Hati yang tenang adalah impian setiap manusia, apabila hati tenang fikiran aman segala perbuatan dapat dilakukan dengan sempurna insya allah. Untuk mendapatkan hati yang tenang itu mudah jika kita merendahkan diri pada Allah, ikut suruhanNya dan tinggalkan laranganNya. Allah itu Maha Penyayang, Dia xkan biarkan umatnya yang bersungguh-sungguh melakukan apa yang diperintahnya berada dalam gundah gulana. Cuba kita lihat ada orang tak kaya macam orang lain hidup sederhana tetapi raut wajahnya sangat tenang dan menyejukan mata memandang kerana dia taat pada Allah. Ada orang hidupnya senang kaya raya tetapi muka sentiasa bersedih dan raut mukanya tidak nampak gembira kerana dia lupa pada Allah. Ingat bukan saja kesusahan itu ujian daripada Allah, kekayaan serta kesenangan juga merupakan ujian dari Allah. Marilah kita sama-sama merapatkan diri pada Allah, zikir-zikir dibawah adalah antara amalan yang boleh menenangkan jiwa kita. Marilah kita amalkan.
Ingat Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang,