Apa kabar semua? Sekarang ni musim panas, duduk dalam rumah pun berpeluh-peluh dan rasa tak selesa belum lagi duduk luar. Kulit pun rasa macam sunburn walaupun duduk dalam rumah hehehe macam over kan tetapi itulah kebenarannya. Cuaca panas buatkan kulit rasa sangat tak best, mula la kulit rasa kering,mengelupas,kusam dan kasar. Rasa macam nak tempek ais pack jer kat muka. Kesian mereka yang memang bekerka di bawah panas terik memang menduga iman betul. Salah satu cara nak bagi kulit sentiasa segar adalah minum air dengan secukupnya. Penggunaan masker juga dapat membantu mengembalikan kesegaran dan kecantikkan kulit, Ha arini saya nak kongsikan cara membuat masker yang mudah dan insya allah berkesan menggunakan VItamin Shaklee. Sapa kata vitamin shaklee hanya untuk makan sahaja hehehe multipurpose ok. Cara membuat masker ini banyak saya belajar dari mentor saya Master Lydzar Rusman, macam-macam jenis masker dia pernah buat.
Antara vitamin yang boleh dibuat masker adalah ESP, Vitamin E, Vitamin C, Vivix dan Collagen Powder.
1. Masker ESP+Yogurt
Memang kenalah dengan cuaca panas sekarang ni, masker ESP dan yogurt boleh menyegarkan muka dan menghilangkan kesan sunburn. Campurkan ESP dan yogurt dan sapukan pada muka, amalkan 3 kali seminggu dan insya allah hasilnya adalah memuaskan.
2. Masker Vitamin E & Vitamin C
Campuran dua vitamin ini dapat melembutkan kulit, menurut Master Lydzar campuran ini boleh dibuat masker ataupun krim malam. 1 biji Vitamin E dan Vitamin C digaulkan bersama dan satu sebatian berwarna pink akan terhasilkan. Sapukan pada muka 2 atau 3 kali seminggu insya allah kulit akan lembut.
3. Masker Vivix & Collagen Powder
Ha masker yang ni mahal skit sebab gunakan produk Shaklee yang mahal tapi berbaloi iaitu Vivix dan Collagen Powder. Ambil sedikit Collagen Powder dan sedikit Vivix yang telah dicairkan, digaul rata kemudian sapukan pada muka. Bangun esok pagi insya allah kulit muka akan gojes dan glowing.
4. Masker Alfalfa
Yang ini dua dalam satu, masker dan scrub. Hancurkan beberapa biji alfalfa campur sedikit air supaya wujud sebatian yang boleh disapu pada muka, Agak-agak la airnya supaya sebatian boleh disapu pada muka tanpa meleleh-leleh hehehe. Biarkan seketika agak-agak dah nak kering gosokkan pada sekitar kulit buat macam scrub untuk buang sel-sel mati berserta whitehead dan black head. Kalau nak buat macam scrub terus pun boleh lepas siap sebatian terus jer gossokkan pada sekitar muka.
Ha masker dari yang murah sehingga yang mahal semua ada. Semuanya berkesan. Pilih jer nak guna yang mana satu. Disamping makan vitamin-vitamin ini penggunaan sebagai masker juga dapat membantu mendapatkan kulit yang menjadi idaman selama ini.
Saya kongsikan tips dari Master Cery untuk masker Vitamin E
Ok selamat mencuba dan jangan lupa minum air putih banyak-banyak.