Gastrik..salah satu sakit yang common orang kata..asal sakit perut gastrik lepas tu asal bulan puasa jer kena gastrik hehehe jangan marah kalau ada yang terasa..
Mereka yang ada gastrik ni tidak boleh skip makan, kena makan on time kalau tidak mulalah sakit tu menyerang. Kesian lihat kalau yang kena gastrik, seksa. Apabila bulan Ramadhan memang satu cabaran buat mereka tetapi itu tidak bermaksud mereka meninggalkan Rukun Islam ke-3 ini, adalah cara untuk mereka menjalani ibadat puasa tanpa kesukaran. Mari kita kenali gastrik ni bermula dengan apa punca gastrik boleh berlaku.
Menurut portal 1Klik :
Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.Perut kita berlapis-lapis dan berlipat seperti kipas semasa perut kosong, apabila ada makanan ia mula mengembang dan merembeskan enzim dan jus gastrik bagi mencernakan makanan. Jus gastrik merupakan asid hidroklorik yang bersifat menghakis tetapi mukus pada permukaan perut membuatkan keadaan berasid itu menjadi seimbang. Apabila mukus perut mengalami keradangan asid hidroklorik akan menyebabkan keadaan perut menjadi beasid kerana itu perlu makan apabila sudah sampai masanya.
Punca -punca gastrik adalah :
- Penggunaan kerap ubat penahan sakit bagi melegakan kesakitan tertentu seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen
- Pengambilan alkohol yang berlebihan
- Pengambilan kokain
- Merokok
- Stres
- Gangguan autoimun
- Penyakit crohn
- Radiasi dan kemoterapi
- Makan atau minum bahan-bahan menghakis seperti racun
- Pengaliran semula hempedu ke dalam perut
- Rembesan asid gastrik yang berlebihan
- Jangkitan kuman/parasit, terutamanya di kalangan mereka yang lemah sistem ketahanan badannya
- Lain-lain masalah perubatan seperti HIV/AIDS, penyakit buah pinggang.
Jika tidak diberi rawatan setelah mengesyaki sakit gastrik, perut boleh mengalami pendarahan perut. Bertindak sebelum terlambat. Mereka yang menginap sakit gastrik ini akan mula rasa loya, muntah-muntah diikuti sakit perut. Jika penyakit menjadi bertambah teruk seperti pendarahan pada perut, pesakit akan mengalami masalah najis berdarah atau muntah darah. demam juga terjadi kalau gastrik, sendawa angin turut termasuk didalam pakej simpton-simpton gastrik. Rawatan yang diberikan selalunya adalah ubat anti-asid (Omeprazole atau Famotidine) bagi mengawal keadaan perut yang berasid itu. Jika punca utam gastrik adalah kuman H.pylori ubat antibiotik akan diberikan untuk melawan jangkitan kuman tersebut.
Menurut Utusan Malaysia, gastrik boleh diubati secara islam bagi mereka yang tidak mahu makan ubat hospital. Perawat Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah berkongsi cara mengubati gastrik dengan menggunakan ayatul Quran ayat Allah yang sangat berkuasa. Perlu yakin dan berserah diri pada Allah sambil berdoa untuk disembuhkan dari segala penyakit.
Caranya :
1. Surah al-Buruuj ayat 1 hingga 22
2. Surah Ghafir ayat 41 hingga 55
Cara amalan ayat-ayat Al-Quran tersebut ialah, pesakit hendaklah membaca surah pertama iaitu surah Al-Buruuj tiga kali pada waktu malam dan surah kedua iaitu surah Ghafir tiga kali pada waktu siang.
Pembacaan hendaklah diamalkan setiap hari selama tiga hingga empat minggu. Selepas membaca tiga kali, pesakit perlu memohon doa kepada Allah untuk penyembuhan.
Pesakit harus ingat bahawa apa-apa penyembuhan hanya dengan izin Allah. Oleh itu, kita jangan berputus asa dan sentiasa berdoa kepada Allah.
Sumber :
Portal 1Klik
Utusan MalaysiaPunca Penyakit Gastrik
Bagi yang tidak mahu makan ubat hospital, ada cara lain bagi menyembuhkan gastrik atau membendung penyakit ini. Shaklee ada produk yang boleh membantu kita menjaga kesihatan perut serta membantu membendung gastrik daripada menyerang.
Vivix, ESP, Alfalfa Compleks,Peppermint Ginger, Omega Guard, Zinc Compleks.
Vivix
- anti oksidan yang sangat bagus
- mengalakkan pertumbuhan sel-sel baru
- meningkatkan imun badan
ESP
- mengalakkan pertumbuhan sel-sel baru
- mempercepatkan proses pemulihan
- membekalkan tenaga dengan segera dan berpanjangan
Alfalfa Complek
- membantu mengawal asid dan keradangan
- bagus untuk proses pemulihan perut dan usus
- memperbaiki masalah saluran penghadaman
Peppermint Ginger
- membantu pencernaan dengan merangsang pengaliran cecair secara semulajadi
- membantu melegakan kesakitan gastrik
- menghilangkan kembung perut
Omega Guard
- menghalang perut dan usus daripada ulser
- meningkatkan imun badan
- melancarkan peredaran darah
Zinc Compleks
- mengalakkan pemulihan segera
- meningkatkan imun badan
- mengaktifkan 200 jenis enzim lain untuk memelihara fungsi organ yang lain
Mereka yang menghidap gastrik juga boleh mengatasi gastrik dengan cara menjaga waktu makan dan pemakanan seperti dibawah :
credit : Punca Penyakit Gastrik
Rawatan penyakit gastrik:
- Pastikan mulai sekarang, waktu makan adalah mengikut disiplin waktu yang ketat contoh setiap hari makan tengahari pukul 1.00 tgh plus minus 15 minit.
- Pastikan bila makan nasi (tenghari dan malam) selepasnya minum air suam bukan air manis atau air batu. Pastikan juga minum hanya sesudah makan bukan berulamkan minum!!
- Elakkan makanan junk food, jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah dan juga mee segera.
- Elakkan nescafe, kopi, teh, minuman bergas, sunquick dalam botol, orange squash, air limau
- Jikalau peringkat gastrik berat, elakkan segala makanan mengandungi yeast seperti roti, donat, pau, piza dll
- Elakkan makan terlalu kenyang
- Elakkan cuka, makanan yang pedas
- Elakkan atau kurangkan daging dan ayam.
- Elakkan makanan ubi, pulut, keledek, kentang, pisang nangka, pisang tanduk, cempedak / nangka, rebung, dan makanan lain yang menyebabkan kembung perut atau banyak angin dan sendawa.
- Elakkan sama sekali dari mengambil sebarang ubat dari doktor dan klinik bagi rawatan gastrik seperti milk of magnesia dsb kerana ia akan merumitkan lagi gastrik.
- Minum susu segar atau susu tepung full cream (bukan HL atau low fat atau annelene) pada awal pagi (6.30 pagi), 10.00 pagi, 4.00 ptg dan 9.30 malam setiap hari sehingga benar-benar sembuh.
- Kalau sakit perut teramat sangat, muntah atau demam, ambil secekak pucuk jambu batu, rebus dengan 3 sudu ketumbar, rebus dengan 3 gelas air dan masak hingga menjadi 1 gelas. Bahagikan air ini kepada 3 bahagian, minum 1 bahagian air rebusan ini tiga kali setiap 4 jam.
Usaha itu tangga kejayaan, tidak salah mencuba pelbagai cara rawatan asalkan ia serasi dan tidak bercanggah dengan ajaran islam. Jika berminat untuk cuba produk Shaklee boleh hubungi saya dan insya allah saya akan bantu sedaya yang boleh. Shaklee diperbuat daripada bahan semulajadi dan ia sudah dikaji dengan teliti sebelum dipasarkan tidak perlu risau akan kesan sampingannya cuma perlu bersabar kerana semulajadi selalunya lambat tetapi berkesan.