10 Kelebihan Zinc Complex Shaklee Yang Korang Tak Sangka
Ayu ZalieSelalunya kita dengar ambil Vitamin C dapat kuatkan imun badan kan kan kan tetapi tahu tak yang zinc juga dapat menguatkan sistem imun badan. Vitamin C bagus untuk melegakan selsema tetapi Zinc juga bagus untuk selsema. Tak Percaya? Percayalah...
Jom saya cerita pasal kelebihan Zinc yang kita tidak tahu selama ini...
1. Mengaktifkan 200 jenis enzim
Ada 200 jenis enzim didalam badan kita memerlukan Zinc untuk aktif. Banyakkan! Zinc juga diperlukan untuk menghasilkan hormon yang menguatkan badan daripada serangan kuman. Malahan zinc juga diperlukan untuk tumbersaran.
2. Membentuk kolagen
Badan kita menghasilkan kolagen tetapi zinc diperlukan untuk membantu pembentukkan kolagen dan protin untuk pertumbuhan dan perkembangan kulit, kuku, organ dan sendi-sendi. Ha jangan tak percaya yang kolagen penting untuk sendi juga bukan sahaja untuk kulit dan awet muda.
3. Memperbaiki diabetes
Insulin bagi pesakit adalah penting kerana itu yang membantu badan mengawal paras gula, zinc membantu pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin dan seterusnya memperbaiki diabetes.
4. Mempertingkatkan sistem imun
Salah satu kelenjar yang membantu didalam imun badan adalah kelenjar thymus, ia mengeluarkan T-cells untuk menentang kanser dan menghalang infeksi penyakit. Fungsi zinc disini adalah untuk membantu pengeluaran kelenjat thymus tesebut.
5. Mempercepatkan pemulihan luka
Apabila luka kita mesti hendak cepat sembuh bukan lebih lagi jika luka pembedahan. Zinc membantu mempercepatkan pemulihan luka luar dan dalam disamping membantu masalah elergi dan bintik dikulit. Salah satu cara untuk mencepatkan luka sembuh selain daripada makan adalah hancurkan zinc kemudian tabur pada luka tersebut.
6. Memperbaiki masalah prostat
Kajian menunjukkan pengambilan harian zinc dapat mengurangkan pembengkakan prostat pada kadar 70%. Jadi terbukti yang zinc memlindungi kesihatan prostat, memperbaiki dan menyembuh benign prostatomegaly (keadaan dimana saluran kencing terhalang dan pembesaran prostat) dan keadaan kerap kencing.
7. Kemampuan seks lelaki
Berita gembira untuk para pria! Zinc adalah penting untuk korang sang jejaka kerana Zinc yang secukupnya penting untuk keupayaan seks yang bertenaga dan meninggikan kiraan sperma.
8. Ovulasi
Ini pula berita untuk kaum hawa. Zinc diperlukan semasa berlakunya ovulasi dan ia membantu penguncupan uterusan mengembalikan daya ketahanannya.
9. Mengekalkan deria bau
Untuk mengekalkan deria bau yang sihat dan sensitiviti (bau dan rasa).
Note to myself : Kena ambil zinc ni sejak resdung makin teruk deria bau pun macam makin ke laut.
10. Memperbaiki radang kulit
Zinc boleh membantu masalah radang kulit seperti jerawat.
Okay, settle tentang kebaikan zinc. Vitamin yang kita tak berapa nak pandang tetapi fungsi dia hebat.Tadi pasal kelebihan zinc sekarang kita cerita tentang kekurangan zinc pula. Kes pertama tentang kekurang zinc dikesan hampir sekurun yang lalu di Egypt apabila para doktor mengesan budak-budak lelaki yang miskin yang hanya makan roti tumbesaran mereka tidak banyak dan rendah. Setelah zinc ditambah kedalam diet harian mereka barulah tumbesaran mereka meningkat.
Pada zaman sekarang, kekurangan zinc yang teruk amat sukar dijumpai tetapi kekurangan zinc daripada kadar sepatutnya tetap ada, kajian menunjukkan wanita khususnya mendapat hanya setengah daripada keperluan harian. Antara golongan yang mungkin kurang mineral zinc adalah :
1. Mereka yang diet high-fiber : Serat terutamanya serat daripada bijian penuh menghalang badan daripada menyerap zinc.
2. Vegetarian Yang Tegar (Vegan) : Daging merupakan sumber terbaik untuk zinc. Kanak-kanak yang tidak makan daging berisiko mendapat kekurangan mineral zinc.
3. Mengandung atau menyusukan : Kebanyakkan zinc diberikan kepada anak jika anda memang sudah rendah kandungan mineral zinc 2 situasi ini boleh menyebabkan anda kekurangan zinc.
4. Berusia lebih 50 : Kemampuan badan menyerap mineral zinc daripada makanan berkurangan.
5. Minum arak : Arak akan membuatkan zinc yang disimpan didalam hati terhapus.
Kekurangan zinc dapat dilihat melalui simpton seperti tumbesaran anak yang perlahan, proses penyembuhan luka yang lambat, jangkitan yang selalu, rambut gugur, hilang deria rasa dan radang kulit.
Tetapi jika kita mengamalkan cara dan pemakanan yang seimbang dan sihat tiada masalah kekurangan mineral zinc kerana zinc mudah didapati melalui pemakanan yang seimbang.
Tips memilih supplement zinc:
Pelbagai jenis supplement boleh didapati di farmasi, cuba cari yang mudah diserap oleh badan. Jenis yang disyorkan adalah zinc gluconate tetapi zinc picolinate, zinc citrate atau zinc monomethionate juga pilihan yang baik. Kalau boleh elakkan zinc sulfate sebab ia membuat perut tidak selesa dan zinc oksida. Zinc oksida hanya berguna untuk krim kulit bagi menghalang cahaya matahari.
Keistimewaan Zinc Complex Shaklee adalah ia diperbuat daripada zinc gluconate yang digabungan dengan kalsium dan serbuk alfafa serta nutrien yang lain bagi memudahkan penyerapan. Pengambilan masa panjang berkesan mengeluarkan logam toksik seperti cadmium dan plumbum dari dalam badan.
Ha hebatkan, tak sangka begitu hebat zinc ni kan, Jika berminat boleh hubungi saya untuk pembelian. Konsultation terbaik janji saya.
0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →