darah dan menyempitkan saluran darah. Ini adalah antara punca sakit jantung dan strok.

Setelah kolesterol dibawa ke seluruh badan dan organ yang memerlukannya sudah mendapat bekalan mereka, lebihan itu akan dibawa balik ke  hati oleh HDL untuk diuraikan seterusnya dibuang ke dalam pundi hempedu. HDL mempunyai kandungan kolesterol yang rendah. Kenapa HDL dipanggil kolesterol baik kerana semasa HDL mengangkut kembali kolesterol ke hati untuk diuraikan, ia juga membersihkan saluran darah daripada kolesterol yang berlebihan. Inilah sebabnya kita perlu tingkatkan HDL dan kurangkan LDL didalam badan kita.



Trigliserida adalah bentuk kimia di mana kebanyakan lemak wujud dalam makanan dan badan. Trigliserida kebanyakannya dibawa di dalam VLDL dan chylomicrons . VLDL datang dari hati dan juga mempunyai kolesterol. Chylomicrons datang daripada lemak pemakanan. Bersama-sama dengan kolesterol, trigliserida membentuk lipid plasma. Trigliserida yang berlebihan dalam plasma dikaitkan dengan kejadian penyakit arteri koronari pada sesetengah orang.

Setiap LDL, HDL dan trigliserida mempunyai kepentingan masing-masing walaupun telah dilabelkan sebagai kolesterol baik atau jahat. Jika setiap satu komponen kolesterol ini berkurangan ada kesan pada badan kita begitu juga jika berlebihan kerana itu keseimbangan itu penting. Cara ini mengetahui dengan tepat tahap kolesterol kita adalah dengan melakukan ujian darah.

Bacaan ini boleh digunakan sebagai panduan untuk memahami laporan ujian kolesterol.

Paras Kolesterol LDL (mg/dL)

70 atau dibawah : risiko yang paling rendah
100 atau dibawah : risiko rendah
101-129 : risiko sederhana
130 atau ke atas : berisiko tinggi

Paras Kolesterol HDL (mg/dL)

60 atau ke atas : risiko rendah
41-59 : risiko sederhana
40 atau ke bawah : berisiko tinggi

Tahap Trigliseria

150 kebawah : Normal
150 - 199 : Sederhana
200 - 499 : Tinggi
500 keatas : Sangat Tinggi

Semoga maklumat ini sedikit sebanyak membantu kita memahami kolesterol. Kolesterol itu perlu untuk organ badan kita berfungsi tetapi jangan berlebihan. Seperti kalau terlalu banyak makan coklat gemuk jadinya walaupun coklat itu bersifat penenang.

Terima kasih kerana membaca Muah Ciked :D


0 comment... add one now